Bank Simpanan Nasional
Bank Simpanan Nasional (BSN) ialah sebuah syarikat yang menawarkan Perkhidmatan Perbankan di Malaysia.[1]
. | |
Jenis/bentuk sah | Perbankan |
---|---|
Industri | Perbankan |
Ditubuhkan | 1 Februari 1990 |
Ibu pejabat | Kuala Lumpur, Malaysia |
Keluaran | Perbankan dan Kewangan |
Tapak web | http://www.bsn.com.my |
sunting · sunting di Wikidata |
Pengenalan
suntingBank Simpanan Nasional Malaysia adalah sebuah pertubuhan perbadanan ditubuhkan di bawah Akta Bank Simpanan Nasional 1974 dan ditubuhkan pada 1 hari bulan Disember 1974, di bawah Akta Parlimen 146 – Undang-Undang Malaysia 1974 atas kendalian Menteri Kewangan Malaysia pada ketika itu, Tengku Razaleigh Hamzah. Ia dilancarkan dengan rasminya pada 5 Disember 1974 oleh Allahyarham Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia yang kedua, di mana semua tugas dan tanggungjawab di bawah Akta Bank Simpanan Pejabat POS (melalui khidmat Post Office Savings Bank yang wujud sejak zaman pemerintahan British sehinggalah ke pascamerdeka) telah diambil alih oleh Bank Simpanan Nasional. Bank Simpanan Nasional adalah sebuah Badan Berkanun di bawah Kementerian Kewangan.
Bank Simpanan Nasional menyediakan pelbagai perkhidmatan kewangan, termasuk perbankan runcit, takaful, dan insurans. Maklumat seperti waktu operasi BSN[2] dan lokasi cawangan boleh diperoleh melalui laman web rasmi bank atau sumber lain yang memberikan panduan perbankan di Malaysia.
Anak syarikat
suntingBank ini mempunyai beberapa anak syarikat yang terlibat dalam bidang penguruan aset, insurans and takaful:[3]
- Permodalan BSN Berhad (penguruan tabung kewangan)
- Prudential BSN Takaful Berhad (takaful)
- Gibraltar BSN Life Berhad (insurans hayat)
Rujukan
sunting- ^ Annual Report 2014, Bank Simpanan Nasional, diarkibkan daripada yang asal pada 2015-03-31, dicapai pada 2015-08-23
- ^ "Waktu Operasi BSN". Akaunbanks. Dicapai pada 24 November 2024.
- ^ Annual Report 2014, Bank Simpanan Nasional, diarkibkan daripada yang asal pada 2015-03-31, dicapai pada 23 Ogos 2015
Pautan luar
suntingWikimedia Commons mempunyai media berkaitan Bank Simpanan Nasional |