April (kumpulan muzik)

April (Hangul에이프릴) adalah kumpulan wanita dari Korea Selatan yang ditubukan oleh DSP Media pada tahun 2015. Kumpulan ini membuat debut pada 24 Ogos 2015, dengan Album mini pertama mereka Dreaming dengan single utama "Dream Candy". Kumpulan ini terdiri dari enam orang ahli iaitu: Chaekyung, Chaewon, Naeun, Yena, Rachel dan Jinsol. Kumpulan ini secara rasmi dibubarkan pada 28 Januari 2022.

April
April pada bulan April 2020
Dari kiri ke kanan: Chaewon, Chaekyung, Jinsol, Yena, Rachel dan Naeun
Latar belakang
Berasal dariSeoul, Korea Selatan
GenreK-pop
Tahun aktif2015 (2015)–2022 (2022)
Syarikat rakaman
DSP Media
Pengkarya berkait
Laman sesawang
Laman sesawang rasmi
Laman sesawang rasmi Jepun
Bekas ahli
  • Chaekyung
  • Somin
  • Chaewon
  • Hyunjoo
  • Naeun
  • Yena
  • Rachel
  • Jinsol

Nama kumpulan terdiri daripada 'A' dan 'pril'. 'A' bermaksud 'kumpulan wanita terbaik' dan 'pril' bermaksud gadis cantik. Sebagai gabungan, 'April' membawa maksud 'gadis yang terbaik dan cantik'.[1] Juga dikenali sebagai 'Sa-wori' (사월 이, April), 'Apple' (에플, pun of April) atau 'Pril-e'. Selepas debut, peminat mula memanggil mereka 'Chung-jeong-dol' (청정돌, pure idol, idola tulen).[2]

Sejarah

sunting

2015: Debut dengan Dreaming dan Somin meninggalkan kumpulan

sunting
 
April semasa persembahan rasmi pertama mereka pada 25 Ogos 2015, di The Show

Pembentukan April pertama kali diumumkan oleh DSP Media pada 9 Februari 2015, mengikuti kumpulan wanita sebelumnya Fin.K.L, Kara dan Rainbow.[3][4] Kumpulan enam orang ahli ini (Somin, Chaewon, Hyunjoo, Naeun, Yena dan Jinsol) memulakan debut mereka pada 24 Ogos dengan Album mini pertama mereka Dreaming[5][6] dengan single utama "Dream Candy" (Hangul꿈사탕).[7][8]

Pada 9 November, ketua kumpulan ini, Somin mengumumkan meninggalkan kumpulan ini, mengakui dia tidak selesa dengan konsep yang akan diterapkan oleh kumpulan itu;[9][10] dia kemudiannya akan menyertai kumpulan co-ed KARD. Selebihnya lima orang ahli mengeluarkan album single pertama mereka Boing Boing, termasuk single utama "Muah!" dan B-side "Glass Castle" pada 25 November.[11] Ia diikuti dengan album istimewa Krismas yang bertajuk Snowman dikeluarkan pada 21 Disember.[12]

2016: Spring dan perubahan barisan

sunting

Pada 12 Februari 2016, DSP Media mengumumkan bahawa nama kelab peminat kumpulan ini adalah "Fineapple" (Hangul파인에플).[13] Pada 14 Februari, kumpulan ini mengadakan konsert mini bertajuk "Everland Romantic Concert" untuk Hari Valentine..[14] Pada 18 Februari, April memenangi Anugerah Girl Group Rookie of the Year di 22nd Korean Entertainment Arts Awards.[15]

 
April membuat persembahan beberapa hari sebelum perilisan Spring

Album mini kedua kumpulan mereka Spring dikeluarkan pada 27 April. Ia mengandungi enam buah lagu termasuk single utama, "Tinkerbell" (Hangul팅커벨).[16][17] Semasa promosi untuk Spring, Hyunjoo telah hiatus sementara daripada kumpulan ini kerana masalah kesihatan dan April menpromosikan sebagai kumpulan empat orang ahli.[18]

Pada 21 Ogos, kumpulan ini mengadakan konsert solo pertama mereka yang bertajuk Dream Land di Baek Am Art Hall di Seoul, untuk meraikan ulang tahun pertama mereka.[19] Konsert lain diadakan di Tokyo, Jepun pada 15 Oktober. Yoon Chae-kyung juga mengambil bahagian dalam kedua-dua konsert tersebut sebagai ahli tetamu.

