Affin Bank
Affin Bank Berhad atau Affin Bank; (MYX: 5185) ialah bank di Malaysia yang dimiliki oleh Affin Group yang disenaraikan di dalam papan utama Bursa Malaysia.[3]
Jenis/bentuk sah | Syarikat kewangan awam |
---|---|
Industri | Perbankan dan kewangan |
Ditubuhkan | 1975 |
Ibu pejabat | Level 19, Menara AFFIN, Lingkaran TRX, Tun Razak Exchange, 55188, WP Kuala Lumpur, Malaysia
|
Tokoh penting |
|
Keluaran |
|
Syarikat induk | Affin Group |
Anak syarikat | Affin Islamic |
Tapak web | Affin Bank |
sunting · sunting di Wikidata |
Perihal
suntingLatar belakang
suntingAffin Bank memulakan operasinya pada bulan Januari 2001 selepas berlakunya pengabungan di antara 2 bank iaitu Perwira Affin Bank Berhad dan BSN Commercial (M) Berhad pada bulan Ogos 2000. Pada bulan Jun 2005, ia bergabung pula dengan Affin-ACF Finance Berhad[4]. Setakat ini bank ini mempunyai 115 buah cawangan seluruh negara[5]. Bangunan Ibu Pejabat yang dipanggil Menara Affin terletak di Tun Razak Exchange, Kuala Lumpur.
Affin Group of Companies
sunting- Affin Bank Berhad
- Affin Islamic Bank Berhad
- Affin Hwang Investment Bank Berhad
- Affin Moneybrokers Sdn. Bhd.
- Generali Insurance Malaysia Berhad
- Generali Life Insurance Malaysia Berhad
Kesemua agensi kewangan dan agensi insurans yang disenaraikan di atas adalah merupakan rangkaian perbankan dan perkhidmatan insurans yang disediakan sepenuhnya oleh Affin Bank.
Hak pemilikan Affin Bank Berhad oleh Kerajaan Sarawak
suntingKerajaan Sarawak kini memuktamadkan perjanjian pemilikan hak perbankan serta pembelian saham utama Affin Bank Berhad, sekali gus menjadikan Kerajaan Sarawak sebagai pemegang sah saham majoriti terbesar, dengan pegangan saham sebanyak 31.25 peratus ke atas syarikat perbankan awam itu.[6]
Kerajaan Sarawak bakal memperluaskan pembukaan bank baharu Affin Bank Berhad di seluruh daerah di Sarawak, dengan mensasarkan sebanyak 50 buah bank cawangan baharu Affin Bank Berhad akan dibuka sepenuhnya di seluruh Sarawak menjelang tahun 2028. Oleh itu, sebagai permulaannya, sebanyak 17 buah bank cawangan baharu Affin Bank Berhad masing-masing bakal beroperasi di kawasan Kuching (8), Bau (1), Sri Aman (2), Betong (2), Sibu (2), Bintulu (1), dan Miri (1).
Pelaksanaan pembukaan bank cawangan baharu Affin Bank Berhad ini sekaligus dapat menggantikan sepenuhnya lima buah institusi perbankan yang sudah ditamatkan operasi dan perkhidmatannya di wilayah Sarawak, iaitu HSBC Bank, Citibank, Alliance Bank, Bank Islam Malaysia, dan Bank Utama Berhad.
Galeri
suntingBerikut adalah logo penjenamaan bank yang sedang dan telah digunakan sepanjang operasi, dengan menggunakan bunga raya sebagai identiti:[7][8] [9]
Rujukan
sunting- ^ "AFFINBANK perkenal identiti, logo baharu". Dicapai pada 16 September 2023.
- ^ "Affin Bank Memperkenalkan Penjenamaan Baru Yang Lebih Moden". Dicapai pada 16 September 2023.
- ^ "Affin Bank". Dicapai pada 16 September 2023.
- ^ "Tentang Kami". Affin Rewards. Dicapai pada 16 September 2023.
- ^ "Affin Our Story". Affin Group. Dicapai pada 16 September 2023.
- ^ Kerajaan Sarawak kini pemegang saham terbesar Affin Bank (Berita Harian, 27 September 2024)
- ^ "Affin Bank's New Look and Idendity". Dicapai pada 16 September 2023.
- ^ "New logo and tagline for Affin Bank". Dicapai pada 16 September 2023.
- ^ "AFFINBANK perkenal identiti, logo baharu". Dicapai pada 16 September 2023.
Pautan luar
sunting- Laman Rasmi Affin Bank Diarkibkan 2006-12-12 di Wayback Machine