Bahasa Jepun Kuno (上代日本語, Jōdai Nihon-go) merupakan tahap tertua perkembangan Bahasa Jepun yang ditentusahkan, direkodkan dalam dokumen dari zaman Nara (abad ke-8). Bahasa ini berkembang menjadi bahasa Jepun Pertengahan Awal pada Zaman Heian, tetapi julat tempoh yang tepat antara dua tahap perkembangan bahasa tersebut mempunyai kontroversi. Bahasa Jepun Kuno merupakan ahli awal keluarga bahasa Japonik. Tiada hubungan genetik dengan keluarga bahasa lain telah terbukti.

Bahasa Jepun Kuno
上代日本語
Lekapan batu dengan sebelas lajur aksara Cina standard
Lekapan puisi dari batu bersurat Bussokuseki-kahi bertarikh tahun 752 M, mencatat bahasa Jepun Kuno menggunakan tulisan Cina
KawasanJepun
Eraabad ke-8
Japonik
  • Bahasa Jepun Kuno
Man'yōgana
Kod bahasa
ISO 639-3ojp
ojp [a]
Glottologoldj1239
Rencana ini mengandungi simbol fonetik IPA. Tanpa sokongan perisian tertentu, anda mungkin melihat tanda tanya, kotak, atau simbol lain dan bukannya askara Unicode. Untuk panduan pengenalan mengenai simbol IPA, lihat Bantuan:IPA.

Bahasa Jepun Kuno ditulis menggunakan man'yōgana yang menggunakan aksara Cina sebagai silabogram atau (kadang-kadang) logogram. Ia menampilkan beberapa perbezaan fonemik daripada bentuk terkemudian, seperti struktur suku kata yang lebih mudah dan perbezaan antara beberapa pasangan suku kata yang telah disebut secara secaman sejak zaman bahasa Jepun Pertengahan Awal. Realisasi fonetik untuk pembezaan fonemik ini masih kurang pasti. Rekonstruksi dalaman telah menunjukkan fasa bahasa Jepun pra-Kuno yang mempunyai bilangan bunyi konsonan dan bunyi vokal yang lebih sedikit.

Seperti bahasa-bahasa Jepun yang lain, Bahasa Jepun Kuno pada dasarnya merupakan bahasa aglutinatif dengan susunan kata subjek–objek–kata kerja, kata adjektif dan kata adverba mendahului kata nama dan kata kerja yang telah diubahsuai, dan kata kerja bantu dan kata partikel yang dipaut pada kata kerja utama. Tidak seperti pada zaman yang kemudian, kata sifat bahasa Jepun Kuno boleh digunakan tanpa infleksi untuk mengubah suai kata nama berikut. Kata kerja bahasa Jepun Kuno mempunyai sistem yang kaya dengan kala masa dan akhiran aspek.

Sumber dan pentarikhan

sunting
 
Manuskrip beranotasi Man'yōshū abad ke-11

Bahasa Jepun Kuno biasanya ditakrifkan sebagai bahasa pada zaman Nara (tahun 710–794), sewaktu ibu kotanya ialah Heijō-kyō (kini Nara).[1][2] Itulah zaman teks bersambung terawal dalam bahasa Jepun dengan 112 lagu yang termasuk dalam Kojiki (tahun 712). Sumber sastera utama lain pada zaman itu ialah 128 lagu yang termasuk dalam Nihon Shoki (tahun 720), serta Man'yōshū (tahun 759) yang merupakan kompilasi kepada lebih daripada 4,500 puisi.[3][4] Sampel yang lebih pendek ialah 25 puisi dalam Fudoki (tahun 720) dan 21 puisi Bussokuseki-kahi (tahun 752). Yang terkemudian ini mempunyai kelebihan sebagai batu bersurat asli, sedangkan manuskrip tertua yang masih ada dari semua teks lain adalah hasil penyalinan berabad-abad, dengan kewujudan risiko kesilapan penyalinan.[3] Teks prosa lebih terhad bilangannya tetapi dianggap mencerminkan sintaks Bahasa Jepun Kuno dengan lebih tepat berbanding teks ayat. Bahan yang paling penting ialah 27 Norito ('liturgi') yang direkodkan dalam Engishiki (disusun pada tahun 927) dan 62 Senmyō (secara harfiah bermaksud 'perintah yang diumumkan', bermaksud titah raja) yang direkodkan dalam Shoku Nihongi (tahun 797).[4][5]

