Euro

mata wang rasmi beberapa negara EU

Euro (simbol: €; kod perbankan: EUR) merupakan mata wang rasmi di negara-negara zon euro iaitu Austria, Belanda, Belgium, Croatia, Cyprus, Estonia, Finland, Ireland, Itali, Jerman, Latvia, Lithuania, Luxembourg, Malta, Perancis, Portugal, Slovakia, Slovenia, Sepanyol dan Yunani. Lithuania menerima pakai euro sebagai mata wang rasmi menggantikan matawang litas yang sebelumnya pada 1 Januari 2015.[1] Euro merupakan mata wang tunggal untuk 320 juta warga Eropah. Dengan jumlah edaran sebanyak €610 bilion pada Disember 2006, euro merupakan mata wang yang mempunyai nilai tergabung yang tertinggi di dunia, melebihi dolar AS.[2]

Euro
EURO (Abjad Latin)
ΕΥΡΩ (Abjad Yunani)
Wang kertas euro[note 1]Syiling diantara wang kertas
ISO 4217
KodEUR (num. 978)
Jenis mata wang
Subunit
 1/100Sen
pengunaan sebenar bergantung kepada bahasa tempatan
SenSee article
Simbol
Wang kertas
 Kerap digunakan€5, €10, €20, €50, €100
 Jarang digunakan€200, €500
Syiling
 Kerap digunakan
1, 2, 5, 10, 20, 50 sen, €1, €2
melainkan pengunaan yang jarang itu dinyatakan
 Jarang digunakan
1 dan 2 sen
(seperti di Finland, Belanda dan Belgium)
Demografi
Pengguna rasmi
Pengguna tidak rasmi

Akrotiri dan Dhekelia
 Kosovo
 Montenegro
Pengeluaran
Bank Pusat Eropah
 Tapak web
www.ecb.int
Pihak pencetak
 Tapak web
Penilaian
Inflasi
3.0%
 SumberEuropean Central Bank, Disember 2007
 KaedahHICP
sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Euro diperkenalkan kepada pasaran dunia pada tahun 1999 sebagai mata wang perakaunan dan mula digunakan secara fizikal (iaitu sebagai syiling dan wang kertas) pada 1 Januari 2002 menggantikan Unit Mata Wang Eropah yang terdahulu pada kadar 1:1.

Euro diurus dan dikawal oleh Bank Pusat Eropah (ECB), yang beribu pejabat di Frankfurt, dan Sistem Bank-bank Pusat Eropah (ESCB) yang terdiri daripada bank pusat setiap negara ahli zon euro. ECB mempunyai kuasa tunggal menentukan dasar mata wang, manakala ESCB membantu dalam mencetak, mengilang dan mengagihkan kertas wang dan syiling di setiap negara ahli, serta operasi segala sistem pembayaran zon euro.

Meskipun setiap negara ahli Kesatuan Eropah (EU) layak menyertai zon euro jika memenuhi beberapa permintaan kewangan, tidak semua ahli EU menggunakan mata wang ini. Setiap negara yang memeterai Perjanjian Maastricht 1993 telah berjanji untuk menggunakan euro pada suatu masa tertentu; namun United Kingdom dan Denmark enggan menyertai zon euro.[3] Sweden menolak penggunaan euro melalui sebuah referendum pada 2003, serta sengaja tidak memenuhi permintaan kewangan supaya tidak layak menyertai zon euro. Negara-negara Eropah yang bersaiz kecil iaitu Andorra, Kota Vatikan, Monaco dan San Marino yang bukan ahli EU menggunakan euro kerana mempunyai kesatuan mata wang dengan negara yang menyertai zon euro. Montenegro dan Kosovo juga menggunakan euro walaupun bukan ahli EU. Liechtenstein, sebuah negara kecil, terus menggunakan franc Switzerland.

Ciri-ciri

sunting

Syiling dan kertas wang

sunting

Satu euro dibahagikan kepada 100 sen (juga dipanggil eurocent untuk membezakannya daripada cent/sen mata wang lain). Setiap syling euro mempunai sisi sepunya yang menunjukkan nilai, dengan peta Eropah di latar belakang. Sisi negara di setiap syiling menunjukkan imej yang dipilih khusus untuk setiap negara yang mengeluarkan syiling itu. Syiling dari sesebuah negara boleh digunakan di mana-mana negara lain yang juga menggunakan euro.

Syiling euro termasuk €2, €1, €0.50, €0.20, €0.10, €0.05, €0.02 dan €0.01. Di Belanda dan Finland, di mana urus niaga dibulatkan kepada 5 sen terdekat, €0.02 dan €0.01 tidak digunakan, walaupun syiling kedua-dua nilai itu kekal sebagai wang sah.

