Ahmad Idham
Dr. Ahmad Idham bin Ahmad Nadzri (lahir 1 Januari 1974) ialah seorang pelakon, pengarah, penulis dan penerbit televisyen Malaysia.[1]
Ahmad Idham | |
---|---|
Kelahiran | Ahmad Idham bin Ahmad Nadzri 1 Januari 1974 |
Pusat pendidikan |
|
Pekerjaan | Pelakon, pengarah, penulis, penerbit |
Tahun aktif | 1994–kini |
Pasangan | Jameah "Amy" Aziz (k. 1999) |
Anak-anak | 4 |
Keluarga |
|
Ketua Pegawai Eksekutif FINAS | |
Dalam jawatan 5 Jun 2020 – 12 September 2021 | |
Digantikan oleh | Dr. Md Nasir Ibrahim |
Dalam jawatan 11 Mac 2019 – 10 Mac 2020 | |
Kehidupan awal
suntingBeliau dilahirkan pada di Alor Setar, Kedah dan merupakan anak sulung daripada lima beradik. Adik-beradiknya, Khalid, Azman dan Abby Nadzri juga berkecimpung dalam bidang seni, Khalid juga bergiat aktif sebagai pengarah drama manakala Azman pernah menjadi penyusun intisari rancangan TV Pendidikan, dan Abby mencipta nama sebagai pelakon dan pengacara. Bapanya, Ahmad Nadzri Ismail yang merupakan seorang askar yang berkhidmat dalam pasukan tentera telah mendidik Idham dan adik-beradiknya semasa kecil.[2]
Pendidikan
suntingBeliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Menengah St. John, Kuala Lumpur dan seterusnya melanjutkan pelajaran dalam bidang perakaunan di Universiti Teknologi MARA (dahulunya dikenali sebagai Institut Teknologi MARA).[2] Ketika menuntut di UiTM, beliau bertemu dengan Azhar Sulaiman yang merupakan pelajar jurusan seni bina.[2] Pada September 2020, beliau berjaya menamatkan pengajian doktor falsafahnya di Universiti Utara Malaysia dan memperoleh kelulusan Doktor Falsafah dalam bidang Pengurusan. Beliau membuat tesis bertajuk ‘Ekosistem dan Dasar Industri Perfileman Malaysia: Satu Kajian ke Atas Pengantarabangsaan Filem Melayu'.
Kerjaya
suntingIdham menceburkan diri dalam bidang lakonan sebagai pelakon tambahan dalam filem KLU yang dibintangi oleh Amy Mastura dan Azhar Sulaiman pada tahun 1994 ketika berusia 20 tahun. Beliau mendaftakan dirinya di Kuasatek Pictures yang dipelopori oleh penerbitnya, Mohd Noor Kadir. Idham membuat penampilan sulungnya di layar kaca menerusi drama Identiti yang bersiaran di TV3 ketika itu, yang mana beliau memegang watak kecil.[2] Sejak itu, beliau membintangi beberapa drama pada masa itu.
Rezeki berpihak kepada Idham apabila berlakon bersama Arni Nazira dalam drama Cinta Antara Benua; beliau menjayakan watak sebagai Wahid.[2] Beliau meraih pengiktirafan luar biasa menerusi gandngannya bersama Haliza Misbun dalam drama Cinderella yang memulakan tayangan perdana di TV3 pada 3 Ogos 1998.[3] Ia turut dibintangi oleh Riezman Khuzaimi, Amyza Aznan, Zizie Ezette, Abu Bakar Omar dan Azizah Mahzan. Khianat menjadi bintang utama sitkom popular ntv7, Spanar Jaya; beliau memegang watak sebagai Iskandar, seorang mekanik kereta di bengkel Spanar Jaya.[4]
Idham menubuhkan syarikat penerbitan Excellent Pictures pada 2002 yang mengkhususkan kepada penerbitan drama dan filem. Pada Mei 2014, beliau telah bernekad untuk keluar dari syarikat produksi yang ditubuhkannya bersama beberapa rakan perniagaan.[5] Beliau menubuhkan AIFA (Ahmad Idham Film Academy) terletak di Iskandar Puteri, Johor dan beroperasi secara kecil-kecilan dengan pengambilan beberapa pelajar sekitar Johor yang berminat dalam bidang penerbitan filem. Akademi ini dikatakan mampu melahirkan pengarah-pengarah yang berbakat besar.[6]
