Bulu Angora

(Dilencongkan daripada Bulu angora)

Bulu Angora atau serat Angora merupakan bulu roma halus yang ditumbuhkan oleh arnab Angora. Walaupun arnab Angora dan kambing Angora serupa namanya, tetapi kambing Angora lain bulunya iaitu mohair. Bulu Angora terkenal kerana kelembutannya, gentiannya yang nipis, kegebuannya dan teksturnya yang umpama sutera.

Arnab Angora menghasilkan beraneka warna bulu, dari putih hingga hitam. Serat Angora yang bermutu tinggi adalah sekitar 12-16 mikrometer diameternya, dan boleh mencapai kos $ 10 - 16 seauns (35 – 50 sen/gram). Bulu Angora cepat menggebu, walaupun pada badan arnab itu sendiri jika tidak disikat kemas-kemas.

Seratnya sering dipadukan dengan bulu biri-biri supaya gegelungnya kenyal, kerana bulu Angora pada semula jadinya tidak kenyal. Paduan ini mengurangkan kelembutan dan kegebuannya serta merendahkan harga barang yang siap itu. Serat Angora memang geronggang, sebab itulah rasanya seakan-akan terapung.

  NODES
Done 1