Akar dani
Akar dani, dani, udani, wudani, wedani, bidani, redani, selimpas, ceguk atau akar pontianak (nama botani: Combretum indicum) ialah spesies tumbuhan menjalar dalam keluarga Combretaceae yang menumbuhkan rumpun-rumpun bunga merah yang menarik. Ia boleh didapati di belukar, hutan-hutan primer dan sekunder, dan sepanjang tebing sungai di kawasan-kawasan tropika Asia.[2]:547
Akar dani | |
---|---|
Pengelasan saintifik | |
Domain: | Eukaryota |
Alam: | Plantae |
Klad: | Trakeofit |
Klad: | Eudikot |
Klad: | Rosid |
Order: | Myrtales |
Keluarga: | Combretaceae |
Genus: | Combretum |
Spesies: | C. indicum
|
Nama binomial | |
Combretum indicum (L.) DeFilipps
| |
Sinonim[6] | |
Peristilahan
suntingNama dani (Jawi: داني ), udani (Jawi: اوداني ) dan wudani (Jawi: ووداني ) digunakan di Sumatera. Nama wedani (Jawi: وداني ) dipinjamkan daripada bahasa Jawa.[3]:17
Nama bidani (Jawi: بيداني ) digunakan di Semenanjung Melayu.[2]:547
Nama-nama setempat Nusantara termasuk:[3]
Botani
suntingPokok akar dani jenis menjalar dengan batang berkayu[4]:120 yang boleh mencapai ketinggian antara 2.5 meter hingga 8 meter. Daunnya berbentuk bujur dengan hujung tajam dengan ukuran 5-18.5 sentimeter panjang dan 2–9 sm lebar, helai-helai daun pokok disusun bertentangan.[4]:120[2]:547
Bunga dan buah
suntingKuntum bunganya terdiri daripada lima kelopak tiub berukuran 6-8 mm panjang.[2]:547–548 Bunga akar dani kembang pada waktu senja berwarna putih untuk menarik perhatian rama-rama. Kuntum-kuntum ini kemudian menunduk dan bertukar warna merah untuk menarik perhatian lebah dan burung-burung pada hari ketiga.[8]:175[2]:547–548
-
Bunga akar dani
di Benggala Barat, India -
Bunga-bunga akar dani yang kembang pada waktu pagi
Pokok akar dani jarang berbuah, ia berbentuk bujur dengan 30–35 milimeter panjang, memiliki lima sayap yang ketara, dan berwarna perang gelap. Biji benihnya ada rasa seakan-akan badam atau kelapa apabila matang.[2]:547–548
Kegunaan
suntingPokok akar Dani digunakan khususnya untuk dijadikan perubatan tradisional. Rebusan akar, biji atau buahnya boleh dipergunakan sebagai antihelmintik serta juga untuk mengurangkan cirit-birit. Rebusan buahnya juga boleh digunakan untuk merawat nefritis serta juga sebagai ubat kumur, manakala daunnya boleh digunakan untuk mengurangkan sakit yang diakibatkan oleh demam. Akarnya digunakan untuk merawat reumatisme (sengal-sengal tulang), manakala biji dari lenggainya digunakan untuk merawat cacing bulat dan cacing peniti kerana ia boleh meracuni parasit tersebut dan membunuhnya semasa di dalam saluran penghadaman.
Rujukan
sunting- ^ "Quisqualis indica". Kamus Bahasa Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2017.
- ^ a b c d e f g Exell, A.W. (1948). "Combretaceae". Flora Malesiana. 4 (1): 533–589 – melalui Naturalis Institutional Repository.
- ^ a b c Dalimartha, Setiawan (2006). Atlas Tumbuhan Obat Indonesia. 4. Jakarta, Indonesia: Puspa Swara. m/s. 17–19. ISBN 979-1133-14-X.
- ^ a b c Hean Chooi Ong (2006). Tanaman hiasan: khasiat makanan & ubatan. Kuala Lumpur, Malaysia: Utusan Publications. m/s. 35, 120–121. ISBN 9789676118929.
- ^ a b Quisqualis indica Linn. – Niog-niogan (PDF). Biro Industri Tumbuhan, Jabatan Pertanian, Republik Filipina. n.d. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 20 Julai 2011.
- ^ "Combretum indicum (L.) DeFilipps". Plants of the World Online. Taman Botani Diraja, Kew. 2023. Dicapai pada 28 Jun 2023.
- ^ Oakes, Albert Jackson (1967). Some Harmful Plants of Southeast Asia. Bethesda, Maryland, Amerika Syarikat: Naval Medical School. m/s. 39–40.
- ^ Eisikowitch, D.; Rotem, R. (1987). "Flower Orientation and Color Change in Quisqualis indica and Their Possible Role in Pollinator Partitioning". Botanical Gazette. 148 (2): 175–179. doi:10.1086/337645. JSTOR 2995472.
Pautan luar
suntingWikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Akar dani. |
- Profil spesies di Sistem Maklumat Biokepelbagaian Malaysia
- Profil spesies di Flora and Fauna Web Lembaga Taman Negara Singapura
- Pokok Akar Dani di melur.com
- Flowers Of Malaysia: Akar Dani
- Madhumalati (Quisqualis indica)
- Carian Google Pokok Akar Dani.
Senarai pokok | |
---|---|
A - B - C - D - E - F - G - H - I - J - K - L - M - N - O - P - Q - R - S - T - U - V - W - X - Y - Z |