Facebook ialah sebuah tapak web rangkaian sosial yang dikendali dan dimiliki secara persendirian oleh Facebook, Inc. (kini Meta Platforms). Sejak 2006, sesiapa yang berumur 13 tahun ke atas dan memiliki alamat e-mel yang sah boleh menjadi pengguna Facebook. Facebook lebih menyasarkan golongan belia berbanding dewasa. Pengguna boleh menambah rakan serangkai dan saling menghantar pesanan, serta mengemaskini profil peribadi mereka sebagai makluman kepada rakan-rakan. Selain itu, pengguna juga boleh menyertai rangkaian yang dianjurkan oleh tempat kerja, sekolah, atau kolej. Nama Facebook berasal daripada timangan yang digunakan untuk buku-buku yang diserahkan oleh pihak pentadbiran universiti kepada para penuntut pada permulaan tahun akademik di Amerika Syarikat dengan tujuan membantu penuntut saling mengenali (bahasa Inggeris: face book, "buku muka").[3]

Facebook
Fail:Screen of Facebook.PNG
Tapak web
Maklumat umum
URLhttps://www.facebook.com
Eponimbuku wajah Sunting nilai ini di Wikidata
SingkatanFB Sunting nilai ini di Wikidata
JenisPerkhidmatan rangkaian sosial Sunting nilai ini di Wikidata
Tersedia dalamBerbilang bahasa (70)
Ditubuhkan04 Februari 2004; 20 tahun yang lalu (2004-02-04)
Pengurusan dan pentadbiran
PemilikMeta Platforms
PenciptaMark Zuckerberg Sunting nilai ini di Wikidata
PengasasMark Zuckerberg, Eduardo Saverin, Dustin Moskovitz dan Chris Hughes Sunting nilai ini di Wikidata
Kandungan dan sokongan
PerkhidmatanRangkaian sosial
PendaftaranDiperlukan
Pengguna03 bilion
Status terkiniaktif
Pelantar disokongIOS dan Android Sunting nilai ini di Wikidata
Ditulis dalamPHP Sunting nilai ini di Wikidata
Perangkaan
Kedudukan Alexa3 (7 November 2017)
3 (20 November 2017)
5 (2 Oktober 2019)
3 (16 Mei 2019)
3 (23 Oktober 2017) Sunting nilai ini di Wikidata
Anugerah
–  Verschlossene Auster (2016) Sunting nilai ini di Wikidata
Pautan luar berkaitan
Blog rasmi
Pautan lainFacebook: facebook Twitter: FacebookApp Instagram: facebook Youtube: UCcr9tciZbuvJrEVAgIXCp8Q Youtube: facebookapp Sunting ini di Wikidata
Catatan
[1] [2]
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Facebook diasaskan oleh Mark Zuckerberg bersama teman-teman sebiliknya dan rakan-rakan sekursus sains komputer Andrew McCollum, Eduardo Saverin, Dustin Moskovitz dan Chris Hughes. Pada mulanya, keahlian tapak web ini terhad kepada penuntut Universiti Harvard, tetapi kemudian beransur-ansur diperluaskan kepada kolej-kolej lain di kawasan Universiti Boston, Liga Ivy, dan Universiti Stanford. Selepas itu, Facebook berkembang lagi untuk merangkumi mana-mana pelajar universiti, kemudian pelajar sekolah tinggi, dan akhirnya, sesiapa sahaja yang berumur 13 ke atas. Kini, tapak web ini dianggotai oleh lebih 400 juta pengguna aktif seluruh dunia.

Konsep asal Facebook dipinjam dari hasil keluaran Akademi Phillips Exeter, sebuah sekolah persediaan yang pernah dihadiri oleh Zuckerberg, yang menerbitkan dan mengedarkan manual bercetak untuk semua pelajar dan fakulti selama berpuluh-puluh tahun, iaitu "face book".

Facebook juga berdepan dengan kontroversi. Mula-mulanya, ia pernah disekat secara sementara di beberapa negara termasuk Syria, China, Vietnam, dan Iran. Facebook juga dilarang di kebanyakan tempat kerja untuk menghindarkan para pekerja daripada membuang masa bersama perkhidmatannya.

Satu lagi isu adalah para pengguna Facebook dicabuli privasi mereka beberapa kali. Facebook pernah menjelaskan tuntutan mahkamah mengenai kod sumber dan harta intelek. Tapak web ini juga pernah terlibat dalam kontroversi penjualan peminat dan rakan-rakan.