Sebilangan perkataan Jepun yang terhad, kebanyakannya nama peribadi dan nama tempat, direkodkan secara fonetik dalam teks Cina kuno, seperti sebahagian dari "Wei Zhi" dalam Rekod Tiga Kerajaan (abad ke-3 Masihi), tetapi transkripsi oleh sarjana Cina adalah tidak berapa boleh dipercayai.[3] Inskripsi tertua yang masih hidup dari Jepun, yang berasal dari abad ke-5 atau awal abad ke-6, termasuk yang terdapat pada Cermin Kuil Suda Hachiman, Pedang Inariyama dan Pedang Eta Funayama. Inskripsi tersebut ditulis dalam bahasa Cina Klasik tetapi mengandungi beberapa nama Jepun yang ditranskripsi secara fonetik menggunakan aksara Cina.[3][6] Batu bersurat sedemikian menjadi lebih biasa ditemui sejak zaman Suiko (592–628).[3] Serpihan itu biasanya dianggap sebagai bentuk bahasa Jepun Kuno.[3]

Daripada 10,000 rekod kertas yang disimpan di Shōsōin, hanya dua, bertarikh kira-kira tahun 762, dalam bahasa Jepun Kuno.[6] Lebih 150,000 tablet kayu (mokkan) yang berasal dari akhir abad ke-7 dan awal abad ke-8 telah digali. Tablet mengandungi teks pendek, selalunya dalam bahasa Jepun Kuno dengan gaya bahasa sehari-hari berbanding puisi dan liturgi yang digilap dari korpus utama.[4]

Sistem penulisan

sunting

Artifak yang ditulis dengan aksara Cina bertarikh seawal abad ke-1 Masihi telah ditemui di Jepun, tetapi pengetahuan terperinci tentang tulisan itu nampaknya tidak sampai ke pulau-pulau sehingga awal abad ke-5. Menurut Kojiki dan Nihon Shoki, skrip itu dibawa oleh cendekiawan dari Baekje (barat daya Korea).[3] Teks terawal yang ditemui di Jepun ditulis dalam bahasa Cina Klasik, mungkin oleh jurutulis imigran. Teks "hibrid" kemudiannya menunjukkan pengaruh tatabahasa Jepun, seperti susunan perkataan (contohnya, kata kerja diletakkan selepas objek).[6]

Orang Cina dan orang Korea telah lama menggunakan aksara Cina untuk menulis istilah bukan Cina dan nama khas secara fonetik dengan memilih aksara untuk perkataan Cina yang berbunyi serupa dengan setiap suku kata. Orang Korea juga menggunakan aksara secara fonetik untuk menulis kata partikel dan dan bentuk infleksi bahasa Korea yang ditambahkan pada teks Cina untuk membolehkannya dibaca sebagai bahasa Korea (aksara Idu). Di Jepun, amalan ini dikembangkan menjadi man'yōgana, skrip lengkap untuk bahasa yang menggunakan aksara Cina secara fonetik, yang merupakan nenek moyang suku kata kana moden.[7] Sistem ini telah digunakan dalam bahagian ayat Kojiki (712) dan Nihon Shoki (720).[6][3]

Sebagai contoh, baris pertama puisi pertama dalam Kojiki ditulis dengan lima aksara: [3] [4]

Bahasa Cina Pertengahan[b] yae kjuw maw ta tu
Bahasa Jepun Kuno ya-kumo1 tatu
lapan-awan menaik.adn
'banyak awan menaik'

