Dunia (Jawi: دنيا serapan Arab: دُنْيَا, rumi: dunyā terbitan kata kerja دَنَاdanā "mendekati; menghampiri; merapati"[2] dari akar d-n-w د ن و ditafsirkan sebagai "apa yang didekatkan"[3]) atau loka (Jawi: لوک serapan Sanskrit: लोक, rumi: loka "ruang bebas...lingkungan"[4]) ialah nama am untuk seluruh tamadun manusia, secara tertentu pengalaman manusia, sejarah, atau keadaan manusia pada umumnya mana-mana di Bumi (yakni sedunia).[5]

Fotograf Bumi "Guli Biru", diambil dari Apollo 17.
Bendera Pertubuhan Kesihatan Sedunia menggabungkan peta dunia moden (unjuran sama jarak azimut) dengan Batang Asclepius, pada asalnya lambang paksi dunia.[1]

Dalam konteks falsafah, dunia mungkin merujuk:

  1. seluruh alam semesta fizikal, atau
  2. dunia ontologi (lihat pendedahan dunia).

Dalam konteks teologi, dunia biasanya merujuk benda atau sfera duniawi, bertentangan dengan samawi, rohaniah, unggul atau suci. "Penghujung dunia" merujuk senario penamat terakhir sejarah manusia, kerap dalam konteks agama.

Sejarah dunia biasanya difahami sebagai perkembangan geopolitik utama berlangsung selama kira-kira lima ribu tahun, dari tamadun pertama sehingga kini.

Penduduk dunia ialah jumlah semua penduduk manusia pada bila-bila masa; yang serupa, ekonomi dunia ialah jumlah ekonomi semua masyarakat (semua negara), terutamanya dalam konteks pengglobalan. Istilah seperti kejuaraan dunia, keluaran dunia kasar, bendera dunia dll. mungkin melibatkan jumlah atau gabungan semua negara berdaulat semasa.

Dalam istilah seperti agama dunia, bahasa dunia, dan perang dunia, dunia mencadangkan ruang lingkup antarabangsa atau antara benua tanpa memerlukan penglibatan seluruh dunia.

Dalam istilah seperti peta dunia dan iklim dunia, dunia digunakan dalam erti berasingan daripada budaya atau tamadun manusia, merujuk planet Bumi secara fizikal.

Lihat juga

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ Jean Chevalier and Alain Gheerbrandt. The Penguin Dictionary of Symbols. Editions Robert Lafont S. A. et Editions Jupiter: Paris, 1982. Penguin Books: London, 1996. pp.142-145
  2. ^ Abd. Rauf Dato' Haji Hassan; Abdul Halim Salleh; Khairul Amin Mohd Zain (2005). Kamus Bahasa Melayu-Bahasa Arab Bahasa Arab-Bahasa Melayu. Shah Alam: Oxford Fajar. m/s. 144. ISBN 967-65-7321-3.
  3. ^ Syed Muhammad Naquib al-Attas (1978). Islam and Secularism. Institut Pemikiran dan Tamadun Islam Antarabangsa.
  4. ^ Monier-Williams, Monier (1981). A Sanskrit-English Dictionary. Delhi, Varanasi, Patna: Motilal Banarsidass. m/s. 906. - melalui Edi Sedyawati dkk. (1994). Kosakata Bahasa Sanskerta dalam Bahasa Melayu Masa Kini. Jakarta, Indonesia: Pusat Pembinaan dan Pengembangan Bahasa Departemen Pendidikan dan Kebudayaan Republik Indonesia. m/s. 106–7.
  5. ^ Merriam-webster.com

Pautan luar

sunting
  NODES