Pada 29 Oktober, Hyunjoo mengumumkan meninggalkan kumpulan April, setelah hiatus tujuh bulan, untuk meneruskan karier lakonan.[20] Ahli kumpulan baharu telah disahkan pada bulan November: Chaekyung,[21] yang sebelum ini muncul sebagai ahli tetamu dan Rachel.[22][23]

2017: Prelude, Mayday dan Eternity

sunting
 
APRIL semasa tandatangan peminat pada 15 Januari 2017

April mengeluarkan album mini ketiga mereka Prelude sebagai kumpulan enam orang ahli pada 3 Januari 2017[24][25] dengan single utama "April Story" (Hangul봄 의 나라 이야기). Kumpulan ini juga mengadakan persembahan showcase comeback untuk Prelude pada hari yang sama.[26] Pada 14 Februari, mereka membuat persembahan cover "Luv" oleh Apink untuk episod ke-100 dari The Show.[27] Mulai 16 Februari, mereka turut membuat persembahan di M Countdown dengan lagu "Wow". Pada 26 Februari, mereka mengeluarkan "So You" sebagai single digital. Pada 20 Mac, April mengadakan perjumpaan peminat Jepun kedua mereka yang bertajuk "[#April Japan Fanmeeting 2017~April Story~]" di Shinagawa Intercity Hall, Tokyo.[28]

Pada 4 April, mereka mengeluarkan video muzik bertema lapangan tenis untuk single "Sting", melalui episod pertama program realiti mereka "A-IF-Ril".[29] Program ini disiarkan selama lima episod.[30] Pada 8 Mei, program realiti kedua kumpulan tahun ini April Secret mula ditayangkan di Naver TV.[31]

Pada 29 Mei, April mengeluarkan album single kedua mereka Mayday.[32] Video muzik untuk "Sting" dikeluarkan semula dengan tajuk "Lovesick",[33] bersama dengan single utama "Mayday".[34] Mereka membuat persembahan "Lovesick" di M Countdown pada 22 Jun.[35]

Pada 20 September, album mini keempat mereka Eternity dikeluarkan bersama dengan single utama "Take My Hand".[36]

Pada 18 Oktober, diumumkan bahawa kumpulan ini akan mengadakan konsert solo Jepun kedua mereka yang bertajuk "April 2nd Live Concert in Japan 2017 「Dream Land」 (Take My Hand)" pada 10 Disember 2017.[37] Kumpulan ini juga mengadakan konsert di Korea pada Hari Krismas yang bertajuk "2017 SPECIAL CHRISTMAS APRIL EVE".[38]

2018: The Blue, debut jepun dan The Ruby

sunting
 
April dalam perjalanan ke Music Bank, pada 18 Mac 2018.

Pada 30 Januari 2018, DSP Media melalui Twitter kumpulan ini mendedahkan set single rahsia yang akan dikeluarkan untuk 7 Februari.[39] Pada 31 Januari, agensi itu mendedahkan bahawa single tersebut akan menjadi sebahagian daripada album unit istimewa.[40][41] Pada 1 Februari, terungkap bahawa subunit yang akan datang yang terdiri daripada Jinsol dan Naeun akan mengeluarkan lagu "My Story".[42][43]

Pada 26 Februari 2018, DSP Media mengesahkan bahawa comeback kumpulan penuh April ditetapkan pada 12 Mac, dengan album mini kelima mereka The Blue bersama dengan single utama "The Blue Bird".[44]

Pada 22 Mac, DSP Media mengumumkan bahawa April ditetapkan untuk membuat debut Jepun mereka pada bulan berikutnya.[45] Kumpulan ini membuat debut Jepun pada 25 April dengan mengeluarkan versi Bahasa Jepun single tahun 2016 mereka "Tinkerbell". Single ini juga mengandungi lagu B-side versi Bahasa Jepun "Yes, sir!" Serta versi instrumental kedua lagu. Single ini dipromosikan melalui penampilan rancangan TV dan siri pertemuan peminat di pelbagai bandar di Jepun.

