Finland

negara di Eropah utara

Republik Finland (Suomi: Suomen tasavalta; Svensk: Republiken Finland) atau ringkasnya Finland (Suomi: Suomi) ialah sebuah negara dalam rantau Nordik utara benua Eropah dikelilingi Laut Baltik di sebelah barat daya, Teluk Finland di sebelah tenggara dan Teluk Bothnia di sebelah barat sambil bersempadankan Sweden di belah barat laut, Norway di belah utara dan Rusia di belah timur. Finland juga mempunyai sempadan laut dengan Estonia. Pulau Åland di barat daya berada di bawah Finland tetapi mendapat kuasa memerintah sendiri. Ibu negara Finland adalah Helsinki dan bandar besar kedua terbesar adalah Tampere.

Republik Finland
ريڤوبليك فينلاند
Suomen tasavalta
Republiken Finland
Bendera Finland
Jata Finland
Bendera Jata
Cogan katatiada1
Lagu kebangsaanMaamme
"Tanah Kita"
Peta menunjukkan lokasi Finland (oren tua) dalam Kesatuan Eropah (legend).
Peta menunjukkan lokasi Finland
(oren tua) dalam Kesatuan Eropah (legend).
Ibu negara
dan bandar terbesar
 Helsinki
Bahasa rasmiBahasa Finland, Bahasa Sweden
Kumpulan etnik
(2021)[1][2]
Agama
Luteran
KerajaanDemokrasi berparlimen2
• Presiden
Alexander Stubb
Petteri Orpo
Kemerdekaan 
• Autonomi
29 Mac 1809
• Diisytihar
6 Disember 1917
• Diiktiraf
3 Januari 1918
Keluasan
• Jumlah
338,145 km2 (130,559 bt2) (65)
• Perairan (%)
9.4
Populasi
• Perkiraan 2022
Neutral increase 5,566,000</nowiki>[3] (ke-116)
16.1/km2 (41.7/sq mi) (ke-213)
KDNK (PPP)2022
• Jumlah
USD321.2 bilion[4] (ke-60)
USD58,010[4] (ke-21)
KDNK (nominal)2022
•  Jumlah
USD267.61 bilion[4] (ke-46)
USD53,745[4] (ke-16)
Gini (2021)positive decrease 25.7[5]
rendah
HDI (2021) 0.940[6]
sangat tinggi · ke-11
Mata wangEuro (€) 4
(EUR)
Zon waktuUTC+2 (EET)
• Musim panas (DST)
UTC+3 (EEST)
Kod panggilan358
Kod ISO 3166FI
DPT internet.fi 5
1 Perkataan vapaa, vankka, vakaa ("bebas, kuat, stabil") dicadangkan sebagai penambah kepada jata negara pada tahun 1936, tetapi digugurkan.
2 Sistem Separa Presiden
3 Disember 2006.
4 Sebelum tahun 2002: Finnish markka.
5 Domain .eu turut digunakan, kerana dikongsi bersama negara-negara Kesatuan Eropah yang lain.
Pielinen

Pada 12 Mei 2023, Presiden dan Perdana Menteri Finland mendesak penyertaan pemerintah negara mereka dalam Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara dengan segera,[7] ia mendapat sokongan hampir sebulat suara undian 188–8 pada 17 haribulan sama.[8] Finland menyertai pertubuhan itu secara rasmi pada 4 April 2023.[9]

Penamaan

sunting

Nama "Finland" yang mula diungkapkan dalam Bahasa Sweden berakar Jermanik seturunan kata Jerman Pertengahan Lama vende 'pejalan, perantau'[10] mula dicatatkan merujuk kepada kawasan pesisiran sekitar Turku di hujung barat daya tanah itu seawal abad ke-12 dan 13.[11] Nama setempat Suomi diberikan dalam Bahasa Finland tuturan para warganya tidak pasti asal-usulnya tetapi ada usulan ia seakar dengan kata saame (orang Sámi).[12][13]

Sejarah

sunting

Untuk rencana lanjutan, lihat Sejarah Finland
Finland mempunyai sejarah yang bergelora. Sejak 1154, negara ini telah menjadi sebahagian Kerajaan Sweden. Sewaktu abad ke-18, negara ini telah diduduki oleh tentera Rusia sebanyak dua kali. Pada 1808, Finland telah ditakluki tentera Maharaja Aleksandr I dan kemudiannya kekal sebagai Duci Besar berautonomi di bawah Empayar Rusia sehinggalah akhir tahun 1917.

