Bolak-balik angkasa lepas Discovery
Bolak-balik angkasa lepas Discovery (Designasi Kenderaan Pengorbit: OV-103) adalah salah satu daripada lima buah bolak-balik angkasa lepas yang digunakan dalam armada NASA.[4] Semasa dilancarkan pada Ogos 1984, Discovery menjadi pengorbit angkasa lepas ketiga yang dioperasikan, dan kini merupakan pengorbit tertua yang telah berkhidmat. Selepas penerbangan terakhirnya pada Mac 2011, Discovery telah berjaya menjalankan 39 misi dalam tempoh 27 tahun, dengan 365 hari daripadanya di angkasa lepas. Discovery melaksanakan misi-misi pemasangan dan penyelidikan Stesen Angkasa Antarabangsa. Ia juga merupakan pengorbit yang membawa Teleskop Angkasa Hubble ke angkasa lepas. Discovery merupakan bolak-balik pertama yang bersara. Dua buah kapal angkasa lepas yang masih aktif adalah Atlantis dan Endeavour, manakala dua lagi, Challenger dan Columbia, musnah dalam kemalangan.
Discovery dilancarkan daripada pad pelancaran 39A Kennedy Space Center dalam misi STS-124. | |
OV-103 | |
---|---|
Gelaran Kenderaan Pengorbit: | OV-103 |
Negara: | Amerika Syarikat |
Anugerah kontrak: | 29 Januari 1979 |
Dinamakan selepas: | RRS Discovery |
Penerbangan Pertama: | STS-41-D 30 Ogos 1984 – 5 September 1984 |
Penerbangan Terakhir: | STS-133 24 February 2011 - 9 Mac 2011 |
Bilangan Misi: | 39 |
Anak Kapal: | 246 |
Masa dihabis di angkasa: | 365 hari, 12 jam, 53 minit, 34 saat[1] |
Bilangan orbit: | 5,830[2] |
Jarak Perjalanan : | 148,221,675 bt (238,539,663 km)[1] |
Bilangan Satelit diatur: | 31 (termasuk Teleskop Angkasa Hubble) |
Berlabuh diMir: | 1 |
Berlabuh di ISS: | 13 |
Status: | Bersara[3] |
Penerbangan
suntingMisi terpenting:
- STS-41-D: Penerbangan sulung ke angkasa lepas
- STS-51-D: Membawa Ahli Parlimen A.S. pertama ke angkasa, Senator Jake Garn
- STS-26: "Penerbangan Semula" pertama selepas bencana Challenger (STS-51-L)
- STS-31: Pelancaran Teleskop Angkasa Hubble
- STS-60: Orang Rusia pertama menaiki kapal angkasa lepas A.S. (Sergei Krikalev)
- STS-95: Penerbangan kedua John Glenn, orang tertua di angkasa lepas (77 tahun)
- STS-96: Penerbangan misi pertama berlabuh dengan Stesen Angkasa Antarabangsa
- STS-92: Misi bolak-balik angkasa lepas ke-100
- STS-114: Salah satu misi "Penerbangan Semula" selepas bencana Columbia (STS-107)
- STS-116: Pelancaran malam pertama sejak bencana Columbia
- STS-131: Misi terlama (15 hari)
- STS-133: Misi terakhir
Galeri
sunting-
Pelancaran STS-41-D, misi pertama
-
STS-119 pada pagi 11 Mac 2009
-
STS-121 dilancarkan pada Independence Day
-
STS-114, sebelum berlabuh dengan ISS
-
Di atas Boeing 747 terubahsuai ketika pendaratan
-
Selepas mendarat di Bumi
-
Boeing 747 terubahsuai membawa Discovery
== Lihat juga ==صف
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Bolak-balik angkasa lepas Discovery |
Rujukan
sunting- ^ a b NASA (Oktober 2010). "NASAfacts Discovery (OV-103)" (PDF). Dicapai pada 21 Oktober 2010.
- ^ NASA (2010-10-20). "The Long Voyage of Discovery". Dicapai pada 2010-10-21.
- ^ Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamaslt
- ^ NASA (2007). "Space Shuttle Overview: Discovery (OV-103)". NASA. Dicapai pada 6 November 2007. Unknown parameter
|dateformat=
ignored (bantuan)
Pautan luar
sunting- Return to Flight mission STS-114 and STS-121
- Shuttle Orbiter Discovery (OV-103)
- Night Launch of the Space Shuttle Discovery
- Discovery on Servicing Mission 2 at ESA/Hubble site
- Discovery on Servicing Mission 3A at ESA/Hubble site
- Pictures of preparations for a launch of Discovery Diarkibkan 2012-12-13 di Wayback Machine
- 04/16/07: Consolidated Launch Manifest: Space Shuttle Flights and ISS Assembly Sequence.