Bahasa Slavik
Bahasa-bahasa Slavik ialah satu subkumpulan bahasa Indo-Eropah yang ditutur oleh orang Slavik di
- kebanyakan Eropah Timur dan Balkan;
- beberapa bahagian Eropah Tengah; dan
- bahagian utara Asia.
Indo-Eropah |
---|
Bahasa-bahasa Indo-Europah |
Albania | Anatolia | Armenia Baltik | Celt | Dacia | Germanik Indo-Iran | Italik Slavik | Thrace | Tocharian | Yunani |
Orang-orang Indo-Eropah |
Albania | Anatolia | Armenia Balt | Celt | Germanik Indo-Aryan | Iran Italik | Slavik | Thrace | Orang Tocharian | Yunani |
Proto-Indo-Eropah |
Bahasa | Masyarakat | Agam Kurgan | Yamna | Tembikar Bertanda Tali |
Kajian Indo-Eropah |
Cabang
suntingCendekiawan-cendekiawan membahagikan bahasa-bahasa Slavik kepada tiga cabang utama, dengan setiap cabang mempunyai subcabang:
- Slavik Timur, termasuk Rusia, Ukraine, Belarusia, Rusyn
- Slavik Barat yang dibahagikan lagi kepada:
- Czech dan Slovak
- Bahasa Sorb Atas dan Bawah (bahasa-bahasa minoriti di Jerman),
- Bahasa-bahasa Lechia: bahasa Poland, Pomerania/Kashubia dan Polabia (pupus).
- Slavik Selatan yang dibahagikan lagi kepada:
- subkumpulan Barat yang terdiri daripada bahasa Slovenia dari satu segi, dan dari segi yang lain, bahasa Bosnia, Croatia, Serbia (yang sehingga baru-baru ini dikenali sebagai Serbo-Croatia dan yang dapat saling difahami).
- subkumpulan Timur yang terdiri daripada bahasa Bulgaria dan Macedonia. (Sesetengah ahli bahasa Slavik, terutamanya mereka daripada Bulgaria dan Greece, hanya menganggap bahasa Macedonia sebagai "norma wilayah" untuk bahasa Bulgaria, dan bukannya satu bahasa yang berasingan, tetapi terdapat banyak alasan politik dalam kes-kes ini juga.)
Sesetengah ahli sains mempostulatkan bahawa terdapat juga cabang Slavik Utara; dialek Novgorod Lama merupakan salah satu saki-baki. Bagaimanapun, istilah "Slavik Utara" kekadang juga digunakan untuk menggabungkan bahasa-bahasa Slavik Barat dan Timur menjadi satu kumpulan yang berbeza daripada bahasa-bahasa Slavik Selatan.
Bahasa persuratan Slavik yang tertua ialah Slavik Gereja Lama yang kemudian berkembang menjadi Slavik Gereja.
Pembahagian tiga pihak bahasa-bahasa Slavik tidak mengambil kira dialek-dialek pertuturan bagi setiap bahasa. Dalam lingkungan itu, terdapat apa yang dipanggil dialek-dialek peralihan dan dialek-dialek kacukan yang merapatkan jurang-jurang antara berbagai-bagai bahasa, dan yang menunjukkan persamaan yang tidak begitu nyata ketika membandingkan bahasa-bahasa persuratan (iaitu bahasa piawai) Slavik.
Terdapat perbezaan-perbezaan yang mencukupi antara berbagai-bagai dialek dan bahasa Slavik untuk menyusahkan komunikasi antara penutur-penutur daripada berbagai-bagai bahasa Slavik. Perbezaan antara dialek-dialek dalam setiap bahasa Slavik amat berbeza; umpamanya, dialek-dialek Rusia tidak begitu berbeza, berbanding dialek-dialek Slovenia.
Lihat juga
suntingPautan luar
sunting- WordReference - forum tersederhana untuk bahasa-bahasa Slavik
- Kesinambungan etnik dan etnogenesis Slavik
- Laporan etnolog mengenai bahasa-bahasa Slavik
- Mari kita cuba bahasa-bahasa Slavik! Diarkibkan 2005-11-19 di Wayback Machine
- Senarai-senarai dwibahasa kawan-kawan palsu Slavik
Bahasa-bahasa Slavik | |||
---|---|---|---|
Slavik Timur | Belarusia | Slavik Timur Lama † | Rusia | Rusyn (Karpatos) | Ruthenia † | Ukraine | ||
Slavik Barat | Czech | Kashubia | Canaan † | Sorb Bawah | Polabia † | Poland | Pomerania † | Silesia | Slovak | Slovincia † | Sorb Atas | ||
Slavik Selatan | Bulgaria Banat | Bosnia | Bulgaria | Croatia Burgenland | Croatia | Macedonia | Croatia Molise | Montenegrin | Slavik Gereja Lama † | Serbia | Serbo-Croatia | Slavik (Greece) | Slovenia | ||
Lain-lain | Slavik Gereja | Dialek Novgorod Lama † | Proto-Slavik † | Russenorsk † | Rusyn (Pannonia) | Slavik-Serbia † | Slovio | ||
† Pupus |