Pada 17 September, saluran berita OSEN mengeluarkan laporan eksklusif tentang APRIL membuat comeback musim luruh.[46] Laporan tersebut kemudiannya disahkan oleh ahli termuda kumpulan Jinsol yang mendedahkan semasa temu bual bahawa kumpulan itu memang sedang bersedia untuk comeback.[47] Pada 4 Oktober, DSP Media mengesahkan bahawa kumpulan ini akan comeback dengan album mini keenam mereka The Ruby. Album ini dikeluarkan pada 16 Oktober, bersama dengan single utama "Oh! My Mistake".[48][49]

2019–2020: Comeback jepun, Da Capo dan Hello Summer

sunting

Pada 16 Januari 2019, April mengeluarkan single "Oh-E-Oh" (Japanese ver.)".[50] Pada bulan yang sama, mereka mengeluarkan "Magic Dream" untuk drama televisyen My Strange Hero.[51]

Pada 11 Mac 2020, DSP Media mengumumkan bahawa April akan menangguhkan comeback Mac mereka ke April 2020 di tengah-tengah kebimbangan virus corona.[52] Pada 10 April, terungkap bahawa April akan comeback dengan album mini ketujuh mereka yang bertajuk Da Capo pada 22 April. Menurut DSP Media, "Da Capo" adalah muzikal istilah yang bermaksud "dari awal".[53] Pada 22 April, Da Capo dan single utamanya "Lalalilala" dikeluarkan. Da Capo memuncak di nombor lima di Carta Album Gaon, sementara "Lalalilala" memuncak di tangga ke-40 di Carta Digital Gaon, menjadi keluaran carta tertinggi mereka setakat ini.[54][55][56]

Pada 14 Julai 2020, DSP Media mengumumkan bahawa April akan comeback pada musim panas ini dengan album single istimewa Hello Summer pada 29 Julai, dengan single utama "Now or Never".[57]

2021–2022: Tuduhan buli dan pembubaran

sunting

Pada 28 Februari 2021, satu siaran telah dibuat ke forum dalam talian oleh seseorang yang mendakwa sebagai abang bekas ahli Hyunjoo. Dalam posting itu, dia mendakwa bahawa pemergian Hyunjoo daripada kumpulan itu bukan kerana dia ingin belajar berlakon, tetapi kerana dia telah dipaksa keluar kerana dibuli teruk oleh ahli lain, pada satu ketika mencuba membunuh diri.[58][59][60] DSP Media telah menafikan bahawa sebarang buli berlaku, dan mengumumkan mereka akan meneruskan tindakan undang-undang terhadap Hyunjoo dan keluarganya.[61][62] Akibatnya, kumpulan ini telah menghadapi tindak balas yang hebat, sehingga dan termasuk ahli disingkirkan daripada tawaran sokongan dan peranan lakonan.[63][64] Hyunjoo kemudian menyiarkan kenyataan di Instagram peribadinya pada 18 April 2021, menyokong dakwaan dua netizen yang membuat tuduhan itu. Dia juga menyatakan bahawa label, DSP Media, tidak membenarkannya untuk menamatkan kontrak eksklusifnya dengan mereka.[65]

Pada 28 Januari 2022, berikutan pemerolehan DSP oleh RBW Entertainment pada 26 Januari, DSP Media mengumumkan bahawa April telah memutuskan untuk bubar selepas enam tahun dan berpisah. Keputusan dibuat selepas perbincangan dan pertimbangan yang panjang.[66][67][68]

Bekas ahli

sunting
  • Chaekyung (채경)
  • Somin (소민)
  • Chaewon (채원)
  • Hyunjoo (현주)
  • Naeun (나은)
  • Yena (예나)
  • Rachel (레이첼)
  • Jinsol (진솔)

Diskografi

sunting

Album mini

sunting
  • Dreaming (2015)
  • Spring (2016)
  • Prelude (2017)
  • Eternity (2017)
  • The Blue (2018)
  • The Ruby (2018)
  • Da Capo (2020)

