12 April
tarikh
(Dilencongkan daripada April 12)
<< | April | >> | ||||
---|---|---|---|---|---|---|
Ah | Is | Se | Ra | Kh | Ju | Sa |
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | |
7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13 |
14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20 |
21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26 | 27 |
28 | 29 | 30 | ||||
2024 |
12 April merupakan hari ke-102 (hari ke-103 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory. Tinggal 263 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan:
Peristiwa
sunting- 467 - Anthemius diisytiharkan sebagai Maharaja Empayar Rom Barat berhampiran Rom.
- 1204 - Angkatan tentera Marquis Montferrat Boniface dan Doge Venice Enrico Dandolo menawan ibu negara Empayar Byzantine Kustantiniyah, secara berkesan menamatkan Perang Salib Keempat.
- 1606 - Satu dekri diraja mewujudkan Union Jack (gambar) untuk melambangkan Penyatuan Takhta, menggabungkan reka bentuk Bendera England dan Scotland.
- 1633 - Soal siasat rasmi terhadap Galileo Galilei oleh Pasitan bermula.
- 1961 - Di atas Vostok 1, angkasawan Soviet Yuri Gagarin menjadi orang pertama memasuki angkasa lepas.
- 1980 - Terry Fox mencelup kaki tiruannya ke dalam Lautan Atlantik di St. John's, Newfoundland and Labrador dan memulakan "Maraton Harapan" menuju Lautan Pasifik di Vancouver, British Columbia untuk mengumpulkan dana di seluruh Kanada bagi penyelidikan barah.
- 1981 - Bolak-balik angkasa lepas Columbia dari Pusat Angkasa Kennedy, Florida dilancarkan untuk penerbangan sulungnya (gambar).
- 1987 - Bangunan MARA dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia Mahathir Mohamad. Bangunan ini terletak di Jalan Raja Laut Kuala Lumpur.
- 1992 - Disneyland Paris, taman peranginan Disney pertama di Eropah, dibuka di Marne-la-Vallée, di pinggiran Paris.
- 2007 - Perang Iraq: Kafeteria bangunan Perhimpunan Kebangsaan Iraq diserang seorang pengebom berani mati, membunuh seorang ahli parlimen dan mencederakan 23 lagi.
- 2009 - Perdana Menteri Thailand Abhisit Vejjajiva mengisytiharkan darurat di Bangkok dan kawasan sekitarnya selepas rusuhan Pattaya 2009 memaksa Sidang Kemuncak ASEAN ke-14 dibatalkan.
- 2010 - Sebuah kereta api tergelincir di Merano, Itali, akibat tanah runtuh menyebabkan 9 orang maut.
- 2011 - Jepun menaikkan keterukan kemalangan nuklear Fukushima I ke tahap 7, yang tertinggi dalam Skala Kejadian Nuklear Antarabangsa.
- 2012 - Di tengah-tengah pilihan raya presiden, pihak tentera merampas kuasa di Bissau, ibu negara Guinea-Bissau.
Kelahiran
sunting- 1942 - Jacob Zuma, seorang Presiden Afrika Selatan
- 1976 - Aghi Narottama, komposer filem Indonesia
- 1979
- Claire Danes, pelakon Amerika Syarikat
- Jennifer Morrison, pelakon Amerika Syarikat
- 1997 - Zahra Damariva, penyanyi, penulis lagu, dan pelakon wanita Indonesia