Dalam bidang bahasa, penyelitan (Jawi: ڤڽليتن), selitan bunyi (Jawi: سليتن بوڽي) atau epentesis (Jawi: ايڤينتيسيس) ialah penyisipan atau penyelitan sesuatu huruf atau bunyi ke dalam sesuatu perkataan tanpa mengubah maknanya.[1] Perkataan epentesis berasal daripada bahasa Inggeris yang berasal pula daripada bahasa Yunani Kuno iaitu perkataan epi- ‘penambahan’, en- ‘dalam’ dan thesis ‘memasukkan’. Epentesis boleh berlaku dalam pelbagai bahasa sama ada penambahan vokal atau penambahan konsonan atas sebab tertentu.

Epentesis dalam bahasa Melayu

sunting

Epetensis berlaku dalam bahasa Melayu disebabkan faktor:

Pengimbuhan kata kerja ekasuku

sunting

Apabila kata kerja yang hanya mempunyai satu suku kata diimbuhkan, vokal E pepet [ə] akan diselitkan.[2][3] Misalnya:

  • meN- + pam → mengepam
  • meN- + bom → mengebom
  • peN- + cat → pengecat

Memisahkan gugus konsonan

sunting

Kata pinjaman yang dipinjamkan lebih awal kebiasaannya akan berlaku epentesis vokal E pepet [ə], sekiranya terdapat gugus konsonan dalam perkataan asal. Hal ini berlaku agar dapat disesuaikan dengan lidah orang Melayu ketika itu.[4] Misalnya:

  • class → kelas
  • glass → gelas
  • club → kelab
  • stamp → setem

Berlaku juga penambahan vokal a [a] sekiranya gugus konsonan berada di belakang perkataan,[5] misalnya:

  • fact → fakta
  • chart → carta
  • lens → lensa

Mengindahkan Pengucapan

sunting

Penyisipan bunyi juga berlaku akibat interaksi artikulasi yang bertujuan untuk memperindahkan ucapan.[6] Misalnya:

  • sentiasa → senantiasa
  • gantung → gumantung
  • bulan → rembulan

Rujukan

sunting

Bacaan lanjut

sunting
  • Zaharani Ahmad (1994). Epentesis schwa dalam bahasa Melayu: Suatu analisis fonologi non-linear. Jurnal Dewan Bahasa 38(8), 676-689.
  NODES