Diego Maradona

pemain dan pengurus pasukan bola sepak Argentina

Diego Armando Maradona (30 Oktober 1960 – 25 November 2020) ialah seorang bekas pemain bola sepak Argentina. Beliau pernah beraksi dalam empat kejohanan Piala Dunia dan berkongsi anugerah FIFA Player of the Century bersama Pele, setelah diundi ke tempat teratas dalam satu pantauan Internet di laman sesawang FIFA untuk memungut pendapat mengenai pemain paling cemerlang sepanjang abad ke-20 pada tahun 2000.[1][2]

Diego Maradona
Maradona
Maklumat peribadi
Nama penuh Diego Armando Maradona
Tarikh lahir (1960-10-30) 30 Oktober 1960 (umur 64)
Tempat lahir Villa Fiorito, Buenos Aires
Tarikh kematian 25 November 2020(2020-11-25) (umur 60)
Ketinggian 1.65 m (5 ka 5 in)
Posisi permainan Penyerang,
Pemain tengah
Nombor 10
Kerjaya remaja
1969-76 Argentinos Juniors
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
1976-1981
1981-1982
1982-1984
1984-1991
1992-1993
1993
1995-1997
Argentinos Juniors
Boca Juniors
Barcelona
Napoli
Sevilla
Newell's Old Boys
Boca Juniors
Career
166 (116)
040 0(28)
058 0(38)
259 (115)
029 00(7)
007 00(0)
031 00(7)
590 (311)
Pasukan kebangsaan
1977-1994 Argentina 091 0(34)
Pasukan diurus
1994 Deportivo Mandiyú
1995 Racing Club
2008–2010 Argentina
2011–2012 Al-Wasl
2013–2017 Deportivo Riestra (pembantu)
2017–2018 Fujairah
2018–2019 Dorados de Sinaloa
2019–2020 Gimnasia de La Plata
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik

Maradona banyak meraih piala bersama pasukan Boca Juniors, FC Barcelona dan SSC Napoli sepanjang kerjayanya. Sepanjang kerjaya bola sepak antarabangsa yang merangkumi 91 kali turun padang dan 34 gol, beliau beraksi di empat kejohanan Piala Dunia FIFA, memimpin pasukan kebangsaan Argentina sehingga mencapai kejuaraan pada edisi tahun 1986, yang mana beliau meraih anugerah Bola Emas selaku pemain paling cemerlang sepanjang kejohanan. Beliau menambat kedua-dua gol dalam kemenangan 2-1 terhadap England di pusingan suku akhir kejohanan 1986. Gol pertamanya merupakan handball tidak didenda yang dikenali sebagai "Tangan Tuhan", manakala gol kedua merupakan aksi celah-mencelah mengagumkan sepanjang 60 meter memintas enam pemain England, yang dikenali sebagai "The Goal of the Century" atau "Layang-layang Kosmos" (Sepanyol: El barrilete cósmico) di Argentina.

Beliau juga dianggap sebagai salah seorang pemain paling kontroversi dalam sukan berkenaan. Maradona digantung selama 15 bulan pada tahun 1991 setelah gagal dalam ujian dadah yang mendapati kokaina di Itali, selepas itu didapati mengandungi efedrina pada Piala Dunia 1994 di Amerika Syarikat.

Setelah bersara dari persada bola pada hari jadi ke-37 pada tahun 1997,[3] beliau mengalami masalah kesihatan dan berat badan, diburukkan lagi oleh salah guna kokaina yang berterusan. Bagaimanapun, pembedahan mengokot perut membantunya mengawal penambahan berat badan. Semenjak mengatasi ketagihan kokaina, beliau menjadi hos TV di Argentina.[4]

Maradona menjadi jurulatih pasukan bola sepak kebangsaan Argentina pada November 2008. Beliau mengetuai pasukan ke Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan sebelum mengundurkan diri di akhir kejohanan. Kemudian, beliau melatih kelab Al Wasl Dubai dalam UAE Pro-League untuk musim 2011–12. Pada tahun 2017, Maradona melatih Fujairah sebelum berundur di akhir musim.[5] Pada Mei 2018, Maradona dilantik sebagai pengerusi kelab Belarus, Dynamo Brest.[6] Dari September 2018 hingga Jun 2019, Maradona melatih kelab Mexico Dorados.[7] Beliau melatih kelab Liga Perdana Argentina, Gimnasia de La Plata dari tahun 2019 sehingga meninggal dunia pada November 2020.[8]