Syiling peringatan yang bernilai €2 dengan sisi negara yang diubah pernah dikeluarkan - misalnya syiling yang dikeluarkan Yunani semasa Sukan Olimpik Musim Panas 2004 di kota Athens. Syiling €2 ini masih merupakan wang sah di setiap negara kawasan euro. Syiling peringatan lain juga pernah dikeluarkan, tetapi bukan untuk peredaran, dan hanya merupakan wang sah di negara pengeluar syiling tersebut.

Setiap kertas wang euro mempunyai sisi sepunya bagi setiap nilai di kedua-dua sisi. Kertas wang euro termasuk €500, €200, €100, €50, €20, €10 dan €5. Seni reka bagi setiap kertas wang melakarkan tema seni bina Eropah pada zaman tertentu. Kertas wang nilai tinggi seperti €500 tidak dikeluarkan di beberapa negara, namun masih merupakan wang sah di seluruh zon euro.

Walaupun wang kertas Euro dikeluarkan oleh beberapa negara, setiap helaian mempunyai rupa yang sama di mana ia boleh dipakai dari sebuah negara ke sebuah negara yang lain.

Nombor siri

sunting

Walaupun wang kertas Euro rupanya sama, tetapi ada juga perbezaan kecil, iaitu nombor sirinya, sehingga boleh diketahui asalnya wang itu dihasilkan di mana.

Simbol mata wang

sunting
 

Simbol mata wang euro khas (€) dipilih melalui tinjauan pendangan awam dan pemilihan oleh Suruhanjaya Eropah. Simbol yang menang direka oleh Alain Billiet dari Belgium.

Simbol itu dijelaskan oleh Suruhanjaya Eropah sebagai "gabungan huruf epsilon bahasa Yunani, iaitu tanda berat tamadun Eropah, serta 'E' untuk Eropah; dan garis-garis selari yang melambangkan kestabilan euro".

Kesatuan ekonomi dan kewangan Eropah

sunting

Sejarah (1990-2008)

sunting

Mata wang euro dicipta melalui cadangan Perjanjian Masstricht 1992. Bagi menyertai penggunaan mata wang baru ini, negara-negara ahli diwajibkan memenuhi beberapa kriteria tetap seperti defisit belanjawan kurang daripada tiga peratus daripada KDNK negara itu, nisbah hutang kurang daripada 60 peratus daripada KDNK, inflasi rendah, kadar bunga yang hampir sama dengan purata EU. Dalam Perjanjian Maastricht, United Kingdom dan Denmark dikecualikan dalam proses menerima mata wang euro.

Oleh sebab negara-negara ahli mempunyai cara membulatkan jumlah wang yang berbeza, setiap pertukaran antara mata wang tempatan perlu dilakukan menggunakan proses penyegitigaan melalui euro. Nilai euro definitif (iaitu kadar pertukaran apabila negara ahli mula menggunakan euro) ditunjukkan dalam jadual.

Matawang kebangsaan dahulu negara-negara Euro
Matawang Kadar Ditetapkan pada Berkuatkuasa
  Schilling ATS &&&&&&&&&&&&&013.76030013.7603 31 Disember 1998 2002
  Franc BEF &&&&&&&&&&&&&040.33990040.3399 31 Disember 1998 2002
  Gulden NLG &&&&&&&&&&&&&&02.2037102.20371 31 Disember 1998 2002
  Markka FIM &&&&&&&&&&&&&&05.9457305.94573 31 Disember 1998 2002
  Franc FRF &&&&&&&&&&&&&&06.5595706.55957 31 Disember 1998 2002
  Mark DEM &&&&&&&&&&&&&&01.9558301.95583 31 Disember 1998 2002
  Paun Ireland IEP &&&&&&&&&&&&&&00.7875640.787564 31 Disember 1998 2002
  Lira ITL 0Ralat ungkapan: Aksara tanda baca "," tidak dikenali.Ralat ungkapan: Aksara tanda baca "," tidak dikenali1,936.27 31 Disember 1998 2002
  Franc LUF &&&&&&&&&&&&&040.33990040.3399 31 Disember 1998 2002
  Franc MCF &&&&&&&&&&&&&&06.5595706.55957 31 Disember 1998 2002
  Escudo Portugis PTE &&&&&&&&&&&&0200.482000200.482 31 Disember 1998 2002
  Lira SML 0Ralat ungkapan: Aksara tanda baca "," tidak dikenali.Ralat ungkapan: Aksara tanda baca "," tidak dikenali1,936.27 31 Disember 1998 2002
  Peseta ESP &&&&&&&&&&&&0166.386000166.386 31 Disember 1998 2002
  Lira VAL 0Ralat ungkapan: Aksara tanda baca "," tidak dikenali.Ralat ungkapan: Aksara tanda baca "," tidak dikenali1,936.27 31 Disember 1998 2002
  Drachma GRD &&&&&&&&&&&&0340.750000340.750 19 Jun 2000 2002
  Tolar Slovenia SIT &&&&&&&&&&&&0239.640000239.640 11 Julai 2006 2007
  Paun Cyprus CYP &&&&&&&&&&&&&&00.5852740.585274 10 Julai 2007 2008
  Lira MTL &&&&&&&&&&&&&&00.4293000.429300 10 Julai 2007 2008
  Koruna SKK &&&&&&&&&&&&&030.12600030.1260 8 Julai 2008 2009
  Kroon EEK &&&&&&&&&&&&&015.64660015.6466 13 Julai 2010 2011
  Lat Latvia LVL 0Ralat ungkapan: Aksara tanda baca "," tidak dikenali.Ralat ungkapan: Aksara tanda baca "," tidak dikenali0,702,804 9 Julai 2013 2014
  Litas Lithuania LTL &&&&&&&&&&&&&&03.4528003.45280 23 Julai 2014 2015
  Kuna Croatia HRK &&&&&&&&&&&&&&07.5345007.53450 9 Julai 2022 2023