Sejarah

sunting

Facemash

sunting
 
Mark Zuckerberg mencipta Facebook di dalam bilik asramanya di Harvard.

Mark Zuckerberg mencipta Facemash pada 28 Oktober 2003, sebagai pelajar tahun dua di Universiti Harvard. Pada malam itu, Zuckerberg memblogkan cubaan melupakan gadis yang baru meninggalkannya:[4][5][6]

I'm a little intoxicated, not gonna lie. So what if it's not even 10 p.m. and it's a Tuesday night? What? The Kirkland [dorm] facebook is open on my desktop and some of these people have pretty horrendous facebook pics. I almost want to put some of these faces next to pictures of farm animals and have people vote on which is more attractive.
(Aku rasa mabuk sedikit, tak nak bohong. Buat apa kalau belum pukul 10 pada malam Selasa? Apa? Buku muka asrama Kirkland dibuka dalam desktop aku, ada mereka yang buruk sangat gambar buku dia. Aku rasa nak letakkan beberapa muka-muka mereka sebelah gambar haiwan ladang dan jemput orang ramai untuk mengundi gambar mana paling menarik.)

— 9:48 malam

Yea, it's on. I'm not exactly sure how the farm animals are going to fit into this whole thing (you can't really ever be sure with farm animals...), but I like the idea of comparing two people together.
(Ya, dah naik. Entahlah bagaimana untuk memasukkan haiwan-haiwan ladang ini ke dalam semua ini, tapi baguslah idea membanding-bandingkan dua orang.)

— 11:09 malam

Let the hacking begin.
(Ayuh kita mula menggodam.)

— 12:58 tengah malam

Menurut akhbar universiti The Harvard Crimson, Facemash "menggunakan gambar-gambar foto yang dihimpunkan dari "buku muka" (face book) atas talian dari sembilan asrama, meletakkan dua gambar bersebelahan sekali lalu meminta para pengguna untuk memilih orang mana yang 'lebih menawan' (hot)". Untuk melakukan demikian, Zuckerberg menggodam kawasan terlindung dalam rangkaian komputer Harvard lalu menyalin gambar-gambar ID asrama yang sulit dari setiap rumah.

Ketika itu, Harvard tiada buku panduan pelajar yang diisi gambar dan maklumat asas, dan Facemash berjaya menjana 450 pelawat dan 22,000 tontonan foto sepanjang empat jam terawalnya dalam talian.[7] Ciri-ciri Facemash yang mencerminkan komuniti fizikal orang ramai, dengan identiti sebenar sekali, merupakan aspek-aspek terpenting untuk Facebook.[8]

Tapak web berkenaan dikirimkan ke beberapa pelayan senarai kumpulan kampus, tetapi beberapa hari kemudian, ia ditutup oleh pihak pentadbiran Harvard. Zuckerberg didakwa mencabuli keselamatan, hak cipta, dan privasi individu oleh pihak pentadbiran universiti, sehingga menghadapi hukuman buang sekolah, tetapi akhirnya tuduhan-tuduhan tersebut digugurkan.[9]

Kemudian, Zuckerberg memperluaskan projek asal ini dengan mencipta alat pembelajaran sosial sebagai persediaan peperiksaan akhir sejarah kesenian dengan memuat naik 500 imej zaman Augustus ke dalam sebuah tapak web, dengan satu gambar sehalaman diiringi seksyen komen.[8] Beliau membuka tapak tersebut kepada rakan-rakan sekelasnya, dan mereka semua mula berkongsi catatan.

Thefacebook

sunting

Pada penggal berikutnya, Zuckerberg mula menulis kod untuk sebuah laman web baru pada Januari 2004. Beliau mengakui dirinya diilhamkan oleh editorial dalam senaskhah The Harvard Crimson mengenai peristiwa Facemash. "Jelas sekali bahawa teknologi yang diperlukan untuk mencipta tapak web yang terpusat sudah tersedia," kata-kata yang tertera dalam akhbar tersebut. "Banyak sekali faedahnya."[4] On February 4, 2004, Zuckerberg launched "Thefacebook", originally located at thefacebook.com.[10] "Semua orang hangat memperkatakan face book kegunaan sejagat dalam Harvard," Zuckerberg memaklumkan The Harvard Crimson. "Saya rasa adalah tidak masuk akal bagi pihak Universiti untuk memakan masa dua tahun untuk membiasakan diri. Saya boleh melakukannya dengan lebih baik daripada mereka, dan saya mampu melakukannya dalam seminggu."[11]

