Caligula, nama asalnya Gaius Caesar (12-41), ialah Maharaja Rom (37-41) yang lahir di Antium (sekarang Anzio, Itali) dan putera bongsu jeneral Rom Germanicus Caesar dan cucu lelaki Maharaja Rom Tiberius. Kehidupan awalnya di kem tentera memberikannya gelaran Caligula (dalam bahasa Latin: But Kecil) kerana kasut tentera yang dipakainya kecil. Tiberius menamakan cucunya, Gemellus Tiberias, dan Caligula sebagai waris bersama kepada takhta baginda, tetapi Senat Rom dan orang ramai memilih Caligula sebagai satu-satunya Maharaja. Caligula mengambil Gemellus sebagai anak angkatnya tetapi kemudian membunuh Gemellus. Baginda seorang pemerintah yang berjaya untuk enam bulan pertama, dan menjadi pemerintah kejam selepas sakit teruk. Para sejarawan percaya bahawa dia mungkin menjadi gila. Caligula membazirkan kekayaannya untuk hiburan dan membina projek-projek besar; membuang atau membunuh sebahagian besar kaum kerabatnya; menyeksa dan membunuh orang sambil melihatnya ketika baginda makan; menjadikan kuda kesayangannya seorang konsul; mengisytiharkan dirinya sebagai dewa dan membina kuil-kuil dan membuat pengorbanan untuk dirinya sendiri. Pada tahun 41, pegawai dan pengawal baginda bersekongkol untuk menentang dan akhirnya membunuh baginda.

Caligula
Maharaja Empayar Rom
Patung Caligula (Ny Carlsberg Glyptotek)
Pemerintahan16 Mac 37 M–
24 Januari 41 M
Didahului olehTiberius
Diikuti olehClaudius
PemakamanRom, Itali
Pasangan1) Junia Claudilla, 33–34
2) Livia Orestilla, 37 / 38
3) Lollia Paulina, 38
4) Milonia Caesonia, ?–41
AnakandaJulia Drusilla
Tiberius Gemellus (anak angkat)
Nama penuh
Gaius Julius Caesar Germanicus
(sebelum naik takhta);
Gaius Julius Caesar Augustus Germanicus (sebagai maharaja)
WangsaJulio-Claudian
AyahandaGermanicus
BondaAgrippina yang Lebih Tua

Rujukan

sunting

Pautan luar

sunting
Riwayat Hidup Dua Belas Caesar, atau de vita Caesarum oleh Suetonius
Julius Caesar - Augustus - Tiberius - Caligula - Claudius - Nero - Galba - Otho - Vitellius - Vespasianus - Titus - Domitianus
  NODES