Ansan

bandar di wilayah Gyeonggi, Korea Selatan

Ansan (sebutan bahasa Korea: [an.san]) ialah sebuah bandar raya di Wilayah Gyeonggi, Korea Selatan. Ia terletak di barat daya Seoul dan merupakan sebahagian daripada Kawasan Ibu Negara Seoul. Ia dihubungkan ke Seoul dengan kereta api melalui Laluan 4 Kereta Api Bawah Tanah Seoul. Ansan terletak di kawasan pantai Laut Kuning dan beberapa pulau juga terletak di bawah pentadbiran bandar raya ini. Pulau terbesar dan yang paling terkenal adalah Pulau Daebu. Beberapa institusi pengajian tinggi juga terletak di Ansan termasuk Universiti Ansan, Kolej Teknologi Ansan, Institut Seni Seoul dan kampus ERICA Universiti Hanyang. Agensi kerajaan, Lembaga Keselamatan Pengangkutan Korea juga beribu pejabat di Ansan.[1] Dengan jumlah pekerja asing yang tinggi, Wongokbon-dong telah dipilih sebagai sebuah kawasan pelbagai budaya.[2]

Ansan
안산시
Bandar Raya Khusus
Transkripsi Korean
 • Hangul
 • Hanja
 • Revised RomanizationAnsan-si
 • McCune-ReischauerAnsan-shi
Lokasi di Korea Selatan
Lokasi di Korea Selatan
Koordinat: 37°19′0″N 126°50′0″E / 37.31667°N 126.83333°E / 37.31667; 126.83333Koordinat: 37°19′0″N 126°50′0″E / 37.31667°N 126.83333°E / 37.31667; 126.83333
NegaraKorea Selatan Korea Selatan
KawasanSudogwon
Pertama kali disebut940
Status bandar raya1986
Bahagian pentadbiran2 gu, 25 dong
Keluasan
 • Jumlah149.39 km2 (57.68 batu persegi)
Aras
139 m (456 ft)
Penduduk
 (31 Julai 2016)
 • Jumlah693,546
 • Kepadatan4,600/km2 (12,000/batu persegi)
 • Loghat
Seoul
Kod kawasan
425020-426910
Kod kawasan(+82) 31
BurungBangau cina
BungaMawar
PokokGinkgo
Laman sesawangwww.iansan.net

Bandar Raya Kembar

sunting

Luer Negara

sunting

Domestik

sunting

Bandar Raya Kerjasama Mesra

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ Seungwoon, Song jungsun,Kim hyejin,Joe. "교통안전공단 - 공단소개 > 공단소개 > 일반현황 > 설립목적 및 연혁 > 2000년 이후".
  2. ^ 그 곳에 가면 외국의 축제가 있다 kung yang news, 2009-06-02.

Pautan luar

sunting
  NODES