Azhar Masli
Muhamad Azhar Masli (lahir 10 September 1999) merupakan seorang penerbit, penyunting, pengarah filem dan jurugambar Malaysia. Kerjayanya bermula sebagai pengarah filem pada tahun 2018 ketika masih menuntut pelajaran di Universiti Teknologi MARA (UiTM) dalam jurusan filem. Filem dokumentari arahan beliau, Value of Cleanliness 2018 telah memenangi anugerah Filem Dokumentari Terbaik di FiTA KaryaONE Awards ke-21.
Azhar Masli | |
---|---|
Kelahiran | Muhamad Azhar bin Masli 10 September 1999 |
Pusat pendidikan | Universiti Teknologi MARA (UiTM) |
Pekerjaan | Pengarah filem, Jurugambar |
Tahun aktif | 2018–kini |
Kerjaya
suntingAzhar juga merupakan seorang jurugambar bebas dan telah menubuhkan Santai Studio yang menawarkan servis jurugambar untuk pelbagai jenis majlis terutamanya majlis perkahwinan. Beliau memulakan servis ini pada tahun 2020.
Kehidupan peribadi
suntingAzhar Masli dilahirkan di Selangor, Malaysia dan dibesarkan di Negeri Sembilan. Beliau merupakan graduan bidang Filem di Universiti Teknologi MARA (UiTM).
Filemografi
suntingTahun | Tajuk | Genre | Catatan |
---|---|---|---|
2018 | Value of Cleanliness | Dokumentari | Penerbit, pengarah, penyunting |