Augusto José Ramón Pinochet Ugarte ([au-gus-to pi-no-syé] atau [auˈɣusto pinoˈ(t)ʃe, -ˈ(t)ʃet];[1][A] 25 November 1915 – 10 Disember 2006) merupakan seorang jeneral, ahli politik dan diktator Chile dari tahun 1973 sehingga 1990 namun kekal sebagai panglima tertinggi Tentera Darat negara tersebut sehingga 1998 serta juga Presiden junta tentera Chile antara tahun-tahun 1973 dan 1981.[2][3][4]

Augusto Pinochet
Potret rasmi Augusto Pinochet.
Presiden Chile ke-29
Dalam jawatan
17 Disember 1974 – 11 Mac 1990
Didahului olehSalvador Allende
Digantikan olehPatricio Aylwin
Dalam jawatan
11 September 1973 – 11 Mac 1981
Didahului olehJawatan ditubuhkan
Digantikan olehJosé Toribio Merino
Panglima tertinggi Tentera Darat Chile
Dalam jawatan
23 Ogos 1973 – 11 Mac 1998
Didahului olehCarlos Prats
Digantikan olehRicardo Izurieta
Senator for life of Chile
Dalam jawatan
11 Mac 1998 – 4 Julai 2002
Kawasan pilihan rayaBekas presiden
Maklumat peribadi
Lahir
Augusto José Ramón Pinochet Ugarte

(1915-11-25)25 November 1915
Valparaíso, Chile
Mati10 Disember 2006(2006-12-10) (umur 91)
Santiago, Chile
Cause of deathKegagalan Jantung Kongestif & Edema Pulmonari
KewarganegaraanChile
PasanganLucía Hiriart (k. 1943)
Anak5
Tempat belajarAkademi Perang Chile
Pekerjaan
  • Military officer
  • Presiden
Bidang pengkhususanTentera
TandatanganTandatangan
Nama panggilanEl Tata, Mi General
Perkhidmatan tentera
Kesetiaan Chile
Cabang/khidmatTentera Darat Chile
Tahun khidmat1931-1998
PangkatInsignia of a Captain General of the Chilean Army Kapten Jeneral
UnitRejimen "Chacabuco"

Rejimen "Maipo" Rejimen "Carampangue" Rejimen "Rancagua"

Divisyen Tentera 1st
PangkalanRejimen "Esmeralda"

Divisyen Tentera 2nd Divisyen Tentera 6th Garison Tentera Santiago

Tentera Darat Chile
Perang/PertempuranCold War

Awal hidup

sunting

Pinochet dilahirkan di Valparaíso kepada Augusto Pinochet Vera, seorang imigran berbangsa Breton dari Lamballe [5] dan Avelina Ugarte Martínez, seorang yang berketurunan Basque.[6][7] Beliau mendapatkan pendidikan peringkat rendah dan menengahnya di Seminari San Rafael de Valparaíso, Institut Rafael Ariztía di Quillota, Escuela de Los Padres Franciscanos Valparaíso, serta kemudiannya Sekolah Tentera Santiago pada tahun 1931.

Pada bulan Januari 1971, Pinochet dinaikkan pangkatnya ke jeneral divisyen iaitu Komander Jeneral Garison Tentera Santiago. Beliau dinaikkan pangkat lagi sebagai Ketua Turus Angkatan Tentera Darat pada awal tahun berikutnya. Pinochet dilantik Presiden Salvador Allende sebagai panglima tertinggi Tentera Darat Chile untuk menggantikan Jeneral Carlos Prats yang meletakkan jawatan akibat perselisihan politik pada 23 Ogos 1973.

Serangan ke atas La Moneda

sunting

Pada 11 September 1973, Gabungan Angkatan Tentera Chile (Tentera-Tentera Darat, Laut, Udara dan Carabinero) mengepung dan membedil Istana La Moneda serta memerintah agar Presiden Salvador Allende meletakkan jawatan. Allende enggan melakukan demikian, bahkan beliau membunuh diri beberapa lama setelah berjumpa dengan beberapa kakitangan pemerintah.[8] Dalam catatannya sendiri, Pinochet menyatakan bahawa beliau sendiri yang mempergunakan kedudukannya untuk mengatur bersama cawangan-cawangan dalam tentera dan polis untuk menggulingkan pemerintah, namun beberapa pegawai ada menyatakan bahawa Pinochet terlibat secara teragak-agaknya hanya beberapa hari sebelum kudeta tersebut dilangsungkan dan hanya mengikut pergerakan cawangan tentera yang lain.[perlu rujukan]

