Abu Raihan Al-Biruni

ilmuwan Parsi

Abu Raihan Al-Biruni (15 September 973 - 13 Disember 1048) merupakan seorang ahli matematik, astronomi, ahli fizik, cendekiawan, penulis ensiklopedia, ahli falsafah, ahli astrologi, pengembara, pakar sejarah, ahli farmasi dan guru yang banyak menyumbang kepada bidang matematik, falsafah, perubatan dan sains dari Persia. Karya agungnya ialah Rasa'll al-Biruni, sebuah ensiklopedia astronomi dan mathematik. Kejayaannya yang terpenting ialah menentukan musim dan pasang surut air laut, menentukan kedudukan garis lintang dan garis bujur bumi, mencipta jam dan kalendar, mencipta rumus trigonometri dan mencipta alat menyukat ketumpatan.

Abu Raihan Al-Biruni

Dilahirkan di Khwarazm (kini Uzbekiztan) di Asia Tengah yang pada masa itu terletak dalam sempadan Kerajaan Parsi, Al-Biruni mempelajari matematik dan astronomi daripada Abu Nasr Mansur. Al-Biruni merupakan rakan pelajar kepada ahli falsafah dan pakar perubatan Ibn Sina, pakar sejarah, pakar falsafah, dan pakar etik (ethicist) Ibn Miskawayh, di universiti dan pusat sains yang ditubuhkan oleh putera Abu Al Abbas Ma'mun Khawarazmshah. Abu Raihan Al-Biruni juga mengembara ke India dengan Mahmud dari Ghazni dan menemani beliau dalam kempen ketenteraannya di sana, mempelajari bahasa, falsafah dan agama mereka dan menulis buku mengenainya. Dia juga mengetahui bahasa Yunani, dan kemungkinannya Syriac dan Berber. Dia menulis bukunya dalam bahasa Persia (bahasa ibundanya) dan bahasa Arab.


Pencapaian

sunting

Sebahagian pencapaiannya termasuk:

  • Ketika berusia 17 tahun, dia mengira latitud bagi Kath, Khwarazm, dengan menggunakan altitud maksima matahari.
  • Ketika berusia 22, dia menulis beberapa hasil kerja ringkas, termasuk kajian unjuran pemetaan (map projections), "kartografi", yang termasuk pengkaedahan untuk membuat unjuran hemisfera pada satah matematik (plane (mathematics)) .
  • Ketika berusia 27, dia telah menulis buku bertajuk "Kronologi" yang merujuk kepada hasil kerja lain yang dihasilkan oleh beliau (sekarang tiada lagi) termasuk sebuah buku berkenaan astrolabe, satu berkenaan sistem perpuluhan, empat buku berkenaan astrologi, dan dua berkenaan sejarah.
  • Beliau membuat pengiraan jejari bumi kepada 6,339.6 kilometer (hasil ini diulang di Barat pada abad ke-16).

Hasil karya Al-Biruni mencecah melebihi 120 buah kitab.

Hasil karya matematik

sunting

Sumbangannya kepada matematik termasuk:

Hasil karya bukan matematik

sunting

Hasil kerjanya yang bukan matematik termasuk:

  • Kajian kritis mengenai apa yang telah dikatakan oleh India, baik diterima mengikut pemikiran atau tidak (Bahasa Arab: تحقيق ما للهند من مقولة معقولة في العقل أم مرذولة): Sari pati agama dan falsafah India.
  • Tanda-tanda tinggal abad-abad yang lalu (Bahasa Arab: الباقية عن القرون الخالية): kajian perbandingan kalendar-kalendar pelbagai budaya dan peradaban, berjalin maklumat matematik, astronomi dan sejarah.
  • Daftar karya Mas'udi (Arabic القانون المسعودي): sebuah buku mengenai Astronomi, Geografi dan Kejuruteraan, yang didedikasikan dan dinamai sempena nama Mas'ud, anak lelaki kepada Mahmud dari Ghazni.
  • Memahami Astrologi (Bahasa Arab التفهيم لصناعة التنجيم): Buku soal-jawab mengenai matematik dan astronomi, dalam bahasa Arab dan Persia.
  • Farmasi: mengenai drug dan ubat.
  • Permata (Bahasa Arab: الجماهر في معرفة الجواهر) mengenai geologi, mineral dan permata, yang didedikasikan kepada Mawdud, anak lelaki kepada Mas'ud.
  • Astrolabe.
  • Buku sejarah ringkas.
  • Sejarah Mahmud dari Ghazni serta ayahandanya
  • Sejarah Khawarazm

Lihat juga

sunting

Pautan luar

sunting
  NODES
Done 1
eth 1