Filemografi

sunting

Televisyen

sunting
Tahun Tajuk Rangkaian TV
2015 Here Goes April Naver V Channel
2016 Daily APRIL AfreecaTV
2017 A-IF-Ril Mnet
April Secret Naver V Channel

Anugerah dan percalonan

sunting
Nama Anugerah, tahun penyampaian, kategori, penerima anugerah dan keputusan pencalonan
Anugerah Tahun Kategori Penerima / Karya Keputusan Ruj.
Brand of the Year Awards 2020 Rising Star Award - Female Group April Menang [69]
Korean Entertainment Art Awards 2016 Female Rookie of the Year Menang [70]
Gaon Chart Music Awards 2016 New Artist of the Year Tercalon
Seoul Music Awards 2016 Bonsang Award Tercalon [71]
New Artist Award Tercalon
Popularity Award Tercalon
Hallyu Special Award Tercalon
2021 Bonsang Award Tercalon [72]
K-wave Popular Award Tercalon
Popularity Award Tercalon
2022 U+Idol Live Best Artist Award Menunggu [73]
Korea Brand Awards 2016 Star of Tomorrow, Rising Star Award Menang
Korean Culture & Entertainment Awards 2017 K-Pop Artist Award Menang [74]
2018 Menang

Rujukan

sunting
  1. ^ "에이프릴 '팀명 의미, 최고의 사랑스런 소녀들'". 뉴스1 (dalam bahasa Korea). 2015-08-24. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-03-09. Dicapai pada 2019-06-09.
  2. ^ ""예쁜 게 죄" 에이프릴의 당돌한 사랑 고백". 오마이스타. 2018-10-17. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-09-27. Dicapai pada 2019-06-09.
  3. ^ Kim, Hyung-woo (2015-02-09). "DSP to Unveil New Girl Group April in 2015". Newsen. Translated by Grace Danbi Hong. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-11-26. Dicapai pada 2016-12-22.
  4. ^ Kim, Kyung-min (2015-07-17). "'카라 동생그룹' 에이프릴, 데뷔 초 읽기 "로고 공개"". X Sports News. Naver. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-08-02. Dicapai pada 2016-12-22.
  5. ^ Lee, Jeong-ah. "'DSP 신인' 에이프릴, 데뷔일 전격 공개". Nate News. SK Communications. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 May 2019. Dicapai pada 19 August 2015.
  6. ^ Lee, Jung-ah (8 August 2015). "'DSP 신인' 에이프릴, 데뷔일 전격 공개". Nate News (dalam bahasa Korea). Diarkibkan daripada yang asal pada 26 May 2019. Dicapai pada 22 December 2016.
  7. ^ Won, Ho-jung. "April debuts with hopeful song 'Dream Candy'". Kpop Herald. Korea Herald. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 October 2015. Dicapai pada 1 September 2015.
  8. ^ Shin, Ji-hye. "[V Report] Rookie girl group April makes debut". Kpop Herald (Korea Herald). Herald Corporation. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 March 2021. Dicapai pada 1 September 2015.
  9. ^ Jeon, Su-mi (2015-11-09). "April′s So Min to Leave Group After Just 3 Months". CJ E&M enewsWorld. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-12-22. Dicapai pada 2016-12-22.
  10. ^ Choi, Hyun-jung (2015-11-09). "[자필편지] 에이프릴 소민 "전소민이라는 한 사람으로 공부하고 싶다"". Sports Donga. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-05-26. Dicapai pada 2016-12-22.
  11. ^ Kwak, Min-gu (2015-11-25). "에이프릴, 첫 싱글 '보잉보잉' 25일 정오 발표". Focus News. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-06-11. Dicapai pada 2016-12-22.
  12. ^ Lee, Jin-ho (2015-12-15). "April to Release Special Single ′Snowman′ on December 21". CJ E&M enewsWorld. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-12-22. Dicapai pada 2016-12-22.
  13. ^ "April Announces Official Fan Club Name". Soompi. 2016-02-11. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-12-22. Dicapai pada 2016-12-22.
  14. ^ Kim, Young-shin (2016-02-01). "April to Hold a Concert on Valentine's Day". bntnews. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-12-20. Dicapai pada 2016-12-22.
