Burung-Hantu Telinga-Pendek Biasa

Burung-Hantu Telinga-Pendek Biasa atau Burung Hantu Telinga Pendek (bahasa Inggeris: Short-eared Owl ) ialah satu spesies burung hantu tipikal daripada famili Strigidae. Burung-burung hantu yang tergolong dalam genus Asio dikenali sebagai burung hantu telinga kerana burung-burung ini mempunyai jambak-jambak bulu yang seakan-akan telinga mamalia. Asio flammeus akan menonjolkan jambak-jambaknya ketika berlagak untuk mempertahankan diri. Bagaimanapun, jambak-jambaknya yang amat pendek biasanya tidak dapat dilihat. Burung Hantu Telinga Pendek hidup di kawasan-kawasan desa yang terbentang serta di padang-padang rumput. Nama saintifiknya Asio flammeus.

Burung-Hantu Telinga-Pendek Biasa
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Kelas:
Order:
Keluarga:
Subkeluarga:
Genus:
Spesies:
A. flammeus
Nama binomial
Asio flammeus
(Pontoppidan, 1763)
Sinonim

Asio accipitrinus

Di Piraju, São Paulo, Brazil
Di Piraju, São Paulo, Brazil
Asio flammeus flammeus

Burung Hantu Telinga Pendek ialah burung hantu yang sederhana saiznya, dengan panjangnya antara 34–43 sentimeter (13 - 17 [[inci) dan berat 206–475 gram (11 to 13 auns). Burung ini mempunyai kepala dan mata yang besar, leher yang pendek, serta sayap yang lebar. Paruhnya pendek, kukuh, bengkok, dan berwarna hitam. Bulunya bercapuk-capuk dengan warna kuning keperang-perangan sehingga warna perang, dengan ekor dan sayap yang berjalur, khususnya pada dada atasnya (Alsop 2001). Rentang sayapnya berbeza-beza antara 85 hingga 103 sentimeter (38 - 44 inci). Burung betina adalah besar sedikit saiznya berbanding dengan burung jantan. Mata burung ini berwarna jingga-kuning dan dibesar-besarkan oleh cecincin hitam yang mengelilingi setiap mata. Bintik-bintuk bulu yang besar dan yang berwarna putih mengelilingi setiap matanya seolah-olah topeng.

Taburan

sunting

Burung Hantu Telinga Pendek hidup di semua benua, kecuali Antartika dan Australia. Oleh itu, burung ini merupakan salah satu burung yang mempunyai taburan yang paling besar. Ia membiak di Eropah, Asia, Amerika Utara & Selatan, Caribbean, Hawaii, dan Kepulauan Galapagos. Burung Hantu Telinga Pendek merupakan unggas hijrah separa yang terbang ke selatan dari bahagian-bahagian utara taburannya pada musim sejuk. Burung hantu ini diketahui akan berpindah ke kawasan-kawasan yang mempunyai banyak rodensia (Ehrlich 1988). Ia juga akan berkelana secara nomad untuk mencari-cari bekalan makanan yang lebih banyak apabila bilangan vol, sejenis rodensia yang seakan-akan tikus, agak kurang. Sila lihat peta taburan Burung Hantu Telinga Pendek di seluruh Dunia Baru.

Pembiakan

sunting

Burung Hantu Telinga Pendek bersarang di atas tanah di habitat-habitat prairi, tundra, savana, atau padang rumput. Sarang-sarangnya disembunyikan oleh tumbuh-tumbuhan yang rendah, dan mungkin dilitupi oleh sedikit rumpai, rumput, atau bulu burung (Ehrlich 1988). Antara 4 hingga 7 biji telur putih boleh didapati dalam sebuah sangkak, tetapi saiz sangkak boleh mencapai sehingga sedozen biji telur pada tahun-tahun apabila bilangan vol amat banyak. Burung Hantu Telinga Pendek beranak sekali pada satu tahun. Telur-telur dieram kebanyakan kalinya oleh burung betina selama 21–37 hari. Anak-anak burung dijaga selama melebihi sedikit empat minggu. Burung hantu ini diketahui menggoda pemangsa-pemangsa supaya menjauhi sarangnya dengan berlagak seolah-olah mempunyai sayap yang cedera (Alsop 2001).

