BAE Systems Hawk merupakan sebuah pesawat latihan lanjut yang dibangunkan oleh Britain pada tahun 1974. Pada mulanya pesawat ini dikenali sebagai Hawker Siddeley Hawk. Pesawat ini digunkan oleh Tentera Udara Diraja British dan negara-negara lain sebagai sebuah pesawat latihan atau pesawat serangan ringan berkos rendah. Pesawat Hawk ini masih dikeluarkan sehingga ke hari ini dengan lebih 900 buah pesawat Hawk telah dijual kepada 18 buah negara di seluruh dunia.

Hawk
Pesawat latihan BAE Hawk T.1 milik RAF
Peranan Pesawat latihan / serangan ringan
Pengeluars Hawker Siddeley
British Aerospace (1977-1999)
BAE Systems (bermula 1999)
Penerbangan sulung 21 Ogos 1974
Status Aktif
Pengguna utama Tentera Udara Diraja British
Tentera Udara Diraja Australia
Angkatan Tentera Kanada
Tentera Udara Finland
Kos seunit £18 juta (2003)
Kelainan T-45 Goshawk

Rekabentuk dan pembangunan

sunting

Pada 1964, Tentera Udara Diraja British (RAF) telah memperincikan keperluan bagi sebuah pesawat latihan jet yang baru bagi mengantikan pesawat Folland Gnat. Pada awalnya, pesawat SEPECAT Jaguar telah dipilih untuk peranan ini tetapi kemudian disedari bahawa pesawat ini terlalu kompleks untuk dijadikan sebagai sebuah pesawat latihan awal. Berikutan itu, pada 1968 Hawker Siddeley telah memulakan kerja rekabentuk pesawat latihan berkelajuan subsonik yang lebih ringkas, dikenali sebagai HS.1182. Pesawat ini memiliki tata rajah kedudukan selari dan berupaya untuk membawa persenjataan, yang mana membolehkannya digunakan sebagai latihan senjata dan berperanan sebagai pesawat serangan ringan.

 
Pesawat Hawk T1A milik RAf di Lapangan Terbang Kemble, England, bersama-sama juruterbangnya.

Dinamakan semula sebagai "Hawk" pada 1973, pesawat ini melakukan penerbangan sulung pada 21 Ogos 1974. Ia kemudian memasuki perkhidmatan dengan RAF pada April 1976, mengantikan pesawat Gnat dan Hawker Hunter yang masing-masing berperanan sebagai sebuah pesawat latihan lanjut dan latihan senjata. Tahun berikutnya, Hawker Siddeley telah bergabung dengan syarikat-syarikat pengeluar pesawat British yang lain untuk membentuk syarikat British Aerospace (BAe), yang mana kemudian menjadi BAE Systems setelah penggabungan dengan Marconi Electronic Systems pada 1999.

Pengguna pesawat Hawk daripada RAF yang paling terkenal adalah pasukan aerobatik Red Arrows, yang mana telah menggunakan pesawat ini sejak 1979. Pasukan aerobatik Tentera Udara Finland iaitu Midnight Hawks, juga menggunakan pesawat ini.

Pesawat Hawk memiliki keboleh-kendalian yang mengagumkan, dan walaupun ia tidak boleh diterbangkan pada kelajuan supersonik semasa penerbangan, pesawat ini boleh mencapai kelajuan Mach 1.2 semasa menjunam, membolehkan pelatih untuk mengalami pemanduan trans-sonik walaupun tidak mengendalikan pesawat latihan supersonik.

Hawk kemudian mengantikan pesawat English Electric Canberra untuk berperanan sebagai penarik sasaran.

Tentera Laut Diraja British memperoleh sedozen pesawat Hawk T.Mk 1/1A daripada RAF, untuk digunkan sebagai sasaran udara bagi melatiha penembak kapal dan operator radar.

Kokpit

sunting

Kokpit dalam kesemua model pesawat Hawk memiliki tata rajah tuas kawalan tengah konvensional.

