12 Mei
tarikh
<< | Mei | >> | ||||
---|---|---|---|---|---|---|
Ah | Is | Se | Ra | Kh | Ju | Sa |
1 | 2 | 3 | 4 | |||
5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 |
12 | 13 | 14 | 15 | 16 | 17 | 18 |
19 | 20 | 21 | 22 | 23 | 24 | 25 |
26 | 27 | 28 | 29 | 30 | 31 | |
2024 |
12 Mei merupakan hari ke-132 (hari ke-133 dalam tahun lompat) dalam takwim Gregorius. Tinggal 233 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan Hari Jururawat Antarabangsa.
Peristiwa
sunting- 1364 – Universiti Jagiellon, universiti tertua di Poland, diasaskan di bandar Kraków.
- 1551 - Universiti tertua di benua Amerika, Universiti Kebangsaan San Marcos diasaskan di Lima, Peru.
- 1797 - Napoleon I dari Perancis menawan kota Venice.
- 1881 - Tunisia menjadi negeri naungan Perancis.
- 1937 - Raja George VI dari United Kingdom dimahkotakan di Westminster Abbey, tarikh asal pertabalan abangnya Edward VIII.
- 1941 - Jurutera Jerman Konrad Zuse menunjukkan Z3 (gambar replika), komputer automatik boleh atur cara sepenuhnya pertama di dunia, di Berlin.
- 1942 - Holokus: 1,500 orang tahanan Yahudi dimasukkan ke dalam bilik gas di Auschwitz.
- 1952 - Gaj Singh dimahkotakan sebagai Maharaja Jodhpur.
- 1958 - Amerika Syarikat dan Kanada menandatangani persetujuan rasmi penubuhan Ketumbukan Pertahanan Ruang Angkasa Amerika Utara (gambar pangkalan).
- 1965 - Kapal angkasa lepas Soviet Luna 5 terhempas di Bulan.
- 1965 - Jerman Barat dan Israel menjalinkan hubungan diplomatik.
- 1978 - Di Zaïre, pemberontak menakluki bandar Kolwezi, pusat perlombongan wilayah Shaba. Kerajaan wilayah meminta campur tangan A.S., Perancis dan Belgium untuk memulihkan ketenteraman.
- 1984 - Perdana Menteri Malaysia Mahathir Mohamad mengumumkan Kerajaan British bersetuju menyerahkan kembali Bukit Carcosa kepada Kerajaan Malaysia. Bukit Carcosa yang berkeluasan 7.2 hektar dan terletak berhampiran Taman Tasik Perdana, Kuala Lumpur, telah diserahkan kepada Kerajaan British pada 12 September 1956 sebagai tanda penghargaan kerana telah memberi kemerdekaan kepada Tanah Melayu pada tahun 1957.
- 1998 - Empat orang pelajar mati ditembak di Universiti Trisakti, Jakarta, membawa kepada rusuhan meluas dan akhirnya kejatuhan Suharto.
- 2002 - Bekas Presiden A.S. Jimmy Carter melawat Cuba selama lima hari untuk berjumpa dengan Fidel Castro, menjadikannya Presiden Amerika Syarikat pertama, sama ada masih memegang jawatan atau sebaliknya, untuk mengunjungi pulau tersebut semenjak revolusi Castro dijayakan pada tahun 1959.
- 2008 - Satu gempa bumi sekuat 8.0 Ms melanda wilayah Sichuan, China, mengorbankan lebih 69,000 nyawa, mencederakan lebih 374,000, dan menyebabkan 4.8 juta lagi kehilangan tempat tinggal.
- 2010 - Penerbangan 771 Afriqiyah Airways terhempas berhampiran Tripoli, Libya, cuma seorang yang terselamat.
Kelahiran
sunting- 1934 - Syed Nahar Bin Tun Syed Sheh Shahabuddin, seorang Menteri Besar Kedah ke-5
- 1985 - Fahad Albutairi, pelakon lelaki Arab Saudi
Kematian
sunting