Era 1860an telah menyaksikan kebangkitan semangat nasionalisme rakyat Finland dan kelahiran pergerakan Fennomans. Pada 6 Disember, 1917, iaitu beberapa bulan selepas Revolusi Bolshevik di Rusia, Finland telah mengisyhtiharkan kemerdekaannya. Walaupun begitu, negara ini hanya mencapai kemerdekaan secara rasmi pada 3 Januari 1918 dan pertelingkahan sempadan telah diselesaikan selepas Perjanjian di Tartu ditandatangani pada 1920. Namun demikian, ancaman Kesatuan Soviet tidak berakhir disitu sahaja. Sewaktu Perang Dunia II, Finland telah menentang Kesatuan Soviet sebanyak dua kali: pertamanya pada Perang Musim Sejuk antara 1939–1940 dan Perang Sambungan antara 1941–1944. Pada 1944, Finland sekali lagi diserang kali ini dari pihak tentera Jerman dalam Perang Laplands 1944-1945, dimana tentera Finland berjaya mengusir tentera Jerman dari sebelah Utara Finland. Selepas perang tamat, kerajaan Finland telah memetarai beberapa perjanjian dengan jirannya yang besar iaitu kesatuan Soviet antara 1947-1948 serta menyerahkan wilayah-wilayahnya iaitu Karelia, Salla dan Petsamo kepada negara tersebut.

Selepas perang, Finland berada dalam keadaan yang merbahaya sebagai negara penampan buffer state antara kuasa besar komunis Kesatuan Soviet dan negara-negara demokratik yang lain di Eropah. Oleh itu pada 1948, negara ini terpaksa menandatangani perjanjian Finno–Soviet iaitu Perjanjian Persahabatan, Kerjasama, dan Bantuan secara Mutual, yang juga dikenali sebagai Perjanjian YYA. Perjanjian ini adalah penting untuk memastikan survival Finland sebagai sebuah negara kapitalis demokrasi. Pada asasnya dalam perjanjian ini, Finland mesti kekal sebagai sebuah negara neutral sewaktu Perang Dingin dan membendung sebarang serangan terhadap Kesatuan Soviet melalui Finland.

Era pasca-perang telah menyaksikan pembangunan ekonomi yang pesat dan kestabilan politik di Finland. Negara yang dulunya hampir musnah akibat perang yang berpanjangan telah bangkit menjadi sebuah ekonomi yang sangat kompetitif dan berteknologi tinggi. Walaupun ia mempunyai perhubungan yang tidak baik dengan Kesatuan Soviet, negara ini merupakan salah satu rakan dagangannya yang utama. Oleh itu kejatuhan Kesatuan Soviet pada 1991 telah memberi tamparan yang hebat kepada ekonomi Finland. Namun demikian, dalam masa yang singkat negara ini telah pulih kembali.Malah pada 1995 negara ini telah diterima untuk menyertai Kesatuan Eropah. Kini, Finland dianggapsebagi sebuah negara yang sangat maju terutamanya dalam penggunaan Internet dan industri telefon bimbit. Selain itu, negara ini cukup terkenal dengan sistem pendidikan dan sistem sosial yang cemerlang.

Pada 12 Mei 2022, Presiden dan Perdana Menteri Finland mengumumkan hasrat menganggotai NATO "tanpa berlengah lagi"[14] seiring sokongan kuat dalam negara susulan Pencerobohan Rusia ke atas Ukraine tahun sama.[15][16][17] Parlimen Finland mengundi menyokong dengan majoriti 188–8 pada 17 haribulan berikutnya,[18][19] Presiden dan Menteri Luar Negeri menghantarkan permohonan keanggotaan pada hari berikutnya.[20] Finland rasmi memasuki NATO pada 4 April 2023.[21]

Politik

sunting

Finland menggunakan sistem semi-presidensial dengan parlimen. Presiden Finland bertanggungjawab terhadap hal ehwal luar negeri sedangkan kekuasaan eksekutif dijalankan oleh kabinetnya, Valtioneuvosto atau Statsrådet, yang terdiri dari Perdana Menteri dan menteri untuk berbagai jabatan.

Parlimen Finland yang dipanggil Eduskunta atau Riksdag mempunyai 200 orang ahli dan merupakan kuasa legislatif tertinggi di negara tersebut. Parlimen ini boleh mengubah Perlembagaan Finland dan mengalahkan hak veto presiden. Rang undang-undang boleh diusulkan oleh kabinet ataupun dari anggota Eduskunta yang dipilih untuk empat tahun melalui pilihan raya secara perwakilan berkadar.

Daerah

sunting

Untuk rencana lanjutan, lihat Daerah di Finland

Geografi

sunting

Finland adalah sebuah negara dengan ribuan tasik dan pulau; iaitu sebanyak 187,888 tasik dan 179,584 pulau. Salah satu tasiknya, Saimaa, adalah yang ke-5 terbesar di Eropah. Bentuk tanah Finland kebanyakan datar dengan beberapa bukit dan titik tertingginya, Haltitunturi pada 1.328 m, berada di hujung utara Laplandia. Di samping banyak tasik, lanskapnya juga didominasi oleh hutan pokon pine (sekitar 68% dari luas tanah) dan sedikit tanah subur.

