Undang-undang Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu

Halaman Utama | 1: Sifat dan perkembangan undang-undang antarabangsa | 2: Sumber undang-undang antarabangsa | 3: Perhubungan antara undang-undang antarabangsa dan undang-undang negara | 4: Subjek undang-undang antarabangsa | 5: Tahlukan negara | 6: Bidang kuasa negara | 7: Keimunan dari bidang kuasa | 8: Undang-undang perjanjian antarabangsa | 9: Undang-undang tanggungjawab antarabangsa | 10: Undang-undang laut antarabangsa | 11: Undang-undang hak asasi manusia antarabangsa | 12: Undang-undang Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) | 13: Penyelesaian pertikaian antarabangsa mengikut cara yang damai | 14: Pengawalan penggunaan kekerasan | 15: Undang-undang kemanusiaan antarabangsa | 16: Undang-undang ekonomi antarabangsa | 17: Undang-undang alam sekitar antarabangsa


Bendera rasmi PBB

Undang-undang institusi antarabangsa adalah cabang undang-undang antarabangsa yang berkembang pesat pada masa kini, dengan tertubuhnya banyak institusi di peringkat antarabangsa seperti Kesatuan Eropah, Persidangan Negara-Negara Islam, ASEAN dan sebagainya. Namum dalam bab ini, fokusnya akan pada institusi antarabangsa yang paling penting dan melibatkan hampir kesemua negara di dunia, iaitu Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).


Piagam PBB

sunting

Liga-liga bangsa yang merupakan pendulu kepada PBB gagal menghalang perlakunya perang dunia kedua selepas berlakunya yang pertama. Maka sebelum tamatnya perang dunia kedua pun, kuasa-kuasa perikatan dalam perperangan itu, iaitu Amerika Syarikat, United Kingdom, China, Kesatuan Soviet dan Perancis telah pun berkumpul dan membincangkan satu badan antarabangsa dunia untuk menggantikan Liga Bangsa supaya dapat mengekalkan keamanan dunia dengan lebih efektif. Persidangan Pertama diadakan di Dumbarton Oaks pada tahun 1944 dan sistem pengundian kemudiannya dipersetujui di Persidangan Yalta. Pada 26 Jun 1945 Piagam PBB ditandatangi oleh kesemua negara-negara yang terlibat. Ia mestilah diggariskan bahawa Piagam ini telah diggubal oleh kuasa-kuasa besar dan idea PBB ini adalah cadangan Amerika Syarikat dan United Kingdom.[1]

Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu ini muncul secara rasmi pada 24 Oktober 1945 dan kini mempunyai sebanyak 192 negara yang menjadikan ia universal.

Perhimpunan Agung PBB

sunting
 
Sesi Majlis Agung PBB

Perhimpunan Agung PBB adalah badan perundingan utama PBB. Ia juga dirujuk sebagai forum dunia, atau tidak pun suara terbuka manusia (open conscience of humanity). Ia mempunyai keanggotaan 192 kerusi untuk negara-negara ahli dan juga memberikan status pemerhati bagi negara-negara bukan anggota, sekaligus menjadikan keanggotaannya sejagat. Lazimnya Perhimpunan Agung digunakan untuk berbincang mengenai permasalahan dunia, meluluskan resolusi dan mengundi untuk jawatan-jawatan lain dalam PBB seperti keahlian negara tidak tetap Majlis Keselamatan, keahlian Majlis Ekonomi dan Sosial, dan sebagainya yang lain. Resolusi yang diluluskan PBB tidak mengikat atau mempunyai kuasa undang-undang, namum seperti yang boleh dilihat di bawah nanti, ia tidaklah semudah yang disangkakan.

Majlis Keselamatan PBB

sunting

Berkontrakan Perhimpunan Agung, Majlis Keselamatan PBB hanya dianggotai lima negara 'kuasa besar' yang berstatus tetap dan sepuluh lagi yang tidak tetap. Jumlah yang kecil ini membolehkan ia bertindak dengan pantas dan berkesan kerana tujuan majlis ini adalah untuk memantau keselamatan dan keamanan dunia, dan menguatkuasakan undang-undang antarabangsa.

Majlis Ekonomi, Sosial dan Amanah PBB

sunting

Majlis Ekonomi dan Sosial

sunting

Majlis Ekonomi dan Sosial PBB terdiri daripada 54 negara ahli. 18 negara dipilih kepadanya oleh Perhimpunan Agung untuk berkhidmat untuk tiga tahun.[2] Keputusan yang dibuat oleh majlis ini dibuat berdasarkan undian majoriti ahli yang hadir dan mengundi. Kuasa majlis ini terhad kerana ia tidak boleh membuat keputusan yang mengikat negara-negara ahli yang lain. Rangka kerja majlis ini pula terdiri daripada hal-hal yang berkait ekonomi, sosial, kebudayaan, pendidikan, kesihatan dan lain-lain yang berkaitan. Majlis ini juga boleh membuat cadangan mengenai perkara-perkara yang dinyatakan ini. Sebarang penyataan dibuat di Perhimpunan Agung PBB.

