19 Disember
tarikh
<< | Disember | >> | ||||
---|---|---|---|---|---|---|
Ah | Is | Se | Ra | Kh | Ju | Sa |
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 |
8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13 | 14 |
15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20 | 21 |
22 | 23 | 24 | 25 | 26 | 27 | 28 |
29 | 30 | 31 | ||||
2024 |
19 Disember merupakan hari ke-353 (hari ke-354 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory. Tinggal 12 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Peristiwa
sunting- 1154 - Selepas kemangkatan Raja Stephen, Raja Henry II ditabalkan sebagai Raja England di Westminster Abbey London.
- 1843 - A Christmas Carol, sebuah novel cereka yang pendek mengenai watak Ebenezer Scrooge, diterbitkan buat pertama kali oleh Charles Dickens (gambar).
- 1920 - Raja Konstantínos I kembali menjadi Raja Yunani selepas kemangkatan paduka anakandanya Raja Aléxandros I dan satu plebisit.
- 1932 - BBC World Service mula dilancarkan, sebagai BBC Empire Service.
- 1972 - Program Apollo: Angkasawan Eugene Cernan, Ronald Ellwin Evans dan Harrison Hagan Schmitt (gambar) menaiki Apollo 17 untuk kembali ke Bumi dari Bulan. Tidak ada manusia yang pernah melawat Bulan sejak itu.
- 1974 - Komputer peribadi awal Altair 8800 (gambar) mula dijual.
- 1984 - Republik Rakyat China dan United Kingdom memeterai Pengisytiharan Bersama China-British yang mengembalikan kedaulatan Hong Kong kepada China pada 1 Julai 1997.
- 1997 - Titanic dikeluarkan, kemudian menjadi filem pecah panggung terbaik dalam sejarah perfileman dengan meraih lebih AS$1.8 bilion.
- 1998 - Dewan Perwakilan Amerika Syarikat mengambil tindakan untuk mendakwa Presiden Bill Clinton kerana skandal Lewinsky.
- 2007 - Lee Myung-bak dipilih sebagai Presiden Korea Selatan.
- 2011 - Korea Utara mengumumkan kematian Pemimpin Agungnya Kim Jong-il.
- 2012 - Park Geun-hye terpilih sebagai Presiden Korea Selatan, menjadi wanita pertama menggalas jawatan itu.
Kelahiran
suntingKematian
sunting- 1111 - Abu Hamid al-Ghazali, ahli falsafah Parsi (l. 1058)