Boeing 717
Jet berkembar Boeing 717 adalah Pesawat komersial dibina Boeing untuk syarikat penerbangan perdagangan terkecil. Ia mula berkhidmat pada September 1999, menjadikannya salah satu kapal terbang penumpang terbaru di pasaran, dan bagaimanapun yang tertua - 717 adalah nama baru McDonnell Douglas MD-95, yang asalnya diasaskan pada Douglas DC-9 terkemuka yang mula terbang pada tahun 1965.
Boeing 717 | |
---|---|
An Aerolíneas de Baleares 717 | |
Peranan | Airliner |
Negara pengeluar | United States |
Pengeluar | Boeing Commercial Airplanes |
Penerbangan pertama | September 2, 1998 |
Pengenalan | October 12, 1999 |
Syarikat penerbangan utama | AirTran Midwest Airlines QantasLink Hawaiian Airlines |
Dikeluarkan | 1998-2006 |
Jumlah dibina | 156 |
Dibangunkan dari | McDonnell Douglas MD-90 |
Sejarah
suntingPada penghujung abad ke-20, pengilang-pengilang pesawat komersil manghadapi pelbagai permasalahan. Douglas mengalami penurunan dalam penjualannya kerana bersaing dengan Boeing. Penjualan DC-10 dan MD-11 pula menerima saingan dari Lockheed L-1011. Hanya model DC-9 yang laku ketika itu dengan jualan menghampiri 1000 unit. Siri ini disusuli dengan MD-80 series dan sebanyak 1100 unit berjaya dibina. Tetapi model selepasnya iaitu MD-90 tidak mendapat rekod yang baik kerana saingan dari 737-600 oleh Boeing dan A318 oleh Airbus.
Pada Disember 1996, Boeing mengambil alih McDonnell Douglas dan memberi nafas baru kepada MD-90 dengan menukarkan namanya kepada Boeing 717.
Spesifikasi
sunting717-200 Berat Kasar Asas |
717-200 Berat Kasar Tinggi | |
---|---|---|
Penumpang | 106 (2 kelas) | |
Panjang | 37.8 m (124 kaki 0 in) | |
Rentang sayap | 28.47 m (93 kaki 5 in) | |
Tinggi ekor | 8.92 m (29 kaki 1 in) | |
Lebar kabin luaran | 334.2 cm (131.6 in) | |
Lebar kabin dalaman | 314.5 cm (123.8 in) | |
Berat lepas naik maksimum | 49,900 kg (110,000 lb) | 54,900 kg (121,000 lb) |
Julat | 2,645 km (1,430 nmi) | 3,815 km (2,060 nmi) |
Laju sederhana | Mach 0.77 (570 mph, 917 km/h) | |
Penjana kuasa (2x) | Rolls Royce BR715-A1 | Rolls Royce BR715-C1 |
Tujahan enjin | 82.3 kN (18,500 lbf) | 93.4 kN (21,000 lbf) |
Pautan luar
suntingWikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Boeing 717. |