Kehidupan awal

sunting

Diego Armando Maradona lahir di Villa Fiorito, sebuah kawasan melarat di pinggir selatan kota Buenos Aires,[9] dalam sebuah keluarga miskin yang berpindah dari wilayah Corrientes. Beliau merupakan anak lelaki pertama selepas tiga anak perempuan. Beliau ada dua orang adik lelaki, iaitu Hugo (el Turco) dan Eduardo (Lalo), kedua-duanya juga pemain bola sepak profesional.

Ketika berusia 11 tahun, Maradona diundang oleh seorang pencari bakat sewaktu bermain di kelab setempatnya, Estrella Roja (Bintang Merah). Beliau menjadi bintang utama pasukan Los Cebollitas (Bawang Kecil), pasukan junior Argentinos Juniors Buenos Aires. Pada usia 12 tahun, beliau mengagumkan penonton dengan menunjuk-nunjukkan kepintaran bermain bola ketika waktu rehat separuh masa perlawanan divisi pertama.[10]

Gaya bermain

sunting

Maradona padat susuk badannya dan mampu menahan tekanan fizikal dengan baik. Kaki yang kuat dan pusat graviti yang rendah memberi Maradona kelebihan dalam pecutan jarak pendek. Kekuatan zahir beliau diserlahkan melalui dua jaringan beliau menentang Belgium di Piala Dunia 1986. Maradona merupakan seorang yang pandai berstrategi dan mudah bermain dalam pasukan, dan juga amat teknikal kemahiran bolanya. Beliau boleh menguruskan dirinya secara berkesan dalam ruang terhad, serta menarik perhatian pihak bertahan lalu meluru keluar dari pergelutan (seperti pada gol ke-2 terhadap England pada tahun 1986),[11] atau menyerahkan bola kepada rakan sepasukan yang tidak dirintangi lawan. Maradona yang pendek tetapi kuat ini boleh menguasai bola cukup lama dengan seorang pemain bertahan di belakangnya untuk menunggu rakan sepasukan datang atau mencari ruang untuk membuat tendangan pantas.

Kerjaya

sunting

Maradona muncul buat julung kalinya sebagai profesional pada 20 Oktober 1976, 10 hari sebelum hari jadinya yang ke-16, bersama Argentinos Juniors.[3] Belaiu bersama pasukan itu dari tahun 1976 hingga 1981, sebelum dipindahkan ke kelab pujaan beliau, Boca Juniors, yang bernilai £1 juta. Maradona yang menyertai pasukan di pertengahan musim 1981, beraksi sepanjang musim 1982, lalu meraih pingat juara liga pertama beliau.

Sesudah Piala Dunia 1982 di bulan Jun, Maradona dipindahkan ke FC Barcelona di Sepanyol dalam pertukaran bernilai £5 juta yang memecah rekod dunia ketika itu.[3] Pada tahun 1983, di bawah latihan César Luis Menotti, Barcelona dan Maradona menjuarai Copa del Rey (pertandingan piala kebangsaan tahunan Sepanyol), dengan menewaskan Real Madrid. Bagaimanapun, Maradona berasa tidak senang ketika di Barcelona.[12] Dimulakan dengan penyakit hepatitis, diikuti rebutan bola yang melukakan beliau oleh Andoni Goikoetxea dari pasukan Athletic Bilbao menggugat kerjaya beliau,[3] namun kekuatan dan ketabahan Maradona membolehkan beliau kembali ke padang selepas 14 minggu. Adalah dipercayai bahawa ketika bermain bersama Barcelona, Maradona mengenali kokaina yang lambat-laun ditagihkan beliau.[13]

Antarabangsa

sunting

Beliau beraksi dalam pasukan bola sepak kebangsaan Argentina buat julung kali pada usia 16 tahun, menentang Hungary. Pada usia 18 tahun, beliau bermain di Kejohanan Belia Dunia Bola Sepak untuk Argentina, dan menjadi bintang utama kejohanan dalam kemenangan 3—1 di peringkat akhir menentang Kesatuan Soviet.