Kediktatoran

sunting

Pinochet menjalankan suatu pungutan suara pada 11 September 1980 bertujuan meratifikasi suatu perlembagaan yang baru. Perlembagaan baru ini memberikan kuasa yang banyak kepadanya dalam pegangan jawatannya sebagai Presiden Republik; ia turut membentuk institusi yang baru seperti Tribunal Perlembagaan, dan Majlis Keselamatan Negara (COSENA) serta memanjangkan penggal jawatan presiden sehingga 8 tahun. Perlembagaan baru ini mendapat undian setuju sebanyak margin 67.04% hingga 30.19% menurut perangkaan rasmi;[9] namun banyak penipuan didapati setelah wawancara dibuat selepas Pinochet diusir keluar.[10]

Junta pimpinannya segera mengharamkan semua parti berhaluan kiri dalam koalisi Unidad Popular.[11] Parti-parti lain turut ditahan status mereka lalu kemudiannya diharamkan terus.

Pelanggaran hak asasi manusia

sunting

Kekerasan yang dilakukan terhadap penentang Pinochet turut terkesan kepada ahli keluarga dan orang awam yang berdekatan.[11]

Menurut Peter Kornbluh dalam karya The Pinochet File, tahanan Pinochet sering diperlakukan dalam cara yang begitu sadis dalam kem-kem tahanan. Tawanan wanita sering dirogol dan diseksa di bahagian kemaluan mereka atau dipaksa melakukan "hubungan luar tabii dengan anjing". Ada daripada kelompok tahanan ini dipaksa berendam dalam serta menelan air najis.[12][13]

Penahanan

sunting

Pinochet ditahan tidak lama selepas tiba di Britain untuk mendapatkan rawatan medikal pada 17 Oktober 1998 setelah suatu waran diberikan kepada Baltasar Garzón, seorang hakim dari Sepanyol.[14] Garzón membuat penangkapan ke atas beliau atas dakwaan sebanyak 94 kali atas kegiatan menyeksa warga Sepanyol serta pembunuhan seorang diplomat negara tersebut, Carmelo Soria pada tahun 1975.

Beliau dibebaskan atas alasan masalah perubatan oleh Setiausaha Dalam Negeri Britain Jack Straw tanpa diberikan sebarang perbicaraan pada Mac 2000.[15]

Senja hidup

sunting

Pinochet kembali ke Chile pada 6 Mac 2000, sambil ketibaannya disambut oleh para penyokongnya dan disiarkan di televisyen.[16][17][18] Presiden Ricardo Lagos menganggap layanan tersebut mencemarkan imej Chile, manakala ribuan warga Chile membuat protes jalanan membantah ketibaan Pinochet.[19]

Kematian

sunting

Beliau menghidap sakit jantung pada 3 Disember 2006, dan beliau dibawa ke unit penjagaan rapi Hospital Tentera Chile seminggu kemudian pada jam 13:30 waktu tempatan.[20] Augusto meninggal dunia akibat serangan jantung dan sembap paru-paru[21] dikelilingi keluarga rapatnya pada pukul 14:15 waktu tempatan (17:15 GMT).[22] Ramai yang menyerbu jalanan serata Chile bersorak meraikan kematiannya sebaik sahaja berita tersebut diumumkan, terutamanya di Persiaran Alameda, ibukota Santiago.[23]

Pemerintah Chile bersepakat agar beliau tidak diberikan pengebumian negara sepertimana Presiden-Presiden terdahulu, tetapi mengikut adat tentera memandangkan beliau dipilih secara rasmi oleh Presiden Allende. Mayatnya dibakar di Tanah Perkuburan Parque del Mar, Concón pada 12 Disember 2006 agar "mengelakkan makamnya tidak dirosakkan," menurut Marco Antonio Pinochet, anak lelakinya.[24]