Idham kembali berlakon dengan memegang watak sebagai Borhan dalam drama adaptasi Cinta Tiada Ganti lakonan Addy Ashraf dan Nelydia Senrose. Diadaptasi dari drama Filipina, Sana'y Wala Nang Wakas terbitan ABS-CBN, ia mengisahkan percintaan Ara dan Mukhriz yang penuh dengan ujian.[7]
Pada 11 Mac 2019, Idham dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo. Beliau menggantikan Shakib Ahmad Shakir yang menjadi pemangku.[8]
Kehidupan peribadi
suntingBeliau berkahwin dengan Jameah "Amy" Aziz pada 1999 dan mempunyai 4 anak. Anak sulungnya, Ahmad Firdaus memghidap penyakit autisme sejak lahir. Idham menubuhkan sebuah sekolah khas yang dinamakan sempena anaknya, dengan sistem pendidikan dan terapi bertaraf antarabangsa disediakan untuk golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) iaitu Eden Firdaus Special Need Centre yang beroperasi di Encorp Strand Mall, Kota Damansara.[9][10][11][12]
Filemografi
suntingFilem
suntingTahun | Tajuk | Dikreditkan sebagai | Watak | Catatan | ||
---|---|---|---|---|---|---|
Pelakon | Pengarah | Penerbit | ||||
1995 | KLU | Rozman | Filem pertama, pelakon tambahan | |||
2000 | Senario Lagi | Doktor | Penampilan khas | |||
Anaknya Sazali | Farid | |||||
2002 | Mr. Cinderella | Doktor | Filem arahan pertama, penampilan khas | |||
2004 | Tangkai Jering | Ramadhan | ||||
2006 | Tipah Tertipu The Movie | — | ||||
Remp-It | Mekanik | Penampilan khas | ||||
Tentang Bulan | — | |||||
2007 | Jangan Pandang Belakang | — | ||||
Impak Maksima | Rizwan | Penampilan khas | ||||
2008 | Congkak | Peniaga | ||||
I'm Not Single | Ahmad | Pelakon undangan | ||||
Senario The Movie - Episod 1 | — | |||||
Brainscan: Aku Dan Topi Ajaib | — | |||||
2009 | Syurga Cinta | — | ||||
Jangan Pandang Belakang Congkak | — | |||||
Senario The Movie Episod 2: Beach Boys | Abang Ghasidah | Penampilan khas | ||||
2010 | Adnan Sempit | — | ||||
Niyang Rapik | — | |||||
Semerah Cinta Stilleto | — | |||||
Jangan Pandang Belakang Congkak 2 | — | |||||
Cuti-Cuti Cinta | — | |||||
Aku Masih Dara | — | |||||
Damping Malam | Wadi | |||||
2011 | Senjakala | — | ||||
Hantu Bonceng | — | |||||
2012 | Jangan Pandang-Pandang | — | ||||
Gerimis Mengundang | — | |||||
Mael Lambong | — | |||||
8 Jam | — | |||||
Apa Celop Toqq... | — | |||||
2013 | Gangster Celop | — | ||||
Lari | — | |||||
Cinderella | — | |||||
2014 | Tembus | — | ||||
Hantu Nan Sempit | — | |||||
2015 | Romeo Kota | ASP Jamal | Penampilan khas | |||
Mat Moto | Iskandar | Penampilan khas | ||||
2016 | Harmonika | — | ||||
Mat Moto Otai | Iskandar | |||||
2017 | Minah Moto | — | ||||
Pencuri Hati Mr. Cinderella | Salman | |||||
2018 | Hantu Wangan | Dirinya sendiri | Penampilan khas | |||
Qhaliq | Tuan Roslan | |||||
2019 | Kron | Profesor Amri | Penampilan khas | |||
2024 | Anak Perjanjian Syaitan 2 | — | ||||
Saka Perawan | — | |||||
Reeza GTR | — | |||||
2025 | Sahak Gangster | — | Pos-produksi |
Drama
suntingTahun | Tajuk | Dikreditkan sebagai | Watak | Saluran TV | Catatan | ||
---|---|---|---|---|---|---|---|
Pelakon | Pengarah | Penerbit | |||||
1996 | Identiti | TV3 | Drama pertama | ||||
1997 | Cinta Antara Benua | Wahid | |||||
1998 | Cinderella | Salman | |||||
1999 | Romeo & Juliet | Romi | |||||
1998–2005 | Spanar Jaya | Iskandar | ntv7 | Sitkom | |||
2003 | Mengejar Pelangi | Astro Prima | Drama arahan pertama | ||||
2005 | Aku, Dia & Capetown | — | TV3 | ||||
2006 | Kamasutra | Kamal | |||||
2007 | Kerana Cintaku Saerah | Pelakon undangan | |||||
2008 | Ezora | — | |||||
Impak Maksima the Series | Ridzwan | ||||||
2011 | Ustaz Amirul | — | |||||
2012 | Apa Celop! | — | |||||
Runtun Qalbu | — | ||||||