Kadar-kadar tersebut ditentukan oleh Majlis Kesatuan Eropah, berdasarkan cadangan Suruhanjaya Eropah berdasarkan kadar pasaran pada 31 Disember 1998, supaya satu Unit Mata Wang Eropah (ECU) sama dengan satu euro. Kadar tersebut tidak boleh ditentukan pada masa lebih awal, kerana ECU bergantung kepada kadar pertukaran tutupan untuk mata wang bukan euro (utamanya Paun Sterling) hari itu.

Prosedur yang digunakan untuk menentukan kadar pertukaran antara drachma Yunani dan euro berbeza. Kadar pertukaran euro dengan mata wang lain ditentukan hanya beberapa jam sebelum euro digunakan, manakala kadar pertukaran antara euro dan drachma sudah ditetapkan beberapa bulan sebelum euro diperkenalkan di Yunani pada 9 Jun 2000.

Mata wang euro diperkenalkan dalam bentuk bukan fizikal (iaitu dalam bentuk cek pengunjung, pemindahan elektronik, perbankan dan lain-lain) pada tengah malam 1 Januari 1999. Pada masa itu, kadar pertukaran antara mata wang tempatan negara-negara ahli dengan euro mula ditetapkan secara kekal. Kertas wang dan syiling mata wang lama itu terus menjadi wang sah, sehingga kertas wang dan syiling euro baru diperkenalkan pada 1 Januari 2002.

Zon euro

sunting
Rencana utama: Zon euro
 
Euro 2023

Euro merupakan mata wang tunggal di Austria, Belgium, Croatia, Cyprus, Estonia, Finland, Perancis, Jerman, Greece, Ireland, Itali, Latvia, Lithuania, Luxembourg, Malta, Belanda, Portugal, Slovakia, Slovenia and Sepanyol. 19 negara ini dikenali sebagai "zon euro". Di luar benua Eropah, euro merupakan wang sah di jajahan Perancis, iaitu Guiana Perancis, Réunion, Saint Pierre dan Miquelon, Guadeloupe, Martinique, Saint-Barthélemy, Saint Martin, Mayotte, Pulau Clipperton dan Tanah Selatan dan Antartika Perancis; wilayah autonomi Portugal Azores dan Madeira; dan Kepulauan Canary Sepanyol.

  • Melalui perjanjian dua hala, Andorra, Monaco, San Marino dan Kota Vatikan mengilang syiling sendiri untuk Bank Pusat Eropah. Namun, jumlah syiling yang dikilang bagi negara-negara tersebut terhad.
  • Meskipun United Kingdom dan Denmark tidak menggunakan euro, mata wang itu turut diterima di negara-negara tersebut. Switzerland juga menerima euro.
  1. ^ Wang €100 dan €200 daripada siri Europa akan mular diedarkan pada 28 Mei 2019, Wang €500 dihentikan

Rujukan

sunting
  1. ^ "ECB: Lithuania (2015)". Dicapai pada 12 September 2014.
  2. ^ Atkins, Ralph (27 Dismeber 2006). "Euro notes cash in to overtake dollar". Financial Times. Dicapai pada 4 April 2007. Check date values in: |date= (bantuan)
  3. ^ "The €uro: Our Currency". Economic and Financial Affairs. Dicapai pada 5 April 2007.

Pautan luar

sunting
  NODES
Done 1
jung 3
jung 3
see 2