Sebagian besar dari kepulauan ditemukan di barat daya, bagian dari kepulauan Åland, dan sepanjang tepi pantai selatan di Teluk Finland. Finland adalah salah satu dari sedikit negara di dunia yang tetap bertumbuh disebabkan pengangkatan isostatik yang telah terjadi sejak zaman ais terakhir, luas wilayah negara ini juga tumbuh sekitar 7 kilometer persegi setiap tahun.

Iklim di Finland Selatan adalah iklim menengah utara. Di Utara Finland, terutama di Laplandia, sebuah iklim subarktik mendominasi, dengan musim dingin yang sangat dingin dan musim panas yang hangat.

Seperempat dari wilayah Finlandia terletak di dalam Lingkaran Arktik, dan akibantnya Finland mengalami matahari tengah malam. Di titik paling utara Finland, matahari tidak terbenam selama 73 hari di waktu musim panas, dan tidak terbit untuk 51 hari dalam musim dingin.

Rujukan

sunting
  1. ^ "11rv – Origin and background country by sex, by municipality, 1990–2020". Statistics Finland. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 June 2022. Dicapai pada 21 August 2021.
  2. ^ "United Nations Population Division | Department of Economic and Social Affairs". United Nations. Dicapai pada 29 June 2018.
  3. ^ "Preliminary population structure by Month, Area, Sex, Age and Information". Statistik Finland. Dicapai pada 26 Januari 2023.
  4. ^ a b c d "World Economic Outlook Database April 2022". IMF.org. International Monetary Fund. Dicapai pada 19 June 2022.
  5. ^ "Gini coefficient of equivalised disposable income". Eurostat. Dicapai pada 7 August 2022.
  6. ^ "Human Development Report 2021/2022" (PDF) (dalam bahasa Inggeris). Rancangan Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. 8 September 2022. Dicapai pada 8 September 2022.
  7. ^ "Finland's leaders call for NATO membership 'without delay'". AP NEWS (dalam bahasa Inggeris). 12 May 2022. Dicapai pada 12 May 2022.
  8. ^ "Finland's Parliament approves Nato application in historic vote". Yle News. 17 May 2022. Dicapai pada 18 May 2022.
  9. ^ Finland and Nato. Finnish Government 3 April 2023. Retrieved 4 April 2023.
  10. ^ "Suomalais-Ugrilainen Seura". Sgr.fi. Dicapai pada 17 March 2015.
  11. ^ Salo, Unto (2004). Suomen museo 2003: "The Origins of Finland and Häme". Helsinki: Suomen muinaismuistoyhdistys. m/s. 55. ISBN 978-951-9057-55-2.
  12. ^ Rossi, Venla: 7 väärinkäsitystä suomen kielestä. Helsingin Sanomat. 11 September 2022. (dalam bahasa Finlandia).
  13. ^ de Smit, Merlijn. "De Vanitate Etymologiae. On the origins of Suomi, Häme, Sápmi". Academia.edu (dalam bahasa Inggeris). Academia, Inc. Dicapai pada 6 September 2020.
  14. ^ "Finland's leaders call for NATO membership 'without delay'". AP NEWS (dalam bahasa Inggeris). 12 May 2022. Dicapai pada 12 May 2022.
  15. ^ "Ukraine War: Finland to decide on Nato membership in weeks says PM Marin". BBC News. 13 April 2022. Dicapai pada 29 April 2022.
  16. ^ Gramer, Robbie (22 April 2022). "'Thanks, Putin': Finnish and Swedish Lawmakers Aim for NATO Membership". Foreign Policy. Dicapai pada 29 April 2022.
  17. ^ Askew, Joshua (29 April 2022). "NATO chief says Finland and Sweden could join 'quickly' as both warm to membership". Euronews. Dicapai pada 29 April 2022.
  18. ^ "Eduskunta äänesti Suomen Natoon hakemisen puolesta selvin äänin 188–8". Yle (dalam bahasa Finland). 17 May 2022. Dicapai pada 18 May 2022.
  19. ^ "Finland's Parliament approves Nato application in historic vote". Yle News. 17 May 2022. Dicapai pada 18 May 2022.
  20. ^ "Valtioneuvosto ja presidentti viimeistelivät Nato-ratkaisun – ulkoministeri Haavisto allekirjoitti hakemuksen". Yle (dalam bahasa Finland). 17 May 2022. Dicapai pada 18 May 2022.
  21. ^ Finland and Nato. Finnish Government 3 April 2023. Retrieved 4 April 2023.

Lihat juga

sunting


Ralat petik: Tag <ref> wujud untuk kumpulan bernama "nota", tetapi tiada tag <references group="nota"/> yang berpadanan disertakan

  NODES
Done 1
jung 2
jung 2
News 6
see 2