Cynomys ialah genus rodensia seperti tupai tanah dalam keluarga Sciuridae yang ditemukan di padang-padang rumput Amerika Utara dengan ketinggian 2,000 hingga 10,000 kaki (600 hingga 3,000 meter) dari aras laut.[2] Tupai-tupai spesies keluarga ini berkumpul dalam kawanan besar yang bersarang di bawah tanah.[3]

Cynomys
Julat zaman: Hujung Pliosen - Kini
Cynomys ludovicianus
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Kelas:
Order:
Suborder:
Keluarga:
Tribus:
Genus:
Cynomys[1]

Spesies

Cynomys gunnisoni
Cynomys leucurus
Cynomys ludovicianus
Cynomys mexicanus
Cynomys parvidens

Ciri-ciri

sunting

Spesies-spesies tupai dalam genus Cynomys berbadan katik dengan ukuran dari ekornya sampai ke muncung sebanyak 30–40 sentimeter dan berat antara 0.5–1.5 kilogram. Berat badan spesies yang jantan semasa mencari pasangan betina untuk mengawan.[4] Kaki-kaki tupai ini berkuku panjang dan mempunyai tapak berkulit tebal yang memudahkannya menggali lubang.[5]

Panjang tengkorak tupai ini dari belakang sampai ke muncungnya berukuran di antara 5.2–6.4 sm.[6]:34-36 Telinganya kecil.[7] Deria pendengarannya lebih peka kepada frekuensi bunyi yang lebih rendah daripada 63 Hertz berbanding pendengaran rodensia-rodensia lain.[8]:187–188

Sarang

sunting

Sebuah sarang mempunyai kedalaman 1–3 m (3.3–9.8 ka) daripada permukaan tanah, garis pusat lubang masuknya berukuran 10–30 sm panjang dan kadang-kadang dikelilingi busut.[9] Kawasan sarang mempunyai keluasan satu pertiga hektar, rumput kawasan sekelilingnya digigit sampai pendek.[10]

Taksonomi

sunting

Nama genus Cynomys dijejak kepada kata-kata bahasa Yunani κυνός kynos "anjing" dan μυς mys "tikus"[11] kerana tupai-tupai ini menyalak seperti anjing untuk memberi amaran kedatangan pemangsa antara satu sama lain.[12]:257

Spesies-spesies

sunting

Genus ini mempunyai lima spesies tupai:[1]

Gambar Nama saintifik Taburan
  Cynomys gunnisoni Utah, Colorado, Arizona dan New Mexico
  Cynomys leucurus Wyoming barat, Colorado barat, Utah timur dan Montana selatan.
  Cynomys ludovicianus Saskatchewan, Montana, Dakota Utara, Dakota Selatan, Wyoming, Colorado, Nebraska, Kansas, Oklahoma, Texas, Arizona dan New Mexico
  Cynomys mexicanus Coahuila, Nuevo León dan San Luis Potosí, Mexico
  Cynomys parvidens Utah

Rujukan

sunting
  1. ^ a b Schlitter, D.A. (2005). Wilson, D.E.; Reeder, D.M. (penyunting). Mammal Species of the World (ed. ke-4). Baltimore, Maryland, Amerika Syarikat: Johns Hopkins University Press. m/s. 798–799. ISBN 978-0-8018-8221-0.
  2. ^ Chance, G.E. (1976). Wonders of Prairie Dogs. New York, NY: Dodd, Mead, and Company. ISBN 0 396 07366 2.
  3. ^ Hoogland 1995.
  4. ^ Hoogland, J.L. (2002). "Sexual Dimorphism of Prairie Dogs". Journal of Mammology. 84 (4): 1254–1266. doi:10.1644/BME-008.
  5. ^ Long 2002, m/s. 55–57.
  6. ^ Hollister, N. (1916). "A Systematic Account of the Prairie-Dogs". North American Fauna. 40 (40): 1–37.
  7. ^ Long 2002, m/s. 27, 29, 33.
  8. ^ Heffner, Rickye S.; Heffner, Henry; Contos, Christopher; Kearns, Dara (April 1994). "Hearing in prairie dogs: Transition between surface and subterranean rodents" (PDF). Hearing Research. 73 (2): 185–189. doi:10.1016/0378-5955(94)90233-X.
  9. ^ Hoogland 1995, m/s. 30.
  10. ^ Hoogland 1995, m/s. 1.
  11. ^ Palmer, T.S. (1904). "Index Generum Mammalium: a List of the Genera and Families of Mammals" (PDF). North American Fauna. 23: 212. doi:10.3996/nafa.23.0001.
  12. ^ Slobodchikoff, C. N. (2002). "Cognition and Communication in Prairie Dogs" (PDF). Dalam Beckoff, M.; Allen, C.; Burghardt, G. M. (penyunting). The Cognitive Animal. Cambridge, England, UK: A Bradford Book. m/s. 257–264.

Ralat petik: Tag <ref> dengan nama "Haynie 2002" yang ditentukan dalam <references> tidak digunakan dalam teks sebelumnya.
Ralat petik: Tag <ref> dengan nama "Hoogland 1998" yang ditentukan dalam <references> tidak digunakan dalam teks sebelumnya.
Ralat petik: Tag <ref> dengan nama "r1" yang ditentukan dalam <references> tidak digunakan dalam teks sebelumnya.
Ralat petik: Tag <ref> dengan nama "r2" yang ditentukan dalam <references> tidak digunakan dalam teks sebelumnya.
Ralat petik: Tag <ref> dengan nama "r3" yang ditentukan dalam <references> tidak digunakan dalam teks sebelumnya.

Ralat petik: Tag <ref> dengan nama "r4" yang ditentukan dalam <references> tidak digunakan dalam teks sebelumnya.

Sumber-sumber

sunting

Pautan luar

sunting

Templat:S. Xerinae1 nav

  NODES
Association 1
iOS 1
mac 3
os 4