Bidadari Halmahera

spesies burung

Bidadari Halmahera (Semioptera wallacii), juga dikenali sebagai burung plat atau bidadari, ialah spesies burung cenderawasih. Ia ahli tunggal dalam genus monotip Semioptera.

Cenderawasih Wallacea
Pengelasan saintifik e
Domain: Eukaryota
Alam: Haiwan
Filum: Chordata
Kelas: Aves
Order: Passeriformes
Keluarga: Paradisaeidae
Genus: Semioptera
Gray, 1859
Spesies:
S. wallacii
Nama binomial
Semioptera wallacii
G.R. Gray, 1859

Etimologi

sunting

George Robert Gray daripada Muzium British menamakan spesies ini sempena Alfred Russel Wallace, seorang ahli alamiah British dan penulis buku Kepulauan Melayu. Wallace ialah orang Eropah pertama yang memerikan burung ini pada tahun 1858.

Subspesies

sunting
  • Semioptera wallacii halmaherae Salvadori, 1881
  • Semioptera wallacii wallacii Gray, 1859[2]

Pemerian

sunting
 
Semioptera wallacii wallacii, male. Museum specimen

Bidadari Halmahera bersaiz sederhana, lebih kurang 28 cm panjang, berwarna hijau zaitun. Yang jantan memiliki jambul berwarna ungu lembayung dan ungu lembut, serta pelindung dada berwarna hijau zamrud. Ciri yang menonjol ialah dua pasang pelepah putih yang timbul dari tekuk kepak yang dapat dinaik atau diturunkan oleh burung. Yang betina tidak memiliki hiasan, lebih kecil, berwarna coklat zaitun tetapi memiliki ekor yang lebih panjang. Makanannya terdiri daripada serangga, artropod dan buah-buahan.

Rujukan

sunting
  1. ^ BirdLife International. 2017. Semioptera wallacii. The IUCN Red List of Threatened Species 2017: e.T22706140A118483106. https://dx.doi.org/10.2305/IUCN.UK.2017-3.RLTS.T22706140A118483106.en. Downloaded on 01 January 2019.
  2. ^ Biolib

Pautan luar

sunting
  NODES
INTERN 2