28 Januari
tarikh
<< | Januari | >> | ||||
---|---|---|---|---|---|---|
Ah | Is | Se | Ra | Kh | Ju | Sa |
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | |
7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13 |
14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20 |
21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26 | 27 |
28 | 29 | 30 | 31 | |||
2024 |
28 Januari merupakan hari ke-28 dalam kalendar Gregory. Tinggal 337 hari (atau 338 hari bagi tahun lompat) sebelum memasuki tahun selepasnya.
Peristiwa
sunting- 1521 - Maharaja Charles V dan estet Empayar Suci Rom bersidang di Diet Worms untuk membincangkan Martin Luther dan kesan Reformasi Protestan.
- 1547 - Edward VI naik takhta pada usia 9 tahun selepas ayahandanya Henry VIII mangkat, sekali gus menjadi pemerintah Protestan pertama di England.
- 1573 - Penandatangan perkara-perkara Gabungan Warsaw merestui kebebasan beragama di Poland.
- 1724 - Akademi Sains St. Petersburg (kini Akademi Sains Rusia) diasaskan di Saint Petersburg oleh Tsar Peter.
- 1813 - Novel Pride and Prejudice diterbitkan buat julung kali di United Kingdom.
- 1820 - Ekspedisi Rusia yang diketuai oleh Fabian Gottlieb von Bellingshausen dan Mikhail Petrovich Lazarev mendekati pantai Antartika.
- 1855 - Sebuah kereta api di Landasan Kereta Api Panama membuat penyeberangan rentas benua berlandasan yang pertama di dunia, selepas menyeberangi Segenting Panama.
- 1887 - Kesan ribut salji di Fort Keogh, Montana, dilaporkan emping salji terbesar di dunia yang berukuran selebar 15 inci (38 cm) dan setebal 8 inci (20 cm).
- 1902 - Institusi Carnegie diasaskan di Washington, D.C. dengan hadiah $10 juta sumbangan Andrew Carnegie.
- 1915 - Satu Akta Kongres Amerika Syarikat membentuk Pengawal Pantai Amerika Syarikat.
- 1916 - Louis D. Brandeis menjadi orang Yahudi pertama yang dilantik ke Mahkamah Agung Amerika Syarikat.
- 1921 - Satu arca peringatan Kubur Askar Tidak Dikenali didirikan di bawah Arc de Triomphe di Paris.
- 1932 - Tentera Jepun menyerang Shanghai.
- 1933 - Nama Pakistan dicipta oleh Choudhary Rehmat Ali Khan dan diterima oleh umat Islam India untuk pergerakan kemerdekaan mereka.
- 1935 - Iceland menjadi negara Barat pertama yang membenarkan pengguguran terapeutik.
- 1938 - Rekod Kelajuan Darat Sedunia di jalan raya dipecahkan oleh Rudolf Caracciola yang memandu kereta Mercedes-Benz W195.
- 1941 - Perang Perancis-Thailand: Pertempuran udara terakhir berlaku, disusuli gencatan senjata yang diantara oleh Jepun pada hari yang sama.
- 1958 - Syarikat mainan Denmark The Lego Group mempaten rekaan blok mainan bata Legonya yang masih serasi dengan mainan keluaran syarikat ini sekarang.
- 1981 - Ronald Reagan menarik balik kawalan harga dan peruntukan petroleum domestik yang tinggal di Amerika Syarikat, sekaligus menamatkan krisis tenaga 1979 dan memulakan jebak minyak 1980-an.
- 1986 - Bolak-balik angkasa lepas Challenger milik NASA hancur berkecai (gambar) 73 saat selepas bertolak untuk misinya yang ke-10, mengorbankan kesemua 7 anak kapalnya.
- 2011 - Orang utan Sumatera menjadi spesies hominid ketiga yang genomnya diturutkan selepas manusia dan cimpanzi.
- 2012 - Siklon Tropika Funso melanda luar pantai Mozambique, membunuh 15 orang di laut dan sekurang-kurangnya 14 yang lain melalui banjir pedalaman.
- 2013 - Ratu Beatrix mengumumkan akan turun daripada takhta Belanda pada akhir April.
Kelahiran
sunting- 1822 - Alexander Mackenzie, seorang Perdana Menteri Kanada ke-2
- 1925 - Ali Ahmad, seorang Menteri Besar Perlis ke-4
- 1978 - Gianluigi Buffon, pemain bola sepak Juventus F.C.
- 1978 - Jamie Carragher, pemain bola sepak Liverpool F.C.
- 1991 - Muhammad Irsyad Basir, penyanyi dangdut dan pelakon lelaki Indonesia
Kematian
sunting- 814 – Charlemagne, maharaja Suci Rom (diputerakan pada tahun 742)