Batu adalah sejenis bahan yang terdiri daripada mineral dan dikelaskan menurut komposisi mineral. Pengkelasan ini dibuat dengan berdasarkan

  1. kandungan mineral iaitu jenis-jenis mineral yang terdapat di dalam batuan ini.
  2. tekstur batuan, iaitu saiz dan bentuk hablur-hablur mineral di dalam batuan;
  3. struktur batuan, iaitu susunan hablur mineral di dalam batuan.
Batu

Batu batan secara umum biasanya dikelaskan menurut proses yang membentuknya, dan dengan itu dipecahkan kepada tiga kumpulan yang besar iaitu:

  1. batuan igneus
  2. batuan enapan
  3. batuan metamorfosis.

Batuan igneus adalah batu yang terbentuk daripada magma cair, batu enapan melalui enapan dan tekanan bahan tertentu, dan batuan metamorfosis samaada melalui salah satu daripada dua yang terdahulu selepas berkukar akibat suhu dan tekanan. Dalam kes dimana bahan organik kekal meninggalkan kesan dirinya pada batu, hasil ini dikenali sebagai fossil.

Grotto of the Redemption adalah kumpulan koleksi batu dan petrifications yang terdapat pada satu tempat.

Nama batu berdasarkan saiz.

sunting
  • Batu kelikir - Merujuk kepada batu bersaiz kecil yang dipecahkan, biasanya granit untuk membuat jalan raya.
  • Anak batu - Merujuk kepada batu bersaiz kecil secara semulajadi.
  • Bongkah batu - Batu yang bersaiz besar biasanya melebihi bola hoki.

Lihat juga

sunting
  NODES