Enam hari selepas laman itu dilancarkan, tiga pelajar senior Harvard, iaitu Cameron Winklevoss, Tyler Winklevoss, dan Divya Narendra, menuduh Zuckerberg sengaja memperdaya mereka dengan kepercayaan bahawa beliau akan membantu mereka membina rangkaian sosial bernama HarvardConnection.com, padahal beliau sebenarnya menggunakan gagasan mereka bertiga untuk menghasilkan produk pesaing.[12]

Mereka bertiga mengadu kepada Harvard Crimson agar melakukan siasatan. Zuckerberg menggunakan tapak webnya, TheFacebook.com, untuk mencari ahli-ahli tapak web yang memperkenalkan diri sebagai ahli-ahli Crimson, kemudian menyemak daftar kegagalan log masuk untuk melihat sama ada adanya ahli-ahli Crimson yang pernah memasukkan kata laluan yang salah ke dalam TheFacebook.com. Bagi yang melakukan cubaan log masuk yang gagal, Zuckerberg cuba menggunakan kata laluan berkenaan untuk mencapai akaun emel Harvard ahli-ahli Crimson itu, lalu berjaya menuduh dua daripada mereka.[12] Kemudian, adik-beradik Winklevoss dan Narendra memfailkan tuntutan mahkamah terhadap Zuckerberg, tetapi kemudian menyelesaikannya secara damai.[13]

Keahlian TheFacebook.com pada mulanya terhad kepada pelajar Kolej Harvard, dan dalam sebulan pertama, lebih separuh jumlah mahasiswa Harvard berdaftar dengan perkhidmatan ini.[14] Kemudian, Zuckerberg disertai oleh Eduardo Saverin (aspek perniagaan), Dustin Moskovitz (pengaturcara), Andrew McCollum (pereka grafik), dan Chris Hughes untuk mempromosikan tapak web ini. Pada Mac 2004, Facebook diperluaskan ke universiti-universiti Stanford, Columbia, dan Yale.[15] Perluasannya berterusan dengan pembukaannya ke seluruh maktab pengajian tinggi bertaraf Liga Ivy dan di kawasan Boston, diikuti hampir semua universiti di Kanada dan Amerika Syarikat.[16] Facebook diperbadankan pada pertengahan tahun 2004, dan usahawan Sean Parker yang selama ini menjadi penasihat tak rasmi Zuckerberg, menjadi presiden syarikatnya.[17] Pada Jun 2004, Facebook memindahkan tapak operasinya ke Palo Alto, California.[15] Perkataan The digugurkan dari namanya setelah nama domain facebook.com dibeli dengan harga $200,000 pada tahun 2005.[18]

Facebook melancarkan versi sekolah tinggi pada September 2005, sebagai apa yang diperkatakan oleh Zuckerberg sebagai langkah logik seterusnya.[19] Ketika itu, rangkaian sekolah tinggi memerlukan jemputan untuk menyertainya.[20] Facebook kemudian meluaskan kelayakan keahliannya kepada para kakitangan beberapa syarikat, termasuk Apple Inc. dan Microsoft.[21] Akhirnya pada 26 September 2006, Facebook dibuka kepada semua yang berumur 13 tahun ke atas dengan alamat e-mel yang sah.[22][23]

Facebook

sunting
 
Logo Facebook (2019-2023)
 
Icon Facebook (2019-2023)

Pengguna boleh mencipta profil dengan gambar, senarai kegemaran peribadi, maklumat hubungan dan lain-lain. Perhubungan dengan rakan-rakan dan pengguna lain boleh dilakukan melalui mesej peribadi atau awam atau ciri sembang. Pengguna juga boleh mencipta dan menyertai kumpulan minat dan "laman suka" (dahulunya "laman peminat" sehingga 19 April 2010), sesetengahnya dijadikan alat pengiklanan oleh pertubuhan luar. To allay concerns about privacy, Facebook enables users to choose their own privacy settings and choose who can see what parts of their profile.

Laman web ini adalah percuma kepada semua pengguna, dan menjana pendapatan dari pengiklanan, seperti iklan sepanduk. Pemaparan data profil terperinci adalah terhad kepada para pengguna sama rangkaian dan mengikut "batasan komuniti yang berpatutan" melainkan ditetapkan sebaliknya.

4 Oktober 2021, gangguan layanan global

sunting
 
Jumlah trafik untuk perkhidmatan Facebook pada 4 Oktober 2021 menunjukkan penurunan mendadak semasa gangguan global.