2016 | Married Tapi Benci | — | |||||
Tak Beli Tak Cinta | — | ||||||
2018 | Cinta Tiada Ganti | Borhan | Astro Prima | ||||
2019 | Spanar Jaya X | Iskandar | TV3 | Episod: "Ini Harta Mat Rock Yang Punya" | |||
Episod: "Stiletto Merah" | |||||||
2023 | Bukan Sekadar Lafaz | Tuan Zaman | |||||
W: Two Worlds | Bapa Aliff | Viu |
Telefilem
suntingTahun | Tajuk | Dikreditkan sebagai | Watak | Saluran TV | Catatan | ||
---|---|---|---|---|---|---|---|
Pelakon | Pengarah | Penerbit | |||||
1997 | Dominan | TV3 | Telefilem pertama | ||||
1998 | 25 Tahun 5 Minit | Azman | |||||
1999 | Minah Meenachi | ||||||
2000 | Pak Jalal T.J | ||||||
2002 | Tarantula | Telefilem arahan pertama | |||||
2003 | Che Mat | Iris | |||||
2008 | Rempit vs Impak Maksima | — | |||||
2009 | Lagu Kita | — | Astro Citra | ||||
2 Jiwa 1 Hati | Doktor | TV3 | |||||
2010 | Talkin Terakhir | — | |||||
2012 | Apa Celop Raya | — | |||||
Begitulah Sayang | — | ||||||
2013 | Abang Long vs Kak Yong | — | |||||
2018 | Ketupat Untuk Ariana | — | |||||
Genesis | |||||||
Rezeki Tanpa Alamat | — | ||||||
2024 | Budak Pendamping | — | Unifi TV |
Televisyen
suntingTahun | Tajuk | Peranan | Saluran TV |
---|---|---|---|
2011 | Maharaja Lawak | Juri tetap | Astro Warna |
2015 | Projek Komedi Warna | Juri tetap |
Anugerah dan pencalonan
suntingTahun | Anugerah | Kategori | Keputusan |
---|---|---|---|
1998 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian 1997/98 | Artis Baru Popular | Menang |
1999 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian 1999 | Pelakon TV Lelaki Popular | Menang |
2003 | Anugerah Skrin 2003 | Pengarah Terbaik (Telefilem) | Menang |
Festival Filem Malaysia ke-16 | Pengarah Harapan | Menang |
Rujukan
sunting- ^ "Goodies on the tube". eCentral. The Star. 1 Okt 2008. Dicapai pada 24 Apr 2010.[pautan mati kekal]
- ^ a b c d e Aini Nawawi (23 Julai 2017). "Ahmad Idham terima berkarung surat peminat". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-07-03. Dicapai pada 3 Julai 2018.
- ^ Haliza dan Ahmad Idham dalam adegan drama Cinderella Diarkibkan 2018-07-03 di Wayback Machine Utusan Malaysia. Dicapai pada 3 Julai 2010.
- ^ "Sitcom Spanar Jaya di NTV7". Utusan Malaysia. 12 Februari 1999. Dicapai pada 25 Mac 2018.
- ^ Feride Hikmet Atak (16 Jun 2014). "Ahmad Idham tinggalkan Excellent Pictures tubuhkan akademi". mStar Online. Dicapai pada 3 Julai 2014.
- ^ Feride Hikmet Atak (9 April 2016). "Ada pihak ingat saya muflis: Ahmad Idham". Berita Harian. Dicapai pada 3 Julai 2016.
- ^ (12 Julai 2018). Cubaan cetus fenomena Harian Metro. Diperoleh pada 27 Julai 2018.
- ^ Zaidi Mohamad (14 Mac 2019). "Ahmad Idham CEO baharu FINAS". Berita Harian. Dicapai pada 13 April 2019.
- ^ Nor Azlina Shaari (8 Mac 2016). "Eden Firdaus Special Need Centre, Sekolah OKU Ahmad Idham". Felda Voice. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-07-03. Dicapai pada 3 Julai 2016.
- ^ Mohd Al-Qayum Azizi (8 Mac 2016). "Ahmad Idham mahu buka sekolah OKU kanak-kanak". mStar Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-07-03. Dicapai pada 3 Julai 2016.
- ^ Fiza Kamarudin (12 Mei 2017). "Ahmad Idham Mahu Jadikan Eden Firdaus Sebagai Hab Pendidikan Khas". Astro Gempak. Dicapai pada 18 September 2017.
- ^ "Mahu bikin karya khas untuk OKU". Sinar Harian. 9 November 2017. Dicapai pada 9 November 2017.
Pautan luar
suntingDidahului oleh Shakib Ahmad Shakir (pemangku) |
Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Filem Nasional 11 Mac 2019 – 10 Mac 2020 |
Diikuti oleh: Hans Isaac |