Piala Dunia 1982

sunting

Maradona beraksi di kejohanan Piala Dunia di Sepanyol buat julung kalinya pada tahun 1982. Pada pusingan pertama, Argentina selaku juara bertahan, kalah di tangan Belgium. Meskipun sempat menumpaskan Hungary dan El Salvador agar layak ke pusingan kedua, mereka ditumpaskan oleh Brazil dan Itali yang menjadi juara. Maradona bermain di kelima-lima perlawanan tanpa diganti, menjaringkan dua gol menentang Hungary, tetapi diarahkan keluar padang 5 minit sebelum tamat perlawanan menentang Brazil kerana bermain secara kasar.

Piala Dunia 1986

sunting

Maradona menjadi kapten pasukan kebangsaan Argentina yang menjuarai Piala Dunia FIFA 1986, dengan menumpaskan Jerman Barat di Mexico. Sepanjang kejohanan ini, Maradona memperlihatkan dominasi beliau serta merupakan pemain paling dinamik di kejohanan. Beliau beraksi setiap minit dalam setiap perlawanan Argentina, menjaringkan 5 gol dan melakukan 5 bantuan. Namun beigtu, dua gol yang dilakukannya di pusingan suku akhir menentang England itulah yang mengabadikan beliau sebagai legenda.

Main semula rakaman menunjukkan gol pertama dijaringkan dengan memukul bola dengan tangan. Maradona menafikannya secara malu-malu, menyifatkan jaringan itu sebagai "sedikit kepala Maradona dan sedikit tangan Tuhan." Jaringan itu digelar "Tangan Tuhan," (Sepanyol: la mano de Dios). Akhirnya, pada 22 Ogos 2005, Maradona mengakui di rancangan TV beliau bahawa beliau sengaja memukul bola dengan tangan, lalu menyediari jaringan itu tidak sah. Katanya, seingat beliau sejurus selepas jaringan itu:

Saya tengah menunggu rakan sepasukan saya memeluk saya, tetapi tiada yang datang … saya cakap, 'Mari peluk aku, kalau tidak pengadil takkan benarkannya.'[14]

Sebaliknya pula, jaringan kedua Maradona merupakan penyerlahan kemahiran teknik dan menggelecek bola Maradona. Beliau mengambil bola di kawasan pasukan diri lalu berpusing-pusing dan meluru lebih separuh padang sambil menyentuh bola 11 kali, memintas lima pemain England: (Glenn Hoddle, Peter Reid, Kenny Sansom, Terry Butcher, dan Terry Fenwick) serta penjaga gawang Peter Shilton. Gol inilah yang bergelar Goal of the Century di undian Internet 2000 oleh FIFA. Pada tahun 2002, kedua-dua gol ini menduduki tempat ke-6 dalam 100 Greatest Sporting Moments oleh saluran TV Channel 4 UK.

Maradona menyusuli kedua-dua gol tersebut dengan dua lagi jaringan di peringkat separuh akhir menentang Belgium. Di pusingan akhir, pasukan lawan dari Jerman Barat cuba menghalang beliau dengan berjaga ganda, namun begitu beliau berjaya mencari ruang membolosi Jorge Burruchaga untuk gol kemenangan. Argentina menewaskan Jerman Barat 3-2 dan Maradona menjulang Piala Dunia setelah mendominasi kejohanan dengan penuh gaya.

Piala Dunia 1990

sunting

Maradona memimpin Argentina sekali lagi di kejohanan Piala Dunia Itali. Kecederaan buku lima menjejaskan prestasi keseluruhan beliau, oleh itu beliau agak kurang mendominasi berbanding empat tahun sebelumnya. Argentina nyaris disingkirkan di pusingan pertama, cuma layak di kedudukan ketiga dari kumpulan mereka.

Di pusingan 16 terakhir menentang Brazil, Claudio Caniggia menjaringkan gol tunggal setelah dibantu Maradona.