Pada 4 Oktober 2021, Facebook mengalami gangguan terburuk sejak tahun 2008. Gangguan tersebut bersifat global, dan melumpuhkan semua platform Facebook, termasuk Instagram dan WhatsApp, dari sekitar 15:39 UTC hingga 22:05 UTC, dan memengaruhi kira-kira tiga miliar pengguna.[24][25][26] Pakar keamanan mengidentifikasi masalah tersebut sebagai penarikan BGP dari semua rute IP ke server Domain Name (DNS) mereka yang semuanya dihosting sendiri pada saat itu.[27][28] Gangguan tersebut juga mempengaruhi semua sistem komunikasi internal yang digunakan oleh karyawan Facebook, yang mengganggu upaya pemulihan.[28]

Gangguan tersebut memutuskan komunikasi internal Facebook, mencegah karyawan mengirim atau menerima email eksternal, mengakses direktori perusahaan, dan melakukan autentikasi ke beberapa layanan Google Docs dan Zoom.[29][30] Gangguan tersebut berdampak besar pada orang-orang di negara berkembang, yang bergantung pada program "Free Basics" Facebook, yang mempengaruhi komunikasi, bisnis, dan pekerjaan kemanusiaan.[31][32][33] Ketua Teknologi Facebook, Mike Schroepfer, telah menulis permintaan maaf setelah gangguan tersebut berlarutan selama beberapa jam.[34][35][36]

Kritikan dan Kontroversi

sunting

Kepentingan dan skala Facebook telah menimbulkan kritikan dalam pelbagai bidang. Isu-isu termasuk Privasi Internet, penyimpanan maklumat pengguna yang berlebihan,[37] perisian pengenalan muka, DeepFace[38][39] kualiti adiktifnya[40] dan peranannya dalam tempat kerja, termasuk akses majikan kepada akaun pekerja.[41]

Facebook telah dikritik kerana penggunaan tenaga elektrik,[42] pengelakan cukai,[43] dasar keperluan pengguna nama sebenar,[44] penyensoran[45] dan keterlibatannya dalam program pengawasan PRISM Amerika Syarikat.[46] Menurut The Express Tribune, Facebook "mengelakkan berbilion dolar cukai menggunakan syarikat luar pesisir".[47]

Facebook didakwa mempunyai kesan psikologi yang merugikan ke atas pengguna-penggunanya, termasuk perasaan cemburu[48][49] dan tekanan,[50][51] kurang perhatian[52] dan ketagihan media sosial.[53][54] Menurut Kaufmann et al., motivasi ibu untuk menggunakan media sosial sering berkaitan dengan kesihatan sosial dan mental mereka.[55]