  15. ^ Han, In-gu (2016-02-19). "에이프릴, 대한민국 연예예술상 신인상 수상". X Sports News. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-10-08. Dicapai pada 2016-12-22.
  16. ^ Bae, Jung-yun (2016-04-14). "April Releases Album Cover for ′Spring′". bntnews. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-12-22. Dicapai pada 2016-12-22.
  17. ^ "에이프릴 (April) 2nd Mini Album 'Spring'". Melon. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-09-19. Dicapai pada 2016-12-22.
  18. ^ Kim, Kyung-min (2016-05-12). "에이프릴 현주, 건강악화로 잠정 휴식 "4인 체재로 활동"". Xsportsnews. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-12-22. Dicapai pada 2016-12-22.
  19. ^ Kim, Ji-yeon (2016-08-22). "April Successfully Completes 1st Anniversary Solo Concert". CJ E&M enewsWorld. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-12-22. Dicapai pada 2016-12-22.
  20. ^ Pyo, Jae-min (2016-10-29). "에이프릴 현주, 탈퇴 후 연기 활동..DSP "멤버 충원" [공식입장]". OSEN. KoreaDaily. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-12-22. Dicapai pada 2016-12-22.
  21. ^ "'Produce 101's Yoon Chae Kyung to join April as a new member! - allkpop.com". allkpop.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 June 2017. Dicapai pada 23 June 2017.
  22. ^ "April welcome 2 new members to the group! - allkpop.com". allkpop.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 October 2017. Dicapai pada 23 June 2017.
  23. ^ Choi, Seung-hae (2016-11-24). "April to Include Two New Members Chae Kyung and Rachel". CJ E&M enewsWorld. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-12-22. Dicapai pada 2016-12-22.
  24. ^ Lim, Jeong-yeo (2016-12-21). "April to return with new members". The KPOP Herald. Dicapai pada 2016-12-24.
  25. ^ Lee, Bora (2016-12-21). "April to Release First Album as 6 Member Group". CJ E&M enewsWorld. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-12-24. Dicapai pada 2016-12-24.
  26. ^ Lim, Jeong-yeo (2016-12-26). "April's 'Prelude' showcase". K-Pop Herald. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-03-09. Dicapai pada 2017-01-08.
  27. ^ "YouTube". youtube.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 March 2017. Dicapai pada 23 June 2017.
  28. ^ "April Japan Fanmeeting 2017 ~ April Story - チケットぴあ[イベント ショー・ファンイベントのチケッ". t.pia.jp. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 August 2017. Dicapai pada 23 June 2017.
  29. ^ "April surprise fans with an MV for 'Sting' - allkpop.com". allkpop.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 June 2017. Dicapai pada 23 June 2017.
  30. ^ Yu, Jiwon (14 March 2017). "April's New Variety Show Reveals Title And Format Details". soompi.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 March 2017. Dicapai pada 23 June 2017.
  31. ^ (에이프릴), April Global (15 May 2017). "[Info] 'April's Secret' videos are also uploaded on yangstarTV's official Youtube account. #April #에이프릴 #에이프릴의_쉿크릿". twitter.com. Dicapai pada 23 June 2017.
  32. ^ Hong, C. (15 May 2017). "Update: April Reveals Preview Of Fun New Tracks From Single Album "Mayday"". soompi.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 August 2017. Dicapai pada 23 June 2017.
  33. ^ "[MV] APRIL(에이프릴) 따끔(Lovesick) Music Video". 29 May 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada 7 December 2017. Dicapai pada 23 June 2017 – melalui YouTube.