Di pusingan suku akhir, Argentina menentang Yugoslavia. Perlawanan berakhir tanpa jaringan selepas 120 minit, dan Argentina layak melalui sepakan penalti, meskipun Maradona tersasar dalam cubaannya. Pusingan separuh akhir menentang tuan rumah Itali juga selesai melalui sepakan penalti setelah seri 1—1; kali ini, Maradona berjaya menjaringkan bolanya. Di pusingan akhir, Argentina kalah 1—0 di tangan Jerman Barat.

Piala Dunia 1994

sunting

Di kejohanan Piala Dunia FIFA 1994 di Amerika Syarikat, Maradona bermain di dua perlawanan, sempat menjaringkan sekali gol menentang Greece, sebelum dihantar pulang selepas didapati menyalah guna efedrina dalam ujian dadah. Dalam autobiografinya, Maradona mendakwa hasil ujian itu disebabkan pelatih peribadunya memberikan minuman tenaga Rip Fuel kepada beliau. Dakwaan beliau ialah versi A.S. minuman ini, berbeza daripada versi Argentina, mengandungi kimia terbabit, dan setelah kehabisan minuman versi Argentina itu, pelatihnya tidak sengaja membeli formula A.S. Pihak FIFA terus membuang Maradona dari kejohanan manakala Argentina disingkirkan di pusingan kedua. Maradona juga mendakwa dalam kenyataan berasingan bahawa beliau mengadakan persetujuan dengan FIFA, yang mana pertubuhan berkenaan memungkiri janji membenarkan beliau menggunakan dadah itu untuk tujuan mengurangkan berat badan sebelum pertandingan agar dapat beraksi[15]. Menurut Maradona, ini adalah agar Piala Dunia tidak kehilangan prestijnya gara-gara ketiadaan beliau. Dakwaan ini tidak pernah dibuktikan, dan ramai peminat beliau berpendapat kenyataan beliau itu ("mereka memotong kaki saya") berkaitan dengan kemarahan beliau atas penggantungan beliau.

Kerjaya sebagai pengurus

sunting

Pengurusan

sunting

Beliau menceburi diri dalam pekerjaan jurulatih di samping bekas rakan seperjuangan dari Argentinos Juniors, Carlos Fren. Mereka berdua memimpin Mandiyú dari Corrientes (1994) dan Racing Club (1995), tetapi kurang bernasib baik.

Peringkat antarabangsa

sunting

Setelah jurulatih pasukan bola sepak kebangsaan Argentina, Alfio Basile meletak jawatannya pada tahun 2008, Diego Maradona lekas menawarkan diri agar mengambil tempatnya. Menurut beberapa sumber akhbar, beliau merebut jawatan itu dengan Diego Simeone, Carlos Bianchi, Miguel Ángel Russo dan Sergio Batista.

Pada 29 Oktober 2008, pengerusi AFA, Julio Grondona mengesahkan bahawa Maradona menjadi ketua jurulatih pasukan kebangsaan mulai Disember 2008. Pada 19 November 2008, Diego Maradona mengurus pasukan Argentina buat kali pertama ketika Argentina menumpaskan Scotland 1-0 di Hampden Park, Glasgow.

Setelah memenangi tiga perlawanan sulung di bawah kepimpinan Maradona, pasukan Argentina tewas pula 6–1 kepada Bolivia, menyamai jurang kekalahan terburuk yang dialami oleh pasukan ini. Dengan dua perlawanan lagi dalam kejohanan kelayakan Piala Dunia 2010, Argentina berada di tangga kelima dan menghadapi kemungkinan gagal melayakkan diri, mujur kemenangan dua perlawanan terakhir berjaya menyelamatkan maruah pasukan Argentina pimpinan Maradona.[16][17]

Selepas kejayaan Argentina melayakkan diri, Maradona berbahasa kesat di sidang akhbar pasca-perlawanan yang bersiaran langsung, untuk menyelar pihak akhbar yang sebelum ini mengecam prestasi rendah pasukan Argentina.[18] FIFA bertindak mengenakan larangan menjalani kegiatan bola sepak selama dua bulan sehingga 15 Januari 2010, dan denda CHF 25,000, di samping memberi amaran kepada tingkah lakunya.[19]

Di Piala Dunia yang dilangsungkan pada Jun–Julai 2010, Argentina memulakan perjuangan dengan menewaskan Nigeria (1-0), kemudian membenamkan Republik Korea (4–1), termasuk hatrik dari Gonzalo Higuain.[20][21], kemudian mengakhiri tugas peringkat kumpulan dengan kemenangan 2–0 terhadap Greece untuk mendahului kumpulan mereka, lalu bertemu dengan pasukan Mexico,[22], di mana Argentina meneruskan kecemerlangan dengan mata 3-1. Namun demikian, Argentina akhirnya kecundang 4-0 di tangan Jerman di suku akhir.[23] Argentina menduduki tangga kelima di seluruh kejohanan.