Pengguna

sunting

Pengguna masa kini

sunting
 
Sebuah pesawat CT-155 Hawk milik Kanada yang sedang diselenggara di Moose Jaw, 3 November 2005
  Australia
  Bahrain
  Kanada
  Finland
  • Tentera Udara Finland - 50 buah Hawk Mk.51 telah dibeli pada 1980, tambahan 7 buah Hawk Mk.51A pada tahun 1993-94 untuk mengantikan pesawat yang musnah. 18 buah Hawk Mk.66 akan dihantar pada tahun 2009 bagi memanjangkan tempoh perkhidmatan angkatan pesawat Hawk sehingga 2017-2019.[2] Kadang kala pesawat Hawk milik Finland dilihat dipersenjatai dengan peluru berpandu Molniya R-60/AA-8 buatan Rusia.[3]
  India
  • Tentera Udara India
  • Tentera Laut India - Laporan pada awal 2008 telah menyebut bahawa kerajaan India telah meluluskan pesanan lanjut ke atas tambahan 57 buah pesawat BAE Systems Hawk Mk132, dengan sejumlah 17 buah akan diberikan kepada Tentera Laut India manakala 40 buah selebihnya akan diberikan kepada Tentera Udara India.
  Indonesia
  Kenya
  Kuwait
  Malaysia
  Oman
  Arab Saudi
  Afrika Selatan
  Korea Selatan
 
Pesawat Hawk T1 milik pasukan aerobatik Red Arrows
  United Kingdom
  Emiriah Arab Bersatu
  Zimbabwe

Bekas pengguna

sunting
   Switzerland

Spesifikasi (Hawk 128)

sunting

Data dari Royal Air Force,[4] BAE Systems,[5] dan Air Vectors[6]

Ciri umum

  • Anak kapal: 2: student, instructor
  • Panjang: 40 kaki 9 in (12.43 m)
  • Rentang sayap: 32 kaki 7 in (9.94 m)
  • Tinggi: 13 kaki 1 in (3.98 m)
  • Sayap luas: 179.64 kaki² (16.70 m²)
  • Berat kosong: 9,880 lb (4,480 kg)
  • Berat berguna: 6,600 lb (3,000 kg)
  • Berat berlepas maksimum: 20,000 lb (9,100 kg)
  • Loji kuasa:Rolls-Royce Adour Mk.951 turbofan dengan FADEC, 6,500 lbf (29 kN)

Prestasi

Persenjataan

Nota: Persenjataan adalah merupakan suatu pilihan.
  • 1× 30 mm meriam ADEN, dalam pod di tengah badan
  • Sehingga 6,800 lb (3,085 kg) persenjataan di 5 tenggekan, termasuk:
  • 1,500 lb (680 kg), dihadkan pada satu tenggekan tengah badan dan 2 tenggekan di bawah sayap (Hawk T.1)

Lihat juga

sunting

Pembangunan berkaitan

Pesawat setanding

Senarai berkaitan

Rujukan

sunting
  1. ^ Department of National Defence Public Affairs (2007). "CT-155 Hawk". Dicapai pada 2008-06-25. Unknown parameter |month= ignored (bantuan)
  2. ^ Finland membeli 18 buah pesawat latihan jet Hawk Mk.66 daripada Switzerland
  3. ^ Missile armed Hawk BAe Hawk with R-60
  4. ^ Royal Air Force (2005-04-29). "Hawk 128". Aircraft of the RAF. Dicapai pada 2006-04-12. Check date values in: |year= (bantuan)
  5. ^ BAE Systems. "Hawk". BAE Systems - Air Systems. Dicapai pada 2006-04-12.
  6. ^ Goebel, Greg (2006-03-01). "The BAE Hawk". Air Vectors. Dicapai pada 2006-04-12. Check date values in: |year= (bantuan)

Pautan luar

sunting
  NODES
mac 6
os 13
web 1