Bendera kebangsaan Belgium (Belanda: Vlag van België, Perancis: Drapeau belge, Jerman: Flagge Belgiens) terdiri daripada tiga jalur menegak warna hitam, kuning dan merah.

Bendera Belgium dengan bentuk hampir segi empat tepat yang tersendiri.

Reka bentuk

sunting

Perlambangan

sunting

Warna-warna bendera datang dari jata Kerajaan Brabant. Bentuk jalur menegak pula difikirkan diilham bendera Perancis sebagai perlambangan kepada pendirian mendokong perjuangan revolusi sepertimana yang berlaku di Perancis.

Spesifikasi

sunting

Nisbah ukuran bendera ini adalah 13:15 berdasarkan protokol ukuran bendera rasmi yang kepanjangan sebanyak 2.6 meter dan lebar sebanyak 3 meter.[1] Setiap lebar jalur merupakan satu pertiga lebar keseluruhan bendera.

Rincian warna khusus yang diberikan untuk bendera ini adalah seperti berikut:

Skema warna Hitam Kuning Merah
Pantone[1] Black Yellow 115 Red 32
CMYK[1] 0-0-0-100 0-6-87-0 0-86-63-0
RGB[2] 0-0-0 253-218-36 239-51-64
Hex triplet #000000 #FDDA24 #EF3340

Sejarah

sunting

Rekaan bendera ini muncul pada awalnya memalui suatu rekaan rekaan bendera berjalur mendatar merah, kuning dan hitam semasa peristiwa Revolusi Brabant[1] 1789–1790 yang membentuk Belgium Syarikat.

Rekaan bendera ini digunakan semula sehari selepas rusuhan berlaku di La Monnaie yang mencetuskan Revolusi Belgium pada 26 Ogos 1830 di mana para pemberontak menghasilkan rekaan bendera ini yang wujud di sebuah kedai kain berdekatan balai opera tersebut.[3] Jalur-jalur ini diolah agar menegak pada 23 Januari 1831, urutan jalur-jalur ini pula diolah kepada bentuk terkini ia pada 12 Oktober tahun sama.[1]

Rujukan

sunting
  1. ^ a b c d e Van den Bussche, E., Chief of Protocol, Belgian Federal Department of the Interior (2008). Noble Belgique, ô Mère chérie - LE PROTOCOLE EN BELGIQUE (dalam bahasa Perancis). Heule: Editions UGA. ISBN 978-90-6768-935-9.
  2. ^ Converted from CMYK using an online colour converter.
  3. ^ "Belgium". Flags of the World. June 6, 2009. Dicapai pada October 3, 2009.

Pautan luar

sunting
  NODES
Done 1