Pada 15 Julai 2010, Persatuan Bola Sepak Argentina mengumumkan beliau bakal menerima tawaran baru untuk kekal sebagai jurulatih selama empat tahun lagi sehingga tibanya Piala Dunia di Brazil,[24] namun pada 27 Julai, AFA mengumumkan bahawa lembaganya sebulat suara memutuskan agar tidak memperbaharui kontraknya.[25]

Kehidupan peribadi

sunting

Keluarga

sunting

Ibu bapanya ialah Diego Maradona Snr dan Dalma Salvadore Franco. Datuk moyang sebelah ibunya, Mateo Kariolić lahir di Korčula, Dalmatia (kini di Croatia), lalu berhijrah ke Argentina, tempat lahir neneknya Salvadora. Salvadora menamakan anaknya Dalma sempena kawasan di Croatia itu, dan sempena ibunya Maradona menamakan anak perempuan sulungnya.

Maradona mengahwini Claudia Villafañe pada 7 November 1989 di Buenos Aires, selepas kelahiran anak-anak perempuan mereka, iaitu Dalma Nerea (lahir 2 April 1987) dan Giannina Dinorah (lahir May 16, 1989) yang mengurniakan cucu kepadanya pada tahun 2009.[26] Dalam autobiografinya, Maradona mengakui dirinya tidak sentiasa setia kepada Claudia, sungguhpun masih mengakui Claudia sebagai cinta sepanjang hayatnya.

Maradona dan Villafañe bercerai pada tahun 2004. Sejak itu, Dalma bertegas bahawa perceraian itu adalah penyelesaian terbaik untuk sekeluarga, dan ibu bapanya masih berkawan. Maradona dan bekas isterinya pernah bersama ke Napoli untuk berbaiat pada Jun 2005[27], selepas itu masih kerap dilihat bersama, termasuk perlawanan Argentina pada Piala Dunia FIFA 2006.

Ketika menjalani prosiding perceraian, Maradona mengakui dirinya sebagai bapa kepada Diego Sinagra (lahir di Naples pada 20 September 1986). Mahkamah Itali sudah memutuskan yang demikian pada tahun 1993, setelah Maradona enggan menjalani ujian DNA untuk mencari bukti kebapaannya. Sinagra menemui Maradona buat kali pertama pada Mei 2003 setelah mencuri masuk ke dalam sebuah padang golf di Naples yang dikunjungi oleh Maradona.[28]

Selepas bercerai, Claudia menceburi kerjaya penerbit teater, dan Dalma pula mengejar impian berlakon di Actor's Studio di Los Angeles.[29][30]

Anak bongsunya, Giannina, kini bertunang dengan penyerang Atletico Madrid, Sergio Agüero. Anak lelakinya Diego Sinagra juga bermain bola sepak di Itali [31]

Penyalahgunaan dadah dan masalah kesihatan

sunting

Sejak pertengahan 1980-an hingga tahun 2004, Diego Maradona menagih kokaina. Beliau dikatakan mula menagihnya di Barcelona pada tahun 1983.[32] Ketika bermain untuk Napoli, beliau sudah begitu kerap menagih sehingga menjejaskan keupayaan bermain bola.[33]

Pada tahun-tahun selepas persaraannya, tahap kesihatannya makin meruncing. pada 4 Januari 2000, ketika bercuti di Punta del Este, Uruguay, Maradona dikejarkan ke bilik kecemasan klinik setempat. Dalam sidang akhbar, doktor menyatakan bahawa pihak mereka mengesan kerosakan otot jantung akibat "masalah kesihatan yang tersembunyi", kemudian didapat bahawa kesan kokaina ditemui dalam darahnya, sehingga Maradona terpaksa menjelaskan keadaannya kepada pihak polis. Selepas itu, beliau meninggalkan Argentina untuk ke Cuba untuk mengikuti rancangan pemulihan dadah.

