Datuk Bandar Kuala Lumpur

Ketua Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

Datuk Bandar Kuala Lumpur merupakan ketua bagi kerajaan tempatan di Wilayah Persekutuan. Ia berperanan mengetuai pentadbiran dan pengurusan pihak berkuasa tempatan di Kuala Lumpur, iaitu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Jawatan Datuk Bandar diperkenalkan bagi menggantikan peranan Pesuruhjaya Ibu Kota Kuala Lumpur selepas penaiktarafan status Kuala Lumpur sebagai bandar raya pada 1 Februari 1972.

Datuk Bandar
Kuala Lumpur
Penyandang
Dato Seri Maimunah Mohd Sharif
sejak 15 Ogos 2024
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
GelaranYang Berbahagia
Lapor kepadaMenteri Wilayah Persekutuan
Bidang kuasaKuala Lumpur Sunting nilai ini di Wikidata
PusatTingkat 28, Menara DBKL 1, Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur
Dilantik olehYang di-Pertuan Agong
Tempoh jawatan2 tahun
Penjawat sulungTan Sri Lokman Yusof
Dibentuk1 Februari 1972; 52 tahun yang lalu (1972-02-01)
Tapak webwww.dbkl.gov.my
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Penyandang Datuk Bandar Kuala Lumpur yang terkini ialah Dato Seri Maimunah Mohd Sharif.

Pelantikan

sunting

Datuk Bandar Kuala Lumpur dilantik oleh Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan[1] setelah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong serta persetujuan oleh Perdana Menteri Malaysia[2]. Tempoh bagi jawatan ini dipegang ialah selama 2 tahun[2].

Penyandang

sunting

Berikut ialah senarai Datuk Bandar Kuala Lumpur.[3].

Tempoh Nama Datuk Bandar Lahir - Mati Parti politik
1 Feb 1972 - 13 Mei 1972 Tan Sri Lokman Yusof 1910 - 1972 Tidak berparti
1 Jul 1972 - 31 Oktober 1980 Tan Sri Yaakob Latiff 1918 - 1986 Tidak berparti
1 November 1980 - 17 September 1992 Tan Sri Elyas Omar 1936 - 2018 Tidak berparti
17 November 1992 - 12 Disember 1995 Tan Sri Dr. Mazlan Ahmad 1941 - 2018 Tidak berparti
13 Dis 1995 - 13 Dis 2001 Tan Sri Kamaruzzaman Shariff 1941 Tidak berparti
14 Dis 2001 - 13 Dis 2003 Datuk Haji Mohamad Shaid Mohd Taufek 1947 Tidak berparti
14 Dis 2003 - 13 Dis 2005 Datuk Seri Haji Ruslin Hasan 1949 Tidak berparti
14 Dis 2005 - 13 Dis 2007 Datuk Seri Abdul Hakim Borhan 1951 Tidak berparti
14 Dis 2007 - 13 Julai 2013 Tan Sri Ahmad Fuad Ismail 1953 Tidak berparti
18 Julai 2013 - 17 Julai 2015 Tan Sri Ahmad Phesal Talib 1955 Tidak berparti
18 Julai 2015 - 30 September 2018 Tan Sri Mohd Amin Nordin Abdul Aziz 1955 Tidak berparti
2 Oktober 2018 - 30 September 2020 Datuk Seri Nor Hisham Ahmad Dahlan 1957 Tidak berparti
1 Oktober 2020 - 31 Mac 2023 Datuk Seri Mahadi Che Ngah 1959 Tidak berparti
17 April 2023 - 14 Ogos 2024 Datuk Haji Kamarulzaman Mat Salleh 1964 Tidak berparti
15 Ogos 2024 - kini Dato Seri Maimunah Mohd Sharif 1961 Tidak berparti

Rujukan

sunting
  1. ^ "Malaysia's towns and cities are governed by appointed mayors" (dalam bahasa English). 2006. Dicapai pada 9 Oktober 2006.CS1 maint: unrecognized language (link)
  2. ^ a b Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama :0
  3. ^ https://www.mkn.gov.my/web/ms/2022/01/12/jubli-emas-kenali-datuk-bandar-kuala-lumpur/

Sumber

sunting
  NODES
mac 1
os 3
web 2