Kaedah menulis suku kata Jepun dengan menggunakan aksara untuk bunyi Cina (ongana) ini telah ditambah dengan kaedah tidak langsung dalam tulisan campuran kompleks Man'yōshū (c. 759). [6] [3] [4]

Suku kata

sunting

Dalam man'yōgana, setiap suku kata bahasa Jepun Kuno diwakili oleh aksara Cina. Walaupun mana-mana daripada beberapa aksara boleh digunakan untuk suku kata tertentu, analisis yang teliti mendedahkan bahawa 88 suku kata telah dibezakan dalam bahasa Jepun Kuno awal, yang dilambangkan oleh lagu-lagu Kojiki: [3] [4]

Suku kata pada bahasa Jepun Kuno Awal, dengan common man'yōgana lazim[c]
a ka 加,迦 ga sa za ta da na pa ba ma ya ra wa
i ki1 gi1 si 斯,志 zi ti di ni 爾,迩 pi1 bi1 mi1 ri wi
ki2 gi2 pi2 bi2 mi2
u ku gu su zu tu du nu pu bu mu yu ru
e ke1 ge1 se 勢,世 ze te de ne pe1 be1 me1 ye re we
ke2 ge2 pe2 be2 me2
o 淤,意 ko1 go1 胡,呉 so1 zo1 俗,蘇 to1 do1 no1 po 富,本 bo mo1 yo1 ro1 漏,路 wo 袁,遠
ko2 go2 so2 zo2 to2 do2 no2 mo2 yo2 余,與 ro2

Dalam bentuk terkemudian bahasa Jepun itu, sistem ini mempunyai kekosongan yang dijangka wujudnya yi dan wu. Shinkichi Hashimoto membuat penemuan pada tahun 1917 yang banyak suku kata moden i, e atau o dipecahkan kepada dua bentuk, ditakrifkan sebagai jenis A (, ) dan jenis B (, otsu).[8][9] Perkara tersebut ditandakan dengan padanan subskrip 1 dan 2 dalam jadual di atas. Suku kata mo1 dan mo2 tidak dibezakan dalam Nihon Shoki dan Man'yōshū yang kemudiannya, mengurangkan bilangan suku kata kepada 87.[10][11] Sesetengah penulis juga percaya bahawa terdapat dua bentuk po dibezakan dalam Kojiki.[12] Semua pasangan tersebut bergabung menjadi satu dalam bahasa Jepun Pertengahan Awal pada Zaman Heian.[13][14]

Bunyi-bunyi konsonan g, z, d, b dan r tidak wujud pada awal perkataan.[15] Sebaliknya, suku kata yang terdiri daripada bunyi vokal tunggal dihadkan pada kedudukan awal kata, dengan beberapa pengecualian seperti kai 'dayung', ko2i 'membaring', kui 'menyesal' (dengan bentuk konklusif kuyu), oi 'menua' dan uuru, bentuk adnominal untuk kata kerja uwe 'menanam'.[16][17] Alexander Vovin berhujah bahawa suku kata bukan awal kata i dan u dalam kes-kese sedemikian sepatutnya disebut sebagai suku kata bahasa Jepun Kuno yi dan wu.[18]

Taburan kekerapan suku kata bahasa Jepun Kuno dalam Man'yōshū[19]
- k- g- s- z- t- d- n- p- b- m- y- r- w-
-a 4612 7616 3358 3473 255 5212 734 5891 6450 2195 6018 3184 4213 2581
-i1 3679 5771 762 8070 350 2195 335 7101 3489 585 5818 3901 270
-i2 690 404 756 140 589
-u 1556 4855 444 2507 904 4417 1065 1449 2905 389 2692 2190 3656
-e1 45 1145 13 1220 210 2831 727 1425 1101 203 318 644 2598 342
-e2 1011 489 959 287 1406
-o1 2441 1995 138 536 8 485 269 583 1870 75 7788 871 215 3657
-o2 3407 436 1206 122 5848 882 9618 1312 1177

