Andorra atau secara rasminya Prinsipaliti Andorra (Catalan: Principat d'Andorra) adalah sebuah prinsipaliti kecil yang terletak di barat daya Eropah, di timur banjaran Pyrene dan bersempadan dengan Perancis dan Sepanyol. Ia merupakan negara keenam terkecil di Eropah dengan keluasan 468 km2 (181 bt2) dan anggaran jumlah penduduk 84,484 orang pada 2008. Ibu negaranya Andorra la Vella. Negara yang mewah ini terkenal dengan sektor pelancongannya dan status bebas cukai.

Prinsipaliti Andorra
ڤرينسيڤليتي اندوررا
Principat d'Andorra
Bendera Andorra
Jata Andorra
Bendera Jata
Cogan kataVirtus Unita Fortior  (Latin)
"Kekuatan Bersatu Lebih Kuat"
Lagu kebangsaanEl Gran Carlemany, Mon Pare  (Bahasa Catalan)
"Bapaku, Charlemagne yang Agung"
Lokasi Andorra
Ibu negara
dan bandar terbesar
 Andorra la Vella
Bahasa rasmiBahasa Catalonia
KerajaanPrinsipaliti bersama berparlimen
Joan Enric Vives Sicília
Emmanuel Macron
• Wakil Persendirian
Josep Maria Mauri
Patrick Strzoda
• Perdana Menteri
Xavier Espot Zamora
Kemerdekaan
• Paréage
1278
Keluasan
• Jumlah
467.63 km2 (180.55 bt2) (ke-179)
• Perairan (%)
0.26 (121.4 ha)[1]
Populasi
• Perkiraan 2023
88,815[2] (ke-203)
179.8/km2 (465.7/sq mi) (ke-71)
KDNK (nominal)2023
•  Jumlah
USD3.669 bilion[3] (ke-159)
USD44,387 (ke-24)
Gini (2003)27.21[a]
rendah
HDI (2021) 0.858[5]
sangat tinggi · ke-40
Mata wangEuro (€) 1
(EUR)
Zon waktuUTC+1 (CET)
• Musim panas (DST)
UTC+2 (CEST)
Kod panggilan376
Kod ISO 3166AD
DPT internet.ad 2
1 Sebelum tahun 1999: Franc Perancis dan Peseta Sepanyol. Jumlah kecil Diner Andorra (dibahagi kepada 100 centim) dibuat selepas 1982.
2 Juga .cat, dikongsi bersama dengan wilayah yang bertutur Bahasa Catalan.

Sejarah

sunting

Secara tradisinya, dikhabarkan bahawa Charlemagne telah memberi kemerdekaan kepada rakyat Andorra sebagai balasan kepada sumbangan rakyat kawasan tersebut yang berperang sehingga berjaya menumpaskan orang-orang Moor. Sebelum ini, hak memerintah Andorra dimiliki oleh Bupati Urgell dan kemudiannya bertukar kepada Uskup yang mentadbir Urgell. Pada 988, Borrell II, Bupati Urgell telah memberi Lembah Andorran kepada Keuskupan Urgell sebagai pertukaran sebidang tanah di Cerdanya. Sejak dari itu, Uskup Urgell yang berpengkalan di Seu D'Urgell memiliki Andorra.

Sebelum 1095, Andorra tidak memiliki sebarang perlindungan ketenteraan dan Uskup Urgell yang mengetahui akan perihal Bupati Urgell yang mahu menuntut semula haknya ke atas Lembah Andorra, dengan segera memohon perlindungan dan pertolongan daripada Lord Caboet. Pada 1095, Lord Caboet dan Uskup Urgell telah menandatangani perjanjian sumpah dimana, di dalam perjanjian tersebut, mereka berdua merupakan pemerintah berdaulat secara bersama Andorra. Arnalda, anak perempuan kepada Arnou dari Caboet berkahwin dengan Viscount Castellbò dan kedua-duanya memakai gelaran Viscount Castellbò and Cerdanya. Kemudian, anak perempuan mereka Ermessenda berkahwin pula dengan Roger Bernat II, Bupati Foix. Mereka memakai gelaran Roger Bernat II dan Emessenda I Count Foix, Viscount Castellbò and Cerdanya dan merupakan pemerintah bersama Andorra disamping Uskup Urgell.

Pada kurun Ke-11 Masihi, satu pertelingkahan telah memuncak diantara Bupati Urgell dan Bupati Foix. Pertelingkahan ini selesai pada 1278 dengan campurtangan Aragon dengan terementerainya perjanjian Paréage yang pertama dimana kedaulatan Andorra dikongsi bersama diantara dua pihak yang bertelagah iaitu Bupati Foix (kemudiannya memindahkan hak kekuasaannya kepada ketua kerajaan Perancis) dan Bupati Urgell.

Politik

sunting

Gegrafi

sunting

Kariah

sunting

Andorra terdiri dari tujuh kariah:

Geografi fizikal

sunting
 
Peta topografi Andorra

Disebabkan kedudukannya di timur banjaran Pyrene, Andorra terletak di kawasan tanah tinggi dengan ketinggan purata 1,996 meter. Lokasi tertingginya ialah Coma Pedrosa dengan ketinggian sebanyak 2,946 meter dari paras laut.

  1. ^ Informe sobre l'estat de la pobresa i la desigualtat al Principal d'Andorra (2003)[4]

Rujukan

sunting
  1. ^ Girard P & Gomez P (2009), Lacs des Pyrénées: Andorre. (Perancis)
  2. ^ World Gazetteer[pautan mati kekal]
  3. ^ "Report for Selected Countries and Subjects: April 2023". imf.org. International Monetary Fund.
  4. ^ "Informe sobre l'estat de la pobresa i la desigualtat al Principal d'Andorra (2003)" (PDF). Estadistica.ad. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 10 August 2013. Dicapai pada 25 November 2012.
  5. ^ "Human Development Report 2021/2022" (PDF) (dalam bahasa Inggeris). Rancangan Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. 8 September 2022. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 2022-10-09. Dicapai pada 8 September 2022.
  NODES
Done 1
see 2