Abdul Fattah Mahmood
Yang Berhormat Dato' Haji Abdul Fattah Mahmood adalah ahli politik Malaysia berbangsa Melayu dari Parti Islam Se-Malaysia yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Panau, Kelantan bertanding di atas tiket PAS. Di peringkat parti, beliau merupakan Yang Dipertua PAS Kawasan Tanah Merah[1].
Abdul Fattah Mahmood DJMK, JMK (Kelantan) | |
---|---|
Timbalan Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri Kelantan | |
Dalam jawatan 2018–2023 | |
Yang Dipertua | Abdullah Ya'kub |
Didahului oleh | Abdul Latiff Abdul Rahman |
Digantikan oleh | Mohamed Farid Mohamed Zawawi |
Ahli Dewan Undangan Negeri Kelantan bagi Bukit Panau | |
Dalam jawatan 2004–0 | |
Didahului oleh | Mat Yusoff Mat Sah |
Digantikan oleh | 0 |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Abdul Fattah bin Mahmood 16 September 1963 Kampung Domis, Bukit Panau, Tanah Merah, Kelantan |
Parti politik | Parti Islam Se-Malaysia |
Pasangan | Datin Wan Sakinah Wan Ismail |
Anak | 5 orang (2 sons, 3 ) |
Pekerjaan | Ahli politik |
Latar belakang
suntingAbdul Fattah dilahirkan di Kampung Domis, Bukit Panau. Beliau adalah anak kepada pengasas Sekolah Menengah Ugama (Arab) Ar Rahmaniah, Kampung Paloh, Bukit Panau. Bapanya Tuan Guru Mahmood Mat Sah. Bapanya menetap di Mekah selama 17 tahun untuk mendalami ilmu agama.
Abdul Fattah bersekolah di Sekolah Kebangsaan Bukit Panau dan Maahad Muhammadi Lelaki, Kota Bharu. Kemudian sambung belajar di Kolej Islam Kelang sebelum mengikuti program matrikulasi di Sekolah Alam Shah. Seterusnya belajar jurusan optometri di UKM - ijazah sarjana muda dengan kepujian pada 1990.
Semasa di UKM , Abdul Fattah menjadi Presiden Persatuan Mahasiswa Optometri dan Timbalan Yang Dipertua Kolej Tun Dr Ismail (1985-1986).
Isterinya, Fahimah Mahmood adalah seorang guru siswazah dan mereka mempunyai tiga orang cahaya mata.
Kerjaya
suntingBeliau bekerja di klinik optometry di Kajang (1986-1996). Selepas itu membuka klinik sendiri di Kota Bharu.
NGO
suntingAbdul Fatah menjadi Lembaga Pengarah Konsortium Koperasi Kelantan Bhd, Pengerusi Lembaga Pengarah Koperasi Kosri Kelantan dan Timbalan Yang Dipertua Jemaah Islah Malaysia Bahagian Kota Bharu.
Politik PAS
suntingBeliau terbabit dengan politik sejak dalam kampus UKM lagi. Beliau dilantik sebagai Ketua Dewan Pemuda PAS Tanah Merah pada 2003 dan kini Bendahari Dewan Pemuda PAS Kelantan.
Selepas memenangi pilihan raya 2004 di DUN Bukit Panau, beliau dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Belia dan Sukan.