Berjaya Times Square
Koordinat: 3°08′32″N 101°42′38″E / 3.142182°N 101.710605°E
Berjaya Times Square KL ialah bangunan yang mengandungi pusat beli-belah yang besar dan dua buah hotel bertaraf lima bintang, yang terletak di Kuala Lumpur, Malaysia. BTS dibuka pada Oktober 2003.[1]
Lokasi | Imbi, Kuala Lumpur, Malaysia |
---|---|
Tarikh pembukaan | Oktober 2003 |
Pemaju | Berjaya Group |
Pengurusan | Berjaya Group |
Pemilik | Berjaya Group |
Bil. gedung dan perkhidmatan | 1,000+ |
Bil. penyewa utama | 3, Hero Market, 7-Eleven dan Berjaya Times Square Theme Park |
Keluasan lantai peruncitan | 700,000 m² |
Bil. tingkat | 13 |
BTS digelar sebagai sebuah ‘bangunan yang dibina dalam satu fasa yang terbesar di dunia’, yang merangkumi keluasan lantai keseluruhan sebanyak 700,000 m². BTS bakal menjadi mercu tanda utama yang giat dengan membeli-belah, penginapan mewah, perniagaan, makanan dan hiburan.[2][3]
Sekarang, BTS mengandungi lebih daripada 1000 kedai runcit khusus, 1200 bilik servis mewah, serta 65 kedai makan untuk memenuhi citarasa semua, termasuk sekali taman tema dalaman terbesar di Asia, Berjaya Times Square Theme Park. Kedai-kedai masyhur yang lain termasuk Hero Market, 7-Eleven dan lain-lain lagi.
Stesen Monorail Imbi dihubungkan dengan bangunan BTS melalui jejantas.[4][5]
Lihat juga
suntingRujukan
sunting- ^ "Berjaya Times Square Hotel & Convention Center". Asia Travel. 12 October 2003. Dicapai pada 2 March 2012.
- ^ "VINCI Construction Grands: Berjaya Times Square". VINCI Construction. Dicapai pada 7 November 2015.
- ^ "Berjaya Times Square". Asia Rooms. 30 October 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-07-27. Dicapai pada 2 March 2012.
- ^ "Alternative to reading". The Star. 18 Disember 2005. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 April 2006. Dicapai pada 2 March 2012. Unknown parameter
|deadurl=
ignored (bantuan) - ^ "Berjaya Times Square – World's Largest Shopping Mall Building". Burj. 6 September 2010. Dicapai pada 2 March 2012.
Pautan luar
suntingWikimedia Commons mempunyai media berkaitan Berjaya Times Square |