Appian
Appian (k.k. 95- k.k. 165; bahasa Greek: Αππιανος) dari Alexandria ialah seorang ahli sejarah Rom yang mencapai kemasyhuran di bawah pemerintahan-pemerintahan Trajan, Hadrian dan Antoninus Pius.
Selepas memegang jawatan-jawatan utama di wilayah Mesir, Appian kembali ke Rom pada tahun kira-kira 120 untuk menjadi peguambela dan membela kes-kes di hadapan maharaja-maharaja. Pada paling awal tahun 147, beliau dilantik sebagai peguam cara, mungkin di Mesir, selepas diperakukan oleh seorang kawannya, Marcus Cornelius Fronto. Jawatan peguam cara hanya terbuka kepada ahli-ahli kelas menunggang kuda.
Karya Appian (Ῥωμαικα, dikenali dalam bahasa Melayu sebagai Sejarah Rom) yang terdiri daripada dua empat buah buku yang ditulis dalam bahasa Greek sebelum 165, merupakan sekumpulan mongraf, berbanding sebuah sejarah yang bersepadu. Karya ini memberikan pemerian terhadap pelbagai orang dan negara dari masa-masa terawal sehingga penubuhan empayar Rom, dan kekal dalam bentuk buku yang lengkap seperti cebisan yang besar. Walaupun gaya penulisannya tidak menarik, karya ini amat bernilai, khususnya bagi tempoh perang-perang saudara.
Edisi
sunting- Editio princeps, 1551
- Schweighauser, 1785
- Bekker, 1852
- Ludwig Mendelssohn, 1878-1905, Appiani Historia Romana
Terjemahan bahasa Inggeris oleh:
- W. B., 1578 (surat hitam) - mungkin William Barker - digunakan oleh William Shakespeare
- J. D[avies], 1679
- Horace White, 1899 (Perpustakaan Klasik Bohn);
- Book i. disunting oleh James Leigh Strachan-Davidson, 1902.
Rujukan
sunting- domain awam: Chisholm, Hugh, penyunting (1911). Encyclopædia Britannica (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-11). Cambridge University Press. Missing or empty
|title=
(bantuan)
Rencana ini menggabungkan dan menterjemah teks dari penerbitan sekarang di - William Smith (ed) (1870), Dictionary of Greek and Roman Biography and Mythology (Kamus Biografi dan Mitologi Yunani dan Rom), Jilid 1, m.s. 247-248