Maradona cenderung menaikkan berat badan, dan semakin menderita akibat obesiti sejak berakhirnya kerjaya sebagai pemain bola sepak, sehingga terpaksa melalui pembedahan pintasan gastrik di sebuah klinik di Cartagena de Indias, Colombia pada 6 Mac 2005.[34] Sebaik sahaja Maradona kembali tampil di khalayak ramai sesudah itu, bentuk badannya kelihatan lebih kurus.[35]

Pada 18 April 2004, doktor melaporkan bahawa Maradona mengalami serangan jantung akibat penggunaan kokaina secara berlebihan; beliau dimasukkan ke dalam unit rawatan rapi di sebuah hospital di Buenos Aires, diikuti ramai peminatnya untuk menunggu berita. Beliau ditanggalkan alat pernafasan pada 23 April dan kekal dalam jagaan rawatan rapi sehingga dibenarkan keluar pada 29 April.

Pada 29 Mac 2007, Maradona sekali lagi dimasukkan ke hospital di Buenos Aires untuk menerima rawatan hepatitis dan kesan penyalahgunaan alkohol, lalu dilepaskan pada 11 April, namun dimasukkan semula dua hari kemudian.[36] Pada hari-hari berikutnya, tersebarnya desas-desus mengenai kesihatannya, termasuk tiga dakwaan palsu kematiannya dalam sebulan.[37] Setelah dipindahkan ke klinik psikiatri yang berkepakaran dalam masalah berkenaan alkohol, beliau dilepaskan pada 7 Mei.[38]

Pada 8 Mei 2007, Maradona muncul di TV Argentina untuk mengumumkan bahawa beliau telah berhenti meminum alkohol dan tidak pernah menggunakan dadah dalam masa dua tahun setengah.[39]

Masalah kewangan

sunting

Pada Mac 2009, pegawai Itali mengumumkan bahawa Maradona masih berhutang cukai 37 juta euro kepada kerajaan Itali; 23.5 juta daripadanya adalah faedah terkumpul pada hutang asalnya. Mereka melaporkan setakat masa itu, Maradona hanya menjelaskan 42,000 euro, dua utas jam tangan mewah dan sepasang subang.[40][41]

Kematian

sunting

Pada 2 November 2020, Maradona dikejarkan ke hospital di La Plata, kononnya atas sebab masalah jiwa. Seorang wakil beliau berkata bahawa sakitnya tidak tenat.[42] Sehari kemudian, beliau menjalani pembedahan otak kecemasan untuk merawat hematoma subdura.[43] Setelah pembedahan berjaya, beliau dibenarkan keluar pada 12 November di bawah pengawasan pegawai perubatan.[44][45] Pada 25 November 2020, pada umur 60 tahun, Maradona meninggal dunia akibat serangan jantung di kediaman beliau di Tigre, Buenos Aires, Argentina. Dalam satu kenyataan dalam media sosial, Persatuan Bola Sepak Argentina mengungkapkan rasa dukacita sekali atas pemergian seorang legenda kebangsaan di samping mengucapkan kata-kata mengenang jasa terhadap mendiang.[46] Presiden Argentina, Alberto Fernández mengumumkan tempoh berkabung seluruh negara selama tiga hari.[47]

Penghargaan

sunting

Kebangsaan

sunting

Individu

sunting
  • Bola Emas untuk Pemain Terbaik Piala Dunia B-20 FIFA: 1979
  • Argentine league Top Scorer: 1979, 1980, 1981
  • Argentine Football Writers' Footballer of the Year: 1979 — 1981, 1986
  • South American Footballer of the Year (El Mundo, Caracas):1979, 1986, 1989, 1990, 1992
  • Argentine Sports Writers' Sportsman of the Year: 1986
  • Golden Ball for Best Player of the FIFA World Cup: 1986
  • Best Footballer in the World (Once): 1986 — 1987
  • World Player of the Year (World Soccer Magazine): 1986
  • Serie A Top Scorer: 1987/1988
  • Golden Ball untuk khidmat kepada bola sepak (France Football): 1996
  • Argentine Sports Writers' Sportsman of the Century: 1999
  • "FIFA best football player of the century", people's choice: 2000
  • "FIFA Goal of the Century" (1986 (2–1) v. England; gol ke-2): 2002
  • Penghargaan pencapaian sepanjang hayat "Domingo Faustino Sarmiento" Senat Argentina: 2005