Kematangan seks dicapai dalam setahun. Musim pembiakan di hemisfera utara berlanjutan dari bulan Mac hingga Jun, dan memuncak pada bulan April. Pada masa ini, burung-burung hantu ini akan berkumpul dalam kawanan. Semasa musim pembiakan, burung-burung jantan akan membuat persembahan penerbangan untuk menarik perhatian burung-burung betina. Burung jantan kemudian akan menukik di atas sarang dan mengelepak-ngelepakkan sayapnya dalam persembahan pikat (Ehrlich 1988). Secara amnya, Burung Hantu Telinga Pendek mengamalkan monogami.

Diet dan tabiat mengumpul makanan

sunting

Memburu makanan biasanya berlaku pada waktu malam, tetapi Burung Hantu Telinga Pendek ialah burung siang dan krepuskul, serta juga burung nokturnal. Ia cenderung terbang hanya beberapa kaki di atas tanah di padang terbuka dan padang rumput sehingga menukik pada mangsanya dengak kaki lebih dahulu (Alsop 2001). Beberapa ekor burung hantu akan memburu di kawasan terbuka yang sama (Kaufman 2000). Makanannya terdiri terutamanya daripada rodensia, khususnya vol, tetapi burung ini juga akan makan mamalia-mamalia kecil yang lain dan sebilangan serangga yang besar (Ehrlich 1988). Ada kalanya, ia juga akan makan burung-burung yang lebih kecil. Penerbangannya terkelepai, akibat pukulan kepak yang tidak tetap, dan boleh diperihalkan sebagai "seolah-olah rama-rama atau kelawar". [1] Diarkibkan 2007-02-04 di Wayback Machine

Bunyi Burung Hantu Telinga Pendek seolah-olah salakan berkerik. Bunyi waowk, waowk, waowk atau toot-toot-toot-toot-toot yang serak juga agak biasa. Bunyi eeee-yerp yang kuat dapat didengar di kawasan-kawasan pembiakan burung ini. Bagaimanapun, burung hantu ini senyap pada musim sejuk (Alsop 2001).

Fakta menarik

sunting
  1. Burung Hantu Telinga Pendek diketahui bersaing untuk wilayah dengan Burung Hantu Kubur.
  2. Burung hantu ini boleh bersarang di lombong-lombong yang telah ditebus guna atau ditanam semula dengan tumbuh-tumbuhan, dan telah dilihat berbuat demikian lebih jauh ke selatan daripada kawasan pembiakannya yang biasa. Ini menyebabkan burung ini merupakan salah satu daripada beberapa spesies yang lombong dedah merupakan satu kelebihan untuknya.
  3. Flammeus ialah perkataan Latin untuk "bernyala, atau warna api". [2]

Rujukan

sunting
  • "Asio flammeus". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN. 2004. 2004. Unknown parameter |downloaded= ignored (bantuan); Unknown parameter |assessors= ignored (bantuan){{cite iucn}}: error: malformed |id= identifier (help) Kemasukan pangkalan data termasuk justifikasi tentang mengapa spesies ini tidak dianggap menimbulkan banyak kebimbangan.

Sedutan

sunting
  • Alsop, Fred J. Birds of North America: Eastern Region. Penerbitan DK, Inc. NY:NY. 2001.
  • Ehrlich, Paul R, David S Dobkin, dan Darryl Wheye. The Birder's Handbook: A Field Guide to the Natural History of North American Birds. Simon & Schuster Inc. NY:NY. 1988.
  • Kaufman, Kenn. Kaufman Field Guide to Birds of North America. Syarikat Houghton Mifflin NY:NY. 2000.

Pautan luar

sunting


Senarai burung  
A - B - C - D - E - F - G - H - I - J - K - L - M - N - O - P - Q - R - S - T - U - V - W - X - Y - Z
  1. ^ BirdLife International (2012). "Asio flammeus". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN Versi 2013.2. Kesatuan Pemuliharaan Alam Sekitar Antarabangsa. Dicapai pada 26 November 2013.CS1 maint: ref=harv (link)
  2. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama ITIS
  NODES
INTERN 1