Rencana ini adalah berkaitan dengan tahun 1899.Bagi kegunaan pengguna yang lain,sila lihat 1899 (nombor) dan 1899 (siri TV Netflix).


1899 (MDCCCXCIX) ialah tahun biasa yang bermula pada hari Ahad dalam kalendar Gregory dan tahun biasa yang bermula pada hari Jumaat dalam kalendar Julian,tahun ke-1899 bagi Era Biasa (CE) dan sebutan Anno Domini (AD),tahun ke-899 dalam Alaf ke-2 ,tahun ke-99 abad ke-19,tahun ke-10 dan terakhir dekad 1890-an.Mulai awal tahun 1899,kalendar Gregory adalah 12 hari lebih awal daripada kalendar Julian yang kekal dalam penggunaan setempat sehingga tahun 1923.

Milenium: milenium ke-2
Abad:
Dekad:
Tahun:

Peristiwa

sunting

Bulan Januari 1899

sunting

• 1 Januari

Pulau Cuba mencapai kemerdekaan terhadap Captaincy General of Cuba (1607–1898) daripada Empayar Sepanyol yang termaktub dalam Perjanjian Damai antara Amerika Syarikat dan Kerajaan Sepanyol ataupun Perjanjian Paris (1898) berdasarkan Perang Sepanyol-Amerika (1898) dan telah menamatkan selama 484 tahun hayat kolonialisme Empayar Sepanyol (1492-1976) di seluruh benua Amerika.

Pulau Queens dan Staten telah dijadikan satu sebahagian daripada sistem pentadbiran New York City.

• 2 Januari

Negara Republik Bolivia di Amerika Selatan telah menubuhkan sebuah pejabat kastam di wilayah Puerto Alonso yang mendorongnya terhadap peneroka Brazil untuk bersiap sedia menubuhkan sebuah negara Republik Acre sebagai suatu bentuk pemberontakan dan pencabulan terhadap kedaulatan negara Republik Bolivia.

Bahagian pertama kereta api Jakarta Kota-Anyer Kidul di pulau Jawa dibuka antara Batavia Zuid (Jakarta Kota dan Tangerang).

• 3 Januari

Perdana Menteri Hungary,iaitu Baron Dezső Bánffy de Losonc bertarung dengan musuh ketatnya di parlimen,Hórai Horánszky Nándor.

• 4 Januari

Pengisytiharan daripada Presiden Amerika Syarikat ke - 25,iaitu William McKinley yang dilaksanakan pada tarikh 21 Disember 1898 dengan mengisytiharkan bahawasanya dasar asimilasi kebajikan bagi negara Kerajaan Tentera Amerika Syarikat Kepulauan Filipina sebagai wilayah negara Amerika Syarikat dan ianya telah diumumkan di ibu kota Manila,Filipina oleh Komander Amerika Syarikat,Jeneral Elwell Stephen Otis yang mengakibatkan cetusan menimbulkan kemarahan para aktivis kemerdekaan yang telah berjuang selama ini menentang peraturan negara Sepanyol.

Persatuan Arkitek Landskap Amerika (American Society of Landscape Architects) yang masih wujud selama 123 tahun kemudian telah diasaskan penubuhannya.

• 5 Januari

Peperangan yang sengit telah berlaku diantara tentera Amerika dan pertahanan Filipina di bandar Pililla di pulau Luzon.Orang Filipina berundur ke pergunungan di Tanay.

• 6 Januari

George Nathaniel Curzon,1st Marquess Curzon of Kedleston telah dilantik menjadi Gabenor Jeneral India (Governor-General of India) sewaktu British Raj (1858–1947).

• 7 Januari

The Lucky Star,iaitu merupakan sebuah opera komik Inggeris yang dikarang oleh Félix Marie Henri Tilkin atau Ivan Caryll dan diterbitkan oleh Syarikat Opera D'Oyly Carte ditayangkan di Teater Savoy di London untuk persembahan pertama daripada 143 persembahan.

• 8 Januari

Kelab bola sepak Persatuan SK Rapid Wien atau Sportklub Rapid Wien atau Rapis Vienna telah diasaskan di bandar Vienna.

• 9 Januari

Selepas berikutan kejayaannya dalam misi pemberontakan,iaitu Revolusi Cretan (1897–1898) menentang pemerintahan Empayar Turki Uthmaniyah (1299–1922) dari keberanian penduduknya pulau Crete sendiri itu yang akhirnya berjaya wilayah pulau Crete yang bergabung dengan negara Greece (1832–1924 dan 1935–1973) dan mendapat perlembagaan pertamanya dengan peruntukan untuk badan perundangan wilayah dengan sebanyak kerusi 138 timbalan Kristian manakala 50 timbalan Islam.

George Frisbie Hoar,iaitu merupakan seorang Senator Amerika Syarikat bagi mewakili negeri Massachusetts telah bersuara bahawasanya di Senat dengan bentuk penentangan perluasan Amerika Syarikat ke Filipina.Teks ucapan Georgio Frisbie Hoar dihantar melalui kabel sehingga ke wilayah British Hong Kong (1841-1941 dan 1945-1997) dengan kos sebanyak jumlah $4,000 USD dan kemudiannya dipetik teks ucapan tersebut oleh Duta Besar John Barrett pada tarikh 13 Januari 1900 sebagai hasutan kepada serangan Filipina ke atas tentera Amerika Syarikat.

• 10 Januari

Persaudaraan Tau Kappa Epsilon (TKE) atau Teke telah diasaskan di Universiti Wesleyan Illinois di bandar Bloomington,Illinois.

• 11 Januari

Persatuan Pemindah Plat Keluli,kesatuan buruh pertama untuk pekerja mahir dalam siderografi (ukiran dan pembiakan besar-besaran plat keluli untuk percetakan akhbar) ditubuhkan.Selepas menukar namanya kepada Persatuan Siderograf Antarabangsa,ianya akan mempunyai 80 ahli pada fasa kemuncaknya.Ia dibubarkan pada tahun 1991 dengan hanya lapan ahli yang tinggal sahaja begitu.

• 12-13 Januari

Di Barat Daya England,bot penyelamat Lynmouth Louisa dilancarkan dari Porlock Weir yang memerlukan diangkut ke darat sejauh 15 batu (24 km) dengan pendakian 1,423 kaki (434 m) menggunakan 100 sukarelawan uuntuk menyelamatkan kesemua 18 krew Dewan Forrest di Saluran Bristol.

• 13 Januari

Kereta Api Utara Kanada telah ditubuhkan.

• 14 Januari

Kapal laut transatlantik White Star Line RMS Oceanic telah dilancarkan pada 14 Januari 1899 dari limbungan Belfast di Ireland di hadapan khalayak ramai lebih 50,000 orang pengunjung.Dengan seberat sebanyak 17,272 tan daftar kasar dan panjang lebar 704 kaki (215 m) ianya adalah salah satu kapal terbesar yang terapung pada masa ini berikutan dengan pemansuhan kapal laut SS Great Eastern sedekad sebelumnya yang dilancarkan pada tarikh 31 Januari 1858.Pada tarikh 26 Ogos,kapal laut RMS Oceanic dihantar ke bandar Liverpool untuk memulakan pelayaran sulung sendirinya pada tarikh 6 September 1899.


Kelahiran

sunting

Kematian

sunting
  NODES