Bandar Basel
47°34′N 7°36′E / 47.567°N 7.600°E
Ibu kota | Basel |
Keluasan | 37 km² (Ditempatkan 26th) |
Titik tertinggi | St. Chrischona 522 meter |
Jumlah penduduk (2003) | 186,700 orang (Ditempatkan 14th) 5045 /km² |
Menyertai | 1501 |
Singkatan | BS |
Bahasa | German |
Majlis Perundangan | Regierungsrat (7) |
Majlis Perundangan | Grosser Rat (130) |
Kawasan perbandaran | 3 kawasan perbandaran |
Daerah | n.a. |
Laman web | www.BS.ch |
Basel (kota) (dalam Jerman: Basel-Stadt (bantuan·maklumat)) merupakan salah satu dari ke-26 canton Switzerland. Wilayahnya terbentuk dari bandar Basel dan kawasan perbandaran Bettingen dan Riehen.
Sejarah
suntingKawasan Basel-Stadt dicipta ketika daerah Basel dibahagi dua pada 1833. Hasil pembahagian ini adalah: Basel-Stadt [Basel (bandar)] dan Basel-Landschaft [Basel (negeri)]. Pembahagian ini sendiri disebabkan oleh daerah Basel-Landschaft, dan ironinya, konstitusi Basel-Stadt tidak mengiktiraf daerah Basel-Landschaft. Sebuah konstitusi baru sedang (2003) disusun untuk menguruskan hal tersebut.
Daerah Basel bergabung dengan Kesatuan Switzerland pada tahun 1501.
Geografi
suntingCanton Basel (bandar) terletak di utara Switzerland, bersempadan dengan Jerman dan Perancis di utara, Basel-Landschaft di selatan.
Wilayah daerah ini keluasannya 37 km². Hal ini menyebabkan Basel daerah terkecil di Switzerland.
Politik
suntingBasel-Stadt adalah setengah daerah. Ini bermaksud bahawa daerah itu hanya menghantar satu perwakilan ke Dewan Negara. Ibu kota daerah Basel-Stadt adalah bandar Basel. Institusi daerah kini disusun pada 1889.
Parlimen daerah disebut Grosser Rat dengan 130 anggota yang dipilih untuk semasa jawatan empat tahun. Ketika ini (2006) mempunyai 8 parti politik yang diwakili di parlimen.
Daerah Basel terkenal disebabkan oleh dua biskutnya. Basler Läckerli adalah biskut keras yang diperbuat daripada madu, almond, candied peel dan Kirsch dan dianggap penganan istimewa sepanjang tahun. Basler Brunsli diperbuat daripada almond dan umumnya dinikmati pada hari Krismas di seluruh Switzerland.
Paduan Suara Putra Basel adalah duta budaya yang terkenal dari daerah ini.
Pelancongan
suntingKenyataan bahawa tiga negara bertemu dan bersatu di sebuah tempat berhampiran Basel (Dreiländereck) telah menjadi daya tarikan bagi para pelancong. Tempat ini jelas dikenalpasti dan menjadi tujuan terkenal bagi murid-murid sekolah rendah. Karnival di bandar ini menarik banyak pengunjung dari seluruh Switzerland dan negara-negara jiran.
Demografi
suntingPenduduk daerah ini umumnya bertutur dalam bahasa Jerman dan secara tradisional adalah beragama Kristen Protestan. Penduduk Katolik berkembang dengan tetap pada abad yang lalu, terutama, walaupun bukan semata-mata, disebabkan imigrasi. Bahasa rasminya adalah Jerman.
Pengangkutan
suntingDi Basel terdapat lapangan terbang antarabangsa di Basel-Mulhouse. Daerah ini mempunyai pengangkutan baik dengan kereta api dan jalan raya ke seluruh Switzerland dan negara-negara jiran iaitu Perancis dan Jerman.
Basel merupakan sebuah stesen utama Switzerland, yang menghubungkan Switzerland dengan Paris, Brussel dan Berlin dengan kereta-kereta cepat yang langsung.
Di Basel, terdapat pelabuhan untuk kapal-kapal di Sungai Rhein. Pelabuhan ini sangat penting bagi Switzerland yang tidak mempunyai jalan ke laut, disebabkan pelabuhan ini memberikan hubungan langsung satu-satunya ke laut. Pelabuhan ini menguntungkan disebabkan terdapatnya perhubungan yang baik ke jalan kereta api dan jalan raya.
Pautan luar
sunting- (Jerman) City Guide
- (Jerman) Citymap
- (Jerman) Official Site)
- Official Statistics
- BaselArea
- (Jerman) (Perancis) Airport Basel-Mulhouse
- Port of Basel
- Webcams
Wilayah di Switzerland | |
---|---|
Aargau | Appenzell Ausserrhoden | Appenzell Innerrhoden | Basel-Bandar raya | Basel-Luar bandar | Berne | Fribourg | Geneva | Glarus | Graubünden | Jura | Lucerne | Neuchâtel | Nidwalden | Obwalden | Schaffhausen | Schwyz | Solothurn | St. Gallen | Thurgau | Ticino | Uri | Valais | Vaud | Zug | Zürich |