Cahaya matahari merupakan sebahagian daripada sinaran elektromagnet yang dihasilkan oleh Matahari dalam bentuk cahaya nampak, inframerah dan ultraungu. Di Bumi, cahaya matahari ditapis menerusi atmosfera Bumi dan boleh dilihat dengan jelas pada waktu siang apabila Matahari berada di atas kaki langit. Sinaran matahari secara langsung yang tidak dihalang awan ialah pancaran suria yang terdiri daripada kombinasi cahaya terang dan haba sinaran. Sinaran matahari yang dihalang awan atau dipantul objek dikenali sebagai cahaya terbaur.

Cahaya matahari menembusi awan, memberikan pancaran krepuskular.
Cahaya matahari



Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik.

  NODES
Done 1