Bunyi vokal jarang iaitu i2 hampir setiap kali wujud di akhir sesuatu morfem. Hampir semua bunyi e1, e2 dan o1 turut wujud pada akhir sesuaut morfem.[20]

Transkripsi

sunting

Beberapa notasi berlainan untuk perbezaan jenis A/B wujud dalam karya sastera sezaman, termasuklah:[21][22][23]

Notasi umum untuk pembezaan jenis A/B notations for the type A/B distinction
Notasi terindeks i1 i2 e1 e2 o1 o2
Kindaichi, Miller, Ōno i ï e ë o ö
Vovin i ï e ɛ o ə
Mathias–Miller diubahsuai î ï ê ë ô ö
Yale (Martin) yi iy ye ey wo
Unger, Frellesvig dan Whitman i wi ye e wo o

Rujukan

sunting
  1. ^ Shibatani 1990, m/s. 119.
  2. ^ Miyake 2003, m/s. 1.
  3. ^ a b c d e f g h i j k Miyake 2003.
  4. ^ a b c d e f Frellesvig 2010.
  5. ^ Bentley 2001.
  6. ^ a b c d e Seeley 1991.
  7. ^ Shibatani 1990.
  8. ^ Miyake 2003, m/s. 49–51.
  9. ^ Frellesvig 2010, m/s. 28–29.
  10. ^ Miyake 2003, m/s. 51.
  11. ^ Frellesvig 2010, m/s. 30.
  12. ^ Miyake 2003, m/s. 61.
  13. ^ Miyake 2003, m/s. 84.
  14. ^ Frellesvig 2010, m/s. 26.
  15. ^ Frellesvig 2010, m/s. 34.
  16. ^ Frellesvig 2010, m/s. 39.
  17. ^ Vovin 2020, m/s. 48–50.
  18. ^ Vovin 2020, m/s. 49–54.
  19. ^ Frellesvig 2020.
  20. ^ Frellesvig 2010, m/s. 49.
  21. ^ Miyake 2003, m/s. 62.
  22. ^ Frellesvig 2010, m/s. 32.
  23. ^ Vovin 2020, m/s. 45.
  1. ^ Diterangkan sebagai "Leluhur kepada bahasa Jepun Moden. Abad ke-7 hingga ke-10 Masihi." Tarikh yang lebih biasa untuk penyempadanan antara bahasa Jepun Kuno dan bahasa Jepun Pertengahan ialah tahun 800 Masihi (akhir zaman Nara).
  2. ^ Readings are given in Baxter's transcription for Middle Chinese, omitting marking of tones, which are not relevant here.
  3. ^ Semua aksara di sini merupakan aksara yang paling kerap digunakan dalam lagu Kojiki, kecuali untuk go1 dan zo1 (yang tidak ada dalam Kojiki) daripada Man'yōshū.