Lihat juga

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ SEC (February 1, 2012). "S-1 Registration Statement". Securities and Exchange Commission. Dicapai pada February 1, 2012.
  2. ^ About Facebook pada 16 Ogos 2021
  3. ^ Tabak, Alan J. (9 Februari 2004). "Hundreds Register for New Facebook Website". Harvard Crimson.
  4. ^ a b Hoffman, Claire (2008-06-28). "The Battle for Facebook". Rolling Stone. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-07-03. Dicapai pada 2009-02-05.
  5. ^ Schwartz, Bari (2003-11-04). "Hot or Not? Website Briefly Judges Looks". Harvard Crimson. Dicapai pada 2009-07-26. Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan)
  6. ^ "Facemash Returns As (What Else?) A Facebook App Called ULiken". Tech Crunch. 2008-05-13. Dicapai pada 2009-02-05.
  7. ^ Locke, Laura. "The Future of Facebook" Diarkibkan 2010-03-09 di Wayback Machine, Time Magazine, 17 Julai 2007. Dicapai pada 13 November 2009.
  8. ^ a b McGirt, Ellen. "Facebook's Mark Zuckerberg: Hacker. Dropout. CEO. ", Fast Company, 1 Mei 2007. Dicapai pada 5 November 2009.
  9. ^ Kaplan, Katherine (2003-11-19). "Facemash Creator Survives Ad Board". The Harvard Crimson. Dicapai pada 2009-02-05.
  10. ^ Seward, Zachary M. (2007-07-25). "Judge Expresses Skepticism About Facebook Lawsuit". The Wall Street Journal. Dicapai pada 2008-04-30.
  11. ^ Tabak, Alan (9 Februari 2004). "Hundreds Register for New Facebook Website". Harvard Crimson. Dicapai pada 2008-11-07.
  12. ^ a b Carlson, Nicolas (2010-03-05). "In 2004, Mark Zuckerberg Broke Into A Facebook User's Private Email Account". Business Insider. Dicapai pada 2010-03-05. Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan)
  13. ^ Brad Stone (2008-06-28). "Judge Ends Facebook's Feud With ConnectU". New York Times.
  14. ^ Phillips, Sarah (2007-07-25). "A brief history of Facebook". The Guardian. London. Dicapai pada 2008-03-07.
  15. ^ a b "Press Room". Facebook. 2007-01-01. Dicapai pada 2008-03-05.
  16. ^ Rosmarin, Rachel (2006-09-11). "Open Facebook". Forbes. Dicapai pada 2008-06-13.
  17. ^ Rosen, Ellen (2005-05-26). "Student's Start-Up Draws Attention and $13 Million". The New York Times. Dicapai pada 2009-05-18.
  18. ^ Williams, Chris (2007-10-01). "Facebook wins Manx battle for face-book.com". The Register. Dicapai pada 2008-06-13.|
  19. ^ Dempsey, Laura (2006-08-03). "Facebook is the go-to Web site for students looking to hook up". Dayton Daily News.
  20. ^ Lerer, Lisa (2007-01-25). "Why MySpace Doesn't Card". Forbes. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-06-02. Dicapai pada 2008-06-13.
  21. ^ Lacy, Sarah (2006-09-12). "Facebook: Opening the Doors Wider". BusinessWeek. Dicapai pada 2008-03-09.
  22. ^ Abram, Carolyn (2006-09-26). "Welcome to Facebook, everyone". Facebook. Dicapai pada 2008-03-08.
  23. ^ "Terms of Use". Facebook. 2007-11-15. Dicapai pada 2008-03-05.
  24. ^ Subin, Samantha (October 4, 2021). "Facebook is suffering its worst outage since 2008". CNBC. Diarkibkan daripada yang asal pada October 4, 2021. Dicapai pada October 4, 2021.
  25. ^ "Facebook, WhatsApp, Instagram suffer worldwide outage". AP News. October 4, 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada October 8, 2021. Dicapai pada October 4, 2021.
  26. ^ Patnaik, Subrat; Mathews, Eva (October 4, 2021). "Facebook, Instagram, WhatsApp hit by global outage". Reuters. Diarkibkan daripada yang asal pada October 4, 2021. Dicapai pada October 4, 2021.
  27. ^ Duffy, Clare; Lyngaas, Sean (October 4, 2021). "Facebook, Instagram, WhatsApp go down". CNN Business. Diarkibkan daripada yang asal pada October 4, 2021. Dicapai pada October 4, 2021.
  28. ^ a b Lawler, Richard (October 4, 2021). "Facebook is down, along with Instagram, WhatsApp, Messenger, and Oculus VR". The Verge. Diarkibkan daripada yang asal pada October 4, 2021. Dicapai pada October 4, 2021.
  29. ^ "Locked out and totally down: Facebook is scrambling to fix massive outage". The Verge. October 4, 2021. Dicapai pada October 4, 2021.
  30. ^ Lawler, Richard (October 4, 2021). "Facebook is down, along with Instagram, WhatsApp, Messenger, and Oculus VR". The Verge. Dicapai pada October 4, 2021.
  31. ^ Schapiro, Avi Asher; Teixeira, Fabio (5 October 2021). "Small businesses to aid: How Facebook outage upended lives". Thomson Reuters. Dicapai pada 6 October 2021.