  34. ^ "[MV] April (에이프릴) Mayday (메이데이) Music Video". 29 May 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada 29 September 2020. Dicapai pada 23 June 2017 – melalui YouTube.
  35. ^ "[April - Lovesick] Special Stage - M Countdown 170622 EP.529". 22 June 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 June 2017. Dicapai pada 13 July 2017 – melalui YouTube.
  36. ^ "April drop track list for 'Eternity' - allkpop.com". Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-09-12. Dicapai pada 2017-09-11.
  37. ^ "新着情報 - April Japan Official Fanclub". aprilweb.jp. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-05-26. Dicapai pada 2017-10-19.
  38. ^ "『2017 Special Christmas April Eve』". Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-03-09. Dicapai pada 2019-01-04.
  39. ^ "Archived copy". Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-03-09. Dicapai pada 2020-05-07.CS1 maint: archived copy as title (link)
  40. ^ "에이프릴, 2월 7일 스페셜 유닛 출격…베일 속 손의 주인공은?". Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-01-30. Dicapai pada 2020-05-07.
  41. ^ "에이프릴, 데뷔 첫 유닛 출격…2명의 멤버는?". Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-09-27. Dicapai pada 2020-05-07.
  42. ^ "에이프릴 나은X진솔, 스페셜 유닛 결성 '내 이야기'로 활동(공식)". Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-01-30. Dicapai pada 2020-05-07.
  43. ^ "에이프릴, 스페셜 유닛은 나은X진솔…타이틀곡 '내 이야기'". Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-01-29. Dicapai pada 2020-05-07.
  44. ^ "에이프릴, 3월12일 'The Blue'로 컴백…고급스러운 분위기(공식)". Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-05-26. Dicapai pada 2018-02-26.
  45. ^ "April is pretty in pink for their Japanese debut with 'Tinker Bell'". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-05-06. Dicapai pada 2018-05-05.
  46. ^ "APRIL To Join Autumn Comeback Rush". Soompi. 17 September 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-09-18. Dicapai pada 2018-09-17.
  47. ^ "Alif K. on Twitter". Twitter. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-03-09. Dicapai pada 2018-09-17.
  48. ^ ""청정돌의 변신"…에이프릴, 16일 'the Ruby'로 가요계 컴백 [공식입장]". Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-01-29. Dicapai pada 2020-05-07.
  49. ^ "에이프릴, 10월 16일 'the Ruby'로 컴백". Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-01-29. Dicapai pada 2020-05-07.
  50. ^ "April release scheduler for second Japanese single 'Oh-e-Oh'". 2018-12-21. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-01-03. Dicapai pada 2019-01-02.
  51. ^ [MV] APRIL (에이프릴) - Magic Dream 복수가 돌아왔다 OST Part.9 (My Strange Hero OST Part.9), 2019-01-15, diarkibkan daripada yang asal pada 2020-06-19, dicapai pada 2019-06-09
  52. ^ "[공식입장] 에이프릴, 코로나19 여파로 3월 컴백 연기". 뉴스1 (dalam bahasa Korea). 2020-03-12. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-04-13. Dicapai pada 2020-03-13.
  53. ^ "April releases poster hinting at upcoming comeback". Diarkibkan daripada yang asal pada April 11, 2020. Dicapai pada April 10, 2020.
  54. ^ "2020년 18주차 Album Chart". Gaon Chart (dalam bahasa Korea). Diarkibkan daripada yang asal pada June 11, 2020. Dicapai pada May 7, 2020.
  55. ^ "2020년 18주차 Digital Chart". Gaon Chart (dalam bahasa Korea). Diarkibkan daripada yang asal pada December 25, 2020. Dicapai pada May 7, 2020.
  56. ^ 2020년 4월 Album Chart [April 2020 Album Chart]. Gaon Music Chart (dalam bahasa Korea). Diarkibkan daripada yang asal pada 4 June 2020. Dicapai pada 7 May 2020.
  57. ^ "에이프릴 (April) Summer Special Album 'Hello Summer' 예약 구매 페이지 안내". Daum (dalam bahasa Korea). Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-07-18. Dicapai pada 2020-07-18.
