Chelodina novaeguineae
Chelodina novaeguineae juga dikenali sebagai Kura-kura Leher Ular New Guinea ialah spesies kura-kura dari keluarga Chelidae. Spesies ini ditemui di timur laut Australia, Indonesia, dan Papua New Guinea.
Chelodina novaeguineae | |
---|---|
Pengelasan saintifik | |
Alam: | |
Filum: | |
Kelas: | |
Order: | |
Suborder: | |
Keluarga: | |
Subkeluarga: | |
Genus: | |
Subgenus: | Chelodina
|
Spesies: | C. novaeguineae
|
Nama binomial | |
Chelodina novaeguineae | |
Sinonim[3][4] | |
|
Habitat
suntingC. novaeguineae mendiami kawasan air tawar dan sungai yang subur dengan tumbuh-tumbuhan.
Ciri-ciri
suntingKarapasnya berwarna coklat gelap, hampir hitam, dengan variasi corak berbanding kura-kura "biasa". Plastronnya berwarna coklat terang atau keperangan. C. novaeguineae mempunyai leher yang panjang, (termasuklah kepala) kadangkala melebihi panjang karapas. Warna kulitnya kelabu, kecuali hitam pada kepalanya, dan putih pada bahagian bawah.
Perlakuan
suntingSemasa berehat, C. novaeguineae memusingkan lehernya yang panjang ke tepi sebagai langkah keselamatan. Lehernya yang fleksibel membolehkan haiwan ini menggunakan kepalanya untuk mengorek ke dasar lumpur serta bernafas secara efektif. Ia juga membantu kura-kura ini bertindak pantas untuk menerkam mangsanya.
Pembiakan
suntingHaiwan ini bersifat ovipar. 17–21 biji telur dihasilkan dan proses pengeraman bertahan selama 75–110 hari bergantung kepada suhu.
Rujukan
sunting- ^ Asian Turtle Trade Working Group. (2000). Chelodina novaeguineae. (errata version published in 2016) The IUCN Red List of Threatened Species 2000
- ^ Boulenger GA (1888). "On the Chelydoid Chelonians of New Guinea". Annali del Museo Civico di Storia Naturale di Genova, Series 2a, 6: 449–452. (Chelodina novae-guineae, new species, pp. 450–451).
- ^ van Dijk, Peter Paul; Iverson, John B.; Shaffer, H. Bradley; Bour, Roger; Rhodin, Anders G.J. (2012). "Turtles of the World, 2012 Update: Annotated Checklist of Taxonomy, Synonymy, Distribution, and Conservation Status". Chelonian Research Monographs. 5: 000.243–000.328.
- ^ Georges A, Thomson S (2010). "Diversity of Australasian freshwater turtles, with an annotated synonymy and keys to species" (PDF). Zootaxa. 2496: 1–37.
Pautan luar
suntingWikimedia Commons mempunyai media berkaitan Chelodina novaeguineae |
- http://www.hoglezoo.org/meet_our_animals/animal_finder/New_Guinea_Snake_neck_Turtle Diarkibkan 2011-12-14 di Wayback Machine.
Wikispesies mempunyai maklumat berkaitan dengan Chelodina novaeguineae |