Terdapat agensi-agensi yang didirikan dibawah Majlis Ekonomi dan Sosial dan dikoordinasikan di bawah majlis ini bagi manfaat bantuan antarabangsa dan pembangunan dunia. Mereka ini terdiri daripada agensi antara kerajaan (IGO) yang punyai perhubungan dengan PBB[3] dan terdiri daripada:

  1. Organisasi Buruh Antarabangsa (International Labour Organisation) (ILO)
  2. Organisasi Penerbangan Sivil Antarabangsa (International Civil Aviation Organisation) (ICAO)
  3. Bank Antarabangsa untuk Pembinaan Semula dan Pembangunan (International Bank for Reconstruction and Development) (IBRD)
  4. Persatuan Pembagunan Antarabangsa (International Development Association) (IDA)
  5. Korperasi Kewangan Antarabangsa (International Finance Corporation) (IFC)
  6. Dana Kewangan Antarabangsa (International Monetary Fund) (IMF)
  7. Organisasi Pemakanan dan Pertanian (Food and Agriculture Organisation) (FAO)
  8. Organisasi Pendidikan, Sains dan Kebudayaan PBB (United Nations Educational, Scientific and Cultural Organisation) (UNESCO)
  9. Organisasi Kesihatan Sedunia (World Health Organisation) (WHO)
  10. Kesatuan Pos Sejagat (Universal Postal Union) (UPU)
  11. Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (International Telecommuniations Union) (ITU)
  12. Organisasi Cuaca Dunia (World Meteorological Organisation) (WMO)
  13. Organisasi Maritim Antarabangsa (International Maritime Organisation) (IMO)
  14. Organisasi Harta Intelek Dunia (World Interllectual Property Organisation) (WIPO)
  15. Dana Antarabangsa untuk Pembagunan Pertanian (International Fund for Agricultural Development) (IFAD)
  16. Organisasi Pembangunan Industri PBB (United Nations Industrial Development Organisation) (UNIDO)

Terdapat juga Jawatankuasa Koordinasi Pentadbiran yang terdiri daripada ketua-ketua agensi-agensi berkenaan untuk memudahkan koordinasi antara agensi.

Majlis Amanah

sunting

Tujuan Majlis Amanah adalah untuk mentadbir suatu negara atau kawasan sebagai amanah bagi negara atau situasi lain. Kepentingan badan ini semakin terhakis dengan nyahpenjajahan dan kewujudan negara-negara berdaulat. Pegangan amanah terakhir iaitu amanah Pulau Pasifik telah berakhir pada tahun 1994[4]. Majlis ini kini tidak mempunyai apa-apa kerja. Suatu cadangan untuk memberikan Majlis ini fungsi baru sebagai "penjaga dan pemegang amanah persekitaran dunia"[5] tiada banyak sokongan dari negara-negara ahli. Pada tahun 1998 cadangan yang serupa diketengahkan oleh Setiausaha Agung dalam "nota konsep peramanahan yang baru"[6]

Mahkamah Keadilan Antarabangsa

sunting

Mahkamah Keadilan Antarabangsa merupakan satu daripada enam organ utama PBB, tetapi ia mempunyai status istimewa sebagai Mahkamah yang bebas dan tidak termasuk dalam struktur hiraki kelima-lima organ yang lain.[7]. Aspek kehakiman Mahkamah ini akan diterangkan dalam babak seterusnya. Fokus utama di sini adalah aspek struktur, dan rujukan istimewa akan dibuat antara Mahkamah dan Majlis Keselamatan PBB.

Dengan tamatnya Perang Dingin Majlis Keselamatan PBB berkuasa semula sebagai fungsinya memantau keamanan dunia. Ia berubah dari majlis yang tidak melakukan tanggungjawabnya pada waktu Perang Dingin kepada majlis yang kerap berkerja dengan mengimplimentasikan pelbagai sekatan di bawah Babak VII Piagam PBB masa kini, meskipun tidak jelas sama ada berlakunya ancaman keselamata dunia atau tidak.

Sekreteriat PBB

sunting

Rujukan

sunting

  1. A. Cassese, International Law,2nd Ed, 2005, ms. 317-318
  2. Perkara 61 Piagam PBB
  3. Perkara 62(1) Piagam PBB
  4. Resolusi Majlis Keselamatan PBB 956 (1994)
  5. Dicadangkan oleh Malta di Perhimpunan Agung pada 1996 dalam dokumen GA Doc. A/50/142 (1996)
  6. GA Doc. A/52/849 (1996)
  7. Lihat Goodrich, Hambro dan Simons, The Charter of the United Nations:Commentary and documents, (3rd Rev Ed, 1969) ms. 147
  NODES