  32. ^ Carpenter, Scott (2021-10-04). "Zuckerberg Loses $6 Billion in Hours as Facebook Plunges". Bloomberg (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2021-10-05.
  33. ^ "Facebook Outage Causes Share Drop, Zuckerberg Loses US$5.9B Net Worth – October 5, 2021". Daily News Brief (dalam bahasa Inggeris). 2021-10-05. Dicapai pada 2021-10-05.
  34. ^ "UPDATE: Facebook, Instagram, WhatsApp Back Online After Hours-Long Global Outage - CBS San Francisco". www.cbsnews.com (dalam bahasa Inggeris). 2021-10-04. Dicapai pada 2023-12-05.
  35. ^ "Facebook, Instagram, WhatsApp Back Online". Voice of America (dalam bahasa Inggeris). 2021-10-04. Dicapai pada 2023-12-05.
  36. ^ "Facebook begins recovery after major outage took apps offline". The Japan Times (dalam bahasa Inggeris). 2021-10-05. Dicapai pada 2023-12-05.
  37. ^ Aspen, Maria (February 11, 2008). "How Sticky Is Membership on Facebook? Just Try Breaking Free". The New York Times. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-02-12. Dicapai pada June 3, 2017.
  38. ^ Anthony, Sebastian (March 19, 2014). "Facebook's facial recognition software is now as accurate as the human brain, but what now?". ExtremeTech. Ziff Davis. Dicapai pada June 3, 2017.
  39. ^ Gannes, Liz (June 8, 2011). "Facebook facial recognition prompts EU privacy probe". CNET. CBS Interactive. Dicapai pada June 3, 2017.
  40. ^ Robinson, Bill (February 10, 2014). "Facebook: The World's Biggest Waste of Time?". HuffPost. Dicapai pada March 3, 2018.
  41. ^ Friedman, Matt (March 21, 2013). "Bill to ban companies from asking about job candidates' Facebook accounts is headed to governor". NJ.com. Advance Digital. Dicapai pada June 3, 2017.
  42. ^ Wauters, Robin (September 16, 2010). "Greenpeace Menyelar Zuckerberg Kerana Menjadikan Facebook Sebagai "So Coal Network" (Video)". TechCrunch. AOL. Dicapai pada June 3, 2017.
  43. ^ Neate, Rupert (December 23, 2012). "Facebook membayar £2.9 juta cukai untuk keuntungan £840 juta di luar Amerika Syarikat, menurut statistik". The Guardian. Dicapai pada June 3, 2017.
  44. ^ Grinberg, Emanuella (September 18, 2014). "Dasar 'nama sebenar' Facebook menimbulkan pertanyaan tentang identiti". CNN. Dicapai pada June 3, 2017.
  45. ^ Doshi, Vidhi (July 19, 2016). "Facebook dikecam kerana 'mensensor' catatan dan akaun berkaitan dengan Kashmir". The Guardian. Dicapai pada June 3, 2017.
  46. ^ Greenwald, Glenn; MacAskill, Ewen (June 7, 2013). "Program Prism NSA merapatkan data pengguna Apple, Google dan lain-lain". The Guardian. Dicapai pada June 3, 2017.
  47. ^ "Dokumen Paradise mendedahkan kekayaan tersembunyi golongan elit global". The Express Tribune. November 6, 2017.
  48. ^ "Bagaimana Facebook Melahirkan Rasa Cemburu". Seeker. Group Nine Media. February 10, 2010. Dicapai pada June 3, 2017.
  49. ^ Matyszczyk, Chris (August 11, 2009). "Kajian: Facebook Menyebabkan Kecemburuan". CNET. CBS Interactive. Dicapai pada June 3, 2017.
  50. ^ Ngak, Chenda (November 27, 2012). "Facebook mungkin menyebabkan tekanan, kajian menunjukkan". CBS News. CBS. Dicapai pada June 3, 2017.
  51. ^ Smith, Dave (November 13, 2015). "Berhenti dari Facebook akan membuat anda lebih gembira dan kurang stres, kajian menunjukkan". Business Insider. Axel Springer SE. Dicapai pada June 3, 2017.
  52. ^ Bugeja, Michael J. (January 23, 2006). "Menghadapi Facebook". The Chronicle of Higher Education. Diarkibkan daripada yang asal pada February 20, 2008. Dicapai pada June 3, 2017.
  53. ^ Hough, Andrew (April 8, 2011). "'Ketagihan' pelajar kepada teknologi 'serupa dengan kerinduan dadah', kajian dapati". The Telegraph. Diarkibkan daripada yang asal pada January 10, 2022. Dicapai pada June 3, 2017.
  54. ^ "Facebook dan Twitter 'lebih ketagihan daripada tembakau dan alkohol'". The Telegraph. February 1, 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada February 16, 2015. Dicapai pada June 3, 2017.
  55. ^ Kaufmann, Renee; Buckner, Marjorie M.; Ledbetter, Andrew M. (2017-08-03). "Bersenang-senang di Facebook?: Keseronokan Ibu sebagai Moderator Kesihatan Mental dan Penggunaan Facebook". Health Communication (dalam bahasa Inggeris). 32 (8): 1014–1023. doi:10.1080/10410236.2016.1196513. ISSN 1041-0236. PMID 27463860. S2CID 25726659.

Pautan luar

sunting
  NODES
hosting 1
Idea 2
idea 2
Intern 3
iOS 1
mac 3
os 37
server 1
twitter 1
Users 1
web 20