Kerjaya Jurulatih

sunting
  • Mandiyú de Corrientes (1994)
  • Racing Club de Avellaneda (1995)
  • Pasukan kebangsaan Argentina (2008–2010)

Rujukan

sunting
  1. ^ BBC - "cyber-blitz by Maradona fans in Internet Poll"
  2. ^ CNNSI - "Split decision: Pele, Maradona each win FIFA century awards after feud" Dicapai pada 30 Mei 2006
  3. ^ a b c d A SUMMARY OF MARADONA's LIFE www.vivadiego.com. Dicapai pada 18 Ogos 2006.
  4. ^ Five days with Diego Jason Bernard, news.bbc.co.uk, 30 April 2006. Dicapai pada 6 Ogos 2006.
  5. ^ "Diego Maradona leaves job in UAE after failing to secure automatic promotion". Sky Sports. 6 May 2018.
  6. ^ “Yes, Diego is with us!”. Dynamo Brest. Retrieved 23 July 2018
  7. ^ "Diego Maradona's 'rebirth' at coaching job at Mexican side Dorados". BBC. Dicapai pada 10 September 2018.
  8. ^ "¡Diego, bienvenido al Lobo!". Gimnasia y Esgrima de La Plata (dalam bahasa Spanish). 5 September 2019. Dicapai pada 6 September 2019.CS1 maint: unrecognized language (link)
  9. ^ The greatest rags-to-riches stories everJames Dart, Paul Doyle and Jon Hill, 12 April 2006. Diterima pada 18 Ogos 2006.
  10. ^ The Hand of God Dicapai pada 18 Ogos 2006.
  11. ^ Maradona's World Cup magic BBC Sport. Dicapai pada 18 Ogos 2006.
  12. ^ That's one hell of a diet, Diego8 Januari 2006. Guardian Newspapers Limited. Dicapai pada 13 Ogos 2006.
  13. ^ Maradona's fall from grace John May, 19 April, 2004, BBC Sport. Dicapai pada 18 Ogos 2006.
  14. ^ CNNSI - "The right way to cheat Pulling a fast one is sometimes part of the game" Dicapai pada 19 Mei 2006
  15. ^ Diego Maradona - Career History and Profle Diarkibkan 2009-03-30 di Wayback Machine Alan Hylands, about.com. Dicapai pada 16 Oktober 2007.
  16. ^ "Last-gasp Palermo wins it in the rain". ESPN. 2009-10-10. Dicapai pada 2009-10-15.
  17. ^ "Late winner puts Argentina in World Cup finals". CNN. 2009-10-14. Dicapai pada 2009-10-15.
  18. ^ World Cup 2010 (2009-10-15). "Diego Maradona Tells Press To 'Suck It' After Argentina Triumph Over Uruguay". Goal.com. Dicapai pada 2010-06-12.
  19. ^ "Maradona hit with two-month ban". London: BBC Sport. 15 November 2009. Dicapai pada 2009-11-15.
  20. ^ "Argentina 1–0 Nigeria". BBC Sport. 2010-06-12. Dicapai pada 2010-06-17.
  21. ^ "Argentina 4–1 South Korea". BBC Sport. 2010-06-17. Dicapai pada 2010-06-17.
  22. ^ "Maradona's men in top spot". ESPN Soccernet. 2009-06-22. Dicapai pada 2010-06-23.
  23. ^ "Germany Shows Its Strength". New York Times. 2010-06-03. Dicapai pada 2010-06-04.
  24. ^ "Argentina to offer Diego Maradona new four-year deal". BBC Sport. 2010-07-15. Dicapai pada 2010-07-15.
  25. ^ "Diego Maradona departs as manager of Argentina". The Guardian. 2010-07-27. Dicapai pada 2010-07-27.
  26. ^ La Liga (2009-02-19). "Diego Maradona Becomes A Grandfather As Sergio Aguero Junior Is Born". Goal.com. Dicapai pada 2010-06-12.
  27. ^ ESPN Deportes – "Llega en son de paz" Diterima pada 19 Mei 2006
  28. ^ ESPN Deportes – "El amor al ídolo" Last retrieved May 19, 2006
  29. ^ Clarin.com – "Había una vez... un elenco para la selección" Diterima pada 19 Mei 2006
  30. ^ Clarin.com – "Dalma Maradona: diario de una princesa" Diterima pada 19 Mei 2006
  31. ^ "Diego Sinagra". Resport.it. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-10-06. Dicapai pada 2010-06-12.
  32. ^ Maradona's fall from grace John May, 19 April 2004, BBC Sport. Diterima pada 18 Ogos 2006.
  33. ^ "The New York Times: SOCCER; Maradona Sentenced". 1991-19-09. Check date values in: |date= (bantuan)
  34. ^ "Maradona has surgery on stomach". BBC online. Dicapai pada 28 June 2010.
  35. ^ Associated Press. "Maradona's gastric bypass inspires obese Colombians". ESPN.com. Dicapai pada 28 June 2010.
  36. ^ "Maradona back in hospital"[pautan mati kekal] – Sky Sports
  37. ^ "Malas lenguas"Diario Olé (Sepanyol)
  38. ^ "Maradona leaves alcoholism clinic". BBC News. 7 May 2007. Dicapai pada 1 April 2010.
  39. ^ "Maradona says he no longer drinks" – ESPNsoccernet
  40. ^ Police seize Maradona's earrings BBC News, 19 September 2009
  41. ^ Maradona Still Owes 37 million Euros Yahoo News, 28 Mac 2009
  42. ^ Rey, Deborah; McStay, Kirsten (3 November 2020). "Football legend Diego Maradona admitted to hospital with signs of depression". Daily Record (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 3 November 2020.
  43. ^ "Argentina great Maradona to have emergency brain surgery". ESPN. 3 November 2020. Dicapai pada 3 November 2020.
  44. ^ CNN, Tatiana Arias and Hugo Correa. "Diego Maradona discharged from clinic following successful brain surgery". CNN. Dicapai pada 12 November 2020.
  45. ^ "Diego Maradona dies aged 60". The Independent (dalam bahasa Inggeris). 2020-11-25. Dicapai pada 2020-11-25.
  46. ^ "Diego Maradona: Argentina legend dies aged 60". BBC News. Dicapai pada 25 November 2020.
  47. ^ Ben Church (November 25, 2020). "Diego Maradona dies aged 60". CNN. Dicapai pada November 25, 2020.