  58. ^ Hyun Jung-min (March 1, 2021). "DSP "에이프릴, 이현주 왕따? 가해자·피해자 나눌 수 없는 상황" [공식]". Sports World (dalam bahasa Korea). Diarkibkan daripada yang asal pada March 1, 2021. Dicapai pada March 9, 2021.
  59. ^ Jo Yoon-sun (February 28, 2021). "이현주, 에이프릴 탈퇴 이유=팀 내 괴롭힘?…소속사 "확인 중" (전문)[종합]". Sports Chosun (dalam bahasa Korea). Diarkibkan daripada yang asal pada March 1, 2021. Dicapai pada March 9, 2021.
  60. ^ Yoo Soo-yeon (March 1, 2021). "前 에이프릴 이현주 동창 A씨 "멤버 전체가 가해자"…추가 폭로". Sports World (dalam bahasa Korea). Diarkibkan daripada yang asal pada March 1, 2021. Dicapai pada March 9, 2021.
  61. ^ Kwak Hyun-soo (March 3, 2021). "[전문] 에이프릴 측 "이현주 측과 대화 불가능…모두 법적 대응"". Sports Donga (dalam bahasa Korea). Dicapai pada March 9, 2021.
  62. ^ Gong Mi-na (March 3, 2021). ""에이프릴 인정하고 사과하라" 이현주 남동생 2차 폭로[전문]". MT Star News (dalam bahasa Korea). Diarkibkan daripada yang asal pada March 3, 2021. Dicapai pada March 9, 2021.
  63. ^ Lee Ho-yeon (March 8, 2021). "'모범택시' 측 "이나은, 소속사 협의 거쳐 교체…출연 분량 전부 재촬영" [전문]". Hankook Ilbo (dalam bahasa Korea). Diarkibkan daripada yang asal pada March 9, 2021. Dicapai pada March 9, 2021.
  64. ^ Heo Seol-hee (March 3, 2021). "'맛남의 광장' 측 "에이프릴 나은 출연 분량 최대한 편집" [공식]". My Daily (dalam bahasa Korea). Diarkibkan daripada yang asal pada March 3, 2021. Dicapai pada March 9, 2021.
  65. ^ Yoon Sang-geun (April 18, 2021). "에이프릴 이현주, 입 열었다 "3년간 폭행 피해 .. 극단적 선택도"[전문]" [April Lee Hyun-joo, opened his mouth, "Three years of assault damage .. Extreme selectivity" [Full text]] (dalam bahasa Korea). MT Star News. Dicapai pada August 21, 2021 – melalui Naver.
  66. ^ Lee Seung-rok (January 28, 2022). "[전문] 에이프릴, 전격 해체 발표" [[Full text] April announces disbandment] (dalam bahasa Korea). My Daily. Dicapai pada January 28, 2022 – melalui Naver.
  67. ^ Ahn Hana (January 28, 2022). "에이프릴 해체 "논의 끝에 결정, 6년간 응원해줘 감사"(공식입장)" [April's disbandment "Decision was made after discussion, thank you for your support for 6 years" (official position)] (dalam bahasa Korea). Dicapai pada January 28, 2022 – melalui Naver.
  68. ^ "April secara rasmi bubar | Kimchi Daily". www.kimchidaily.com. 28 Januari 2022. Dicapai pada 28 Januari 2022.
  69. ^ "'올해의 브랜드 대상' 방탄소년단X강다니엘X싹쓰리···유재석 활약 눈길". Seoul Kyungje. September 28, 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada October 9, 2020. Dicapai pada October 13, 2020.
  70. ^ "[포토] 에이프릴, '귀엽지요~' : 스포츠조선". Sports.chosun.com. 18 February 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-02-24. Dicapai pada 2016-05-05.
  71. ^ "Seoul Music Awards Global (scroll to K-Pop Star 2015 [Live Vote] and click "Main, Popular (Overseas) and Rookie" to reveal the nominees)". Seoul Music Awards. SportsSeoul. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 December 2015. Dicapai pada 9 December 2015.
  72. ^ "30th HIGH1 Seoul Music Awards (click "VOTE" to reveal the nominees)". 30th Seoul Music Awards. SportsSeoul. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 December 2015. Dicapai pada 9 December 2020.
  73. ^ "U+아이돌Live 베스트아티스트상 1차 투표" [1st vote for U+Idol Live Best Artist Award]. Idol Live TV (dalam bahasa Korea). Diarkibkan daripada yang asal pada December 6, 2021. Dicapai pada December 7, 2021.
  74. ^ "April in Korea Culture & Entertainment Awards". YouTube. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-09-28. Dicapai pada 2019-01-03.

Pautan luar

sunting
  NODES
twitter 5