A1 Skyraider
Pesawat A1 Skyraider digunakan sebagai pesawat pengiring helikopter penyelamat, dan untuk sokongan udara dekat (close air support) bagi unit-unit tentera darat yang memerlukan bantuan. Pesawat di dicipta oleh Ed Heinemann, dari syarikat Douglas Aircraft. A1D Skyraider adalah sebuah kapal terbang yang lasak, boleh membawa muatan perang yang banyak dan boleh berlegar berjam-jam di atas kawasan operasi untuk menunggu panggilan daripada pasukan yang memerlukan bantuan. A1D Skyraider dikreditkan dengan kejayaan menembak jatuh sebuah pesawat MiG-17. Di penghujung Perang Vietnam, tugas A1D Skyraider diambil alih pesawat A-37 Dragonfly and A-7 Corsair II.
Kapal terbang pejuang A1 Skyraider paling masyhur kerana melakukan operasi “Sandy” untuk mengiring helikopter penyelamat semasa Perang Vietnam. Pesawat ini adalah pesawat pejuang penyerang satu tempat duduk yang dibina oleh Douglas Aircraft Company (selepas itu McDonnell Douglas dan kini sebahagian daripada syarikat Boeing). Pesawat ini menjadi satu kejanggalan kerana menjadi pesawat berkipas yang amat berjaya melakukan misi dan tugasannya di zaman penerbangan jet.
Latar Belakang
suntingKapal terbang ini adalah rekaan pereka terkenal Ed Heinemann. Dia terkenal kerana menjadi pereka kapal terbang A-4 Skyhawk. Heinemann membuat Skyraider sebagai satu pilihan yang lebih mudah kepada reka bentuk kapal terbang XBTD-1. penerbangan sulung prototaip dibuat pada 18 Mac 1945. Kapal terbang ini mempunyai enjin Wright R-3350, dan 7 stesen persenjataan di setiap sayap, membolehkannya membawa muatan senjata yang amat banyak.
Skyraider terlalu lambat untuk beraksi dalam Perang Dunia II, tetapi memberikan perkhidmatan cemerlang semasa Perang Korea. Kelebihan kapal terbang ini ialah membawa muatan perang yang banyak dan kebolehannya berlegar untuk masa yang lama (selama 10 jam) menjadikan ia paling sesuai untuk memenuhi misi serangan bantuan rapat (close air support). Skyraider melalui beberapa versi bermula dengan AD-1, dan kemudiannya AD-2 sebelum digantikan dengan versi AD-3. Versi AD-4 mempunyai enjin Wright R-3350-26WA yang lebih berkuasa, dan versi AD-5 mempunyai dua orang juruterbang. Versi pengeluaran terakhir adalah AD-7 yang menggunakan enjin Wright R-3350-26WB.
Setelah pembinaannya mencapai 3,180 unit, pengeluarannya telah dihentikan pada tahun 1957 . Dalam tahun 1962, pesawat ini ditukarkan penamaannya kepada A-1 Skyraider dan digunakan semasa Perang Vietnam oleh Tentera Udara Amerika Syarikat dan Tentera Laut Amerika Syarikat. A1D Skyraider mengilhamkan pesawat A-10 Thunderbolt II yang direka sebagai pesawat khusus serangan bantuan rapat untuk misi tempur di teater Eropah.
Pengguna
sunting- Kemboja
- Central African Republic
- Chad
- Perancis
- Gabon
- Vietnam Selatan
- United Kingdom
- Amerika Syarikat (Tentera Udara dan Tentera Laut)
Pautan luar
sunting- skyraider.org
- Douglas AD/A-1 Skyraider Diarkibkan 2009-01-30 di Wayback Machine
- Air Force Fact Sheet mengenai Skyraider yang diterbangkan oleh Major Fisher.