Pautan luar

sunting
Anugerah
Didahului oleh
  Mario Kempes
South American Footballer of the Year
1979, 1980
Diikuti oleh:
  Zico
Didahului oleh
  Daniel Martinazzo
Olimpia de Oro
1979
Diikuti oleh:
  Sergio Víctor Palma
Didahului oleh
  Michel Platini
World Soccer Player of the Year
1986
Diikuti oleh:
  Ruud Gullit
Didahului oleh
  Paolo Rossi
FIFA World Cup Golden Ball
1986
Diikuti oleh:
  Lothar Matthäus
Didahului oleh
  Karl-Heinz Rummenigge
FIFA World Cup Silver Boot
1986
Diikuti oleh:
  Tomáš Skuhravý
Didahului oleh
  Steve Cram
United Press International
Athlete of the Year

1986
Diikuti oleh:
  Ben Johnson
Didahului oleh
  Hugo Porta
Olimpia de Oro
1986
Diikuti oleh:
  Gabriela Sabatini
Kedudukan sukan
Didahului oleh
  Dino Zoff
(Itali)
Piala Dunia FIFA
Kapten juara

1986
Diikuti oleh:
  Lothar Matthäus
(Jerman Barat)
Didahului oleh
Pietro Paolo Virdis
Jaringan terbanyak Serie A
1987-88
Diikuti oleh:
Aldo Serena
  NODES
HOME 2
Intern 4
iOS 1
mac 9
os 47