Rujukan

sunting
  1. ^ Daniel Engber (12 Disember 2006). "Augusto Pino-qué?". slate.com. Salonc.com. Dicapai pada 8 Disember 2015.
  2. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama return
  3. ^ Peter Kornbluh (11 September 2013). The Pinochet File: A Declassified Dossier on Atrocity and Accountability. The New Press. ISBN 1595589120 p. ix
  4. ^ Monte Reel & J.Y. Smith (11 December 2006). A Chilean Dictator's Dark Legacy. The Washington Post. Dicapai pada 20 Mac 2015.
  5. ^ https://www.geni.com/people/Guillaume-Pinochet/6000000002454729141
  6. ^ "Augusto Pinochet, el insulso hijo del aduanero". Lahoradelpueblo.blogspot.com. Dicapai pada 11 October 2013.
  7. ^ https://www.geni.com/people/Avelina-Ugarte-Mart%C3%ADnez/6000000006829754387
  8. ^ "Chilean president Salvador Allende committed suicide, autopsy confirms". The Guardian. London. 20 July 2011.
  9. ^ Hudson, Rex A., ed. "Chile: A Country Study". GPO for the Library of Congress. 1995. 20 March 2005 http://lcweb2.loc.gov/frd/cs/cltoc.html
  10. ^ Cambio22: The great historical fraud - the constitutional plebiscite of 1980. Witnesses confirm that it was all manipulated and arranged, including the final result, Pilar Guevara, 24 June 2012 Diarkibkan 15 Julai 2014 di Wayback Machine (Sepanyol)
  11. ^ a b Stern, Steve J. Remembering Pinochet's Chile. 30 September 2004: Duke University Press. m/s. 32, 90, 101, 180–81. ISBN 0-8223-3354-6.CS1 maint: location (link). Retrieved 24 October 2006 through Google Books.
  12. ^ Peter Kornbluh (11 September 2013). The Pinochet File: A Declassified Dossier on Atrocity and Accountability. The New Press. ISBN 1595589120 p. 171.
  13. ^ Lubna Z. Qureshi (2009). Nixon, Kissinger, and Allende: U.S. Involvement in the 1973 Coup in Chile. Lexington Books. p. 135 ISBN 0739126563
  14. ^ "Europe | Pinochet arrested in London". BBC News. 17 October 1998. Dicapai pada 9 March 2015.
  15. ^ Pinochet set free, BBC, 2 March 2000 (Inggeris)
  16. ^ Pinochet arrives in Chile, BBC, 3 March 2000 (Inggeris)
  17. ^ video of Pinochet arriving at Santiago airport di YouTube, 3 March 2000
  18. ^ Alex Bellos and Jonathan Franklin, Pinochet receives a hero's welcome on his return, The Guardian, 4 March 2000 (Inggeris)
  19. ^ Thousands march against Pinochet, BBC, 4 March 2000
  20. ^ Muere el ex dictador Chileno Augusto Pinochet EFE
  21. ^ Augusto Pinochet falleció en el Hospital Militar tras sufrir recaída "; El Mercurio"
  22. ^ Chile's Gen Pinochet dies at 91 BBC News
  23. ^ "Pinochet's funeral draws 60,000". CBC News. 12 December 2006. Dicapai pada 5 March 2013.
  24. ^ Family Wants Pinochet Cremation Diarkibkan 30 September 2007 di Wayback Machine

Bacaan lanjut

sunting
  • Bawden, John R (2016). The Pinochet Generation: The Chilean Military in the Twentieth Century. University of Alabama. ISBN 978-0-8173-1928-1.
  • Constable, Pamela (1993). A Nation of Enemies: Chile Under Pinochet. Arturo Valenzuela. New York: W. W. Norton & Company. ISBN 0393309851. Cite has empty unknown parameters: |(empty string)=, |month=, dan |chapterurl= (bantuan)
  • Cooper, Marc (2002). Pinochet and Me. Verso. ISBN 1-85984-360-3.
  • Dinges, John (2005). The Condor Years: How Pinochet And His Allies Brought Terrorism To Three Continents. New York: The New Press. ISBN 1565849779. Cite has empty unknown parameters: |month= dan |chapterurl= (bantuan)

Pautan luar

sunting


Ralat petik: Tag <ref> wujud untuk kumpulan bernama "upper-alpha", tetapi tiada tag <references group="upper-alpha"/> yang berpadanan disertakan

  NODES
Done 1
eth 1
News 3