Karya yang dipetik

sunting
  • Bentley, John R. (2001). A Descriptive Grammar of Early Old Japanese Prose. BRILL. ISBN 978-90-04-12308-3.
  • ——— (2012). "Old Japanese". Dalam Tranter, Nicolas (penyunting). The Languages of Japan and Korea. Routledge. m/s. 189–211. ISBN 978-1-136-44658-0.
  • Erickson, Blaine (2003). "Old Japanese and Proto-Japonic word structure". Dalam Vovin, Alexander; Osada, Toshiki (penyunting). Nihongo keitōron no genzai 日本語系統論の現在 [Perspectives on the Origins of the Japanese Language]. Kyoto: International Research Center for Japanese Studies. m/s. 493–510. doi:10.15055/00005265. ISBN 978-4-901558-17-4.
  • Frellesvig, Bjarke (2010). A History of the Japanese Language. Cambridge: Cambridge University Press. ISBN 978-0-521-65320-6.
  • ———, penyunting (2020). "The texts". Oxford-NINJAL Corpus of Old Japanese (ONCOJ). Dicapai pada 22 September 2020.
  • Kondō, Yasuhiro; Tsukimoto, Masayuki; Sugiura, Katsumi (2005). Nihongo no Rekishi 日本語の歴史 [A history of the Japanese language] (dalam bahasa Jepun). Tokyo: Hōsō Daigaku Kyōiku Shinkōkai. ISBN 978-4-595-30547-4.
  • Kupchik, John E. (2011). A grammar of the Eastern Old Japanese dialects (PhD thesis). University of Hawai'i. hdl:10125/101739.
  • Miyake, Marc Hideo (2003). Old Japanese: A Phonetic Reconstruction. London; New York: RoutledgeCurzon. ISBN 978-0-415-30575-4.
  • Omodaka, Hisataka, penyunting (1967). Jidaibetsu Kokugo Daijiten: Jōdaihen 時代別国語大辞典 上代編 [Comprehensive dictionary of Japanese by historical period: ancient edition] (dalam bahasa Jepun). Tokyo: Sanseidō. ISBN 978-4-385-13237-2.
  • Osterkamp, Sven (2017). "A mokkan Perspective on Some Issues in Japanese Historical Phonology". Dalam Vovin, Alexander; McClure, William (penyunting). Studies in Japanese and Korean Historical and Theoretical Linguistics and Beyond. Languages of Asia. 16. Brill. m/s. 45–55. doi:10.1163/9789004351134_006. ISBN 978-90-04-35085-4.
  • Pellard, Thomas (2020). "Ryukyuan and the reconstruction of proto-Japanese-Ryukyuan". Dalam Frellesvig, Bjarke; Kinsui, Satoshi; Whitman, John (penyunting). Handbook of Japanese Historical Linguistics. Berlin: De Gruyter Mouton. ISBN 978-1-61451-285-1.
  • Russell, Kerri (2003). "Contraction and Monophthongization in Old Japanese". Dalam Vovin, Alexander; Osada, Toshiki (penyunting). Perspectives on the Origins of the Japanese Language. 31. Kyoto: International Center for Japanese Studies. m/s. 511–539. doi:10.15055/00005266.
  • Seeley, Christopher (1991). A History of Writing in Japan. Leiden: BRILL. ISBN 978-90-04-09081-1.
  • Shibatani, Masayoshi (1990). The Languages of Japan. Cambridge: Cambridge University Press. ISBN 978-0-521-36918-3.
  • Unger, J. Marshall (2000). "Reconciling Comparative and Internal Reconstruction: The Case of Old Japanese /ti, ri, ni/". Language. 76 (3): 655–681. doi:10.2307/417138. JSTOR 417138.
  • Vovin, Alexander (2010). Korea-Japonica: A Re-evaluation of a Common Genetic Origin. University of Hawaii Press. ISBN 978-0-8248-3278-0.
  • ——— (2014). "Man'yōshū" (Book 20). Leiden: Brill. ISBN 978-90-04-26198-3.
  • ——— (2020). A Descriptive and Comparative Grammar of Western Old Japanese (ed. 2nd). Leiden, Boston: Brill. ISBN 978-90-04-42211-7.
  • Vovin, Alexander; Ishisaki-Vovin, Sambi (2022). The Eastern Old Japanese Corpus and Dictionary. Leiden, Boston: Brill. ISBN 978-90-04-47119-1.
  • Whitman, John (2008). "The source of the bigrade conjugation and stem shape in pre-Old-Japanese". Dalam Frellesvig, Bjarke; Whitman, John (penyunting). Proto-Japanese: Issues and Prospects. John Benjamins. m/s. 160–173. ISBN 978-90-272-4809-1.
  • Yamaguchi, Akiho; Suzuki, Hideo; Sakanashi, Ryūzō; Tsukimoto, Masayuki (1997). Nihongo no Rekishi 日本語の歴史 [A history of the Japanese language] (dalam bahasa Jepun). Tokyo: University of Tokyo Press. ISBN 978-4-13-082004-2.

 

Bacaan lanjut

sunting

Pautan luar

sunting
  NODES
INTERN 4