Francis Harry Compton Crick OM FRS [1] (8 Jun 1916-28 Julai 2004) ialah seorang ahli biologi molekul, ahli biofizik dan ahli neurosains British. Pada tahun 1953, beliau bersama-sama dengan James Watson kertas akademik yang mencadangkan struktur heliks ganda molekul DNA. Beliau dianugerahkan Hadiah Nobel dalam Fisiologi atau Perubatan bersama Watson dan Maurice Wilkins "untuk penemuan mereka mengenai struktur molekul asid nukleik serta kepentingan ia untuk pemindahan maklumat dalam bahan hidup".[3][4] Hasilnya didasarkan pada kajian asas yang dilakukan oleh Rosalind Franklin, Raymond Gosling dan Wilkins.

Francis Crick

Kelahiran
Francis Harry Compton Crick

8 Jun 1916
Meninggal dunia28 Julai 2004(2004-07-28) (umur 88)
WarganegaraBritish
Pendidikan
  • Northampton Grammar School
  • Mill Hill School
Pusat pendidikan
Terkenal kerana
Pasangan
  • Ruth Doreen Dodd (k. 1940)
  • Odile Speed (k. 1949)
Anak-anak3
Anugerah
Kerjaya saintifik
Bidang
Institusi
TesisPolypeptides and proteins: X-ray studies (1954)
Penasihat kedoktoranMax Perutz[3]
Pelajar kedoktorannone[3]
Laman web rasmiwww.crick.ac.uk/about-us/francis-crick
Tandatangan

Beliau merupakan tokoh penting dalam penyelidikan yang berkaitan dengan mendedahkan struktur helikal DNA. Beliau dikenali secara meluas atas memasyhurkan konsep "dogma pusat" untuk meringkaskan idea bahawa maklumat tidak boleh mengalir kembali ke asid nukleik setelah dipindahkan dari asid nukleat (DNA atau RNA) ke protein; yakni langkah terakhir dalam aliran maklumat dari asid nukleat ke protein tidak dapat dipulihkan.[5]

Sepanjang kerjayanya, beliau memegang jawatan Profesor Penyelidikan Cemerlang JW Kieckhefer di Institut Pengajian Biologi Salk di La Jolla, California. Penyelidikannya yang terakhir berpusat pada neurobiologi teori dan percubaan untuk memajukan kajian ilmiah kesedaran manusia. Beliau kekal dalam jawatan ini bahkan "beliau menyunting manuskrip di atas katil kematiannya" menurut Christof Koch.[6]

Awal hidup

sunting

Francis lahir pada 8 Jun 1916;[7] beliau merupakan anak sulung kepada Harry Crick (1887–1948), salah seorang pemilik sebuah kilang kasut dan but milik keluarga, dan Annie Elizabeth Crick (née Wilkins; 1879–1955). Datuknya Walter Drawbridge Crick (1857–1903) merupaka seorang naturalis amatur yang sering berhubung surat dengan Charles Darwin.[8]

Pendidikan

sunting

Crick gagal mendapat tempat di sebuah kolej Cambrdige berikutan kegagalannya dalam ujian bahasa Latin, namumn masih mendapat tempat di University College, London sehingga memperolhei ijazah Sarjana Sains (Bachelor of Science) dalam bidang fizik.[9] Beliau ingin memulakan kerja PhDnya diUCL namun dihalang keadaan genting yang berlaku dalam Perang Dunia Kedua.

Semasa tercetusnya perang dunia tersebut, beliau bekerja dalam Makmal Kajian Pelayaran (Admiralty Research Laboratory)'; beliau terlibat dalam pembangunan dan perekaan periuk api laut jenis akustik dan elektromagnet, terutamanya rekaan yang mampu melolosi pengesanan oleh kapal perang Jerman.[10]

Beliau akhirnya dapat meneruskan pengajian kedoktorannya[11] serta menjadi Felo Kehormat Gonville and Caius College, Cambridge dan menjalankan kerjanya di beberapa makmal di Cambridge.

Kerjaya sains

sunting

Senja hidup

sunting

Crick meninggal akibat menghidap barah usus pada pagi 28 Julai 2004[7] Hospital Thornton Universiti California, San Diego, La Jolla. Mayatnya dibakar] dan abu-abunya disebar di Lautan Pasifik. Suatu majlis peringatan ramai diadakan pada 27 September 2004 di Salk Institute, La Jolla, berdekatan San Diego, California.

Senarai karya

sunting
  • Of Molecules and Men (Prometheus Books, 2004; edisi asal pada 1967) ISBN 1-59102-185-5
  • Life Itself: Its Origin and Nature (Simon & Schuster, 1981) ISBN 0-671-25562-2
  • What Mad Pursuit: A Personal View of Scientific Discovery (edisi cetakan semula Basic Books, 1990) ISBN 0-465-09138-5
  • The Astonishing Hypothesis: The Scientific Search For The Soul (edisi cetakan semula Scribner, 1995) ISBN 0-684-80158-2
  • Georg Kreisel: a Few Personal Recollections. In: Kreiseliana: About and Around Georg Kreisel (1996), pp. 25–32. ISBN 1-56881-061-X

Rujukan

sunting
  1. ^ a b Anon (2015). "Fellowship of the Royal Society 1660-2015". London: Royal Society. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 July 2015. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  2. ^ "Francis Crick EMBO profile". people.embo.org. Heidelberg: European Molecular Biology Organization.
  3. ^ a b c Rich, A.; Stevens, C. F. (2004). "Obituary: Francis Crick (1916–2004)". Nature. 430 (7002): 845–847. Bibcode:2004Natur.430..845R. doi:10.1038/430845a. PMID 15318208.
  4. ^ The Nobel Prize in Physiology or Medicine 1962. Nobel Prize Site for Nobel Prize in Physiology or Medicine 1962.
  5. ^ Crick FH (1958). "On protein synthesis" (PDF reprint). Symp. Soc. Exp. Biol. 12: 138–63. PMID 13580867.
  6. ^ Shermer, Michael (30 July 2004). "Astonishing Mind: Francis Crick 1916–2004". Skeptics Society. Dicapai pada 25 Ogos 2006.
  7. ^ a b Bretscher, Mark S.; Mitchison, Graeme (2017). "Francis Harry Compton Crick OM. 8 June 1916 – 28 July 2004" (PDF). Biographical Memoirs of Fellows of the Royal Society. doi:10.1098/rsbm.2017.0010. ISSN 0080-4606.
  8. ^ Darwin, Charles (1882). "On the Dispersal of Freshwater Bivalves". Nature. 25 (649): 529–30. Bibcode:1882Natur..25R.529D. doi:10.1038/025529f0.
  9. ^ Crick (1990) Chapters 1 and 2 provide Crick's description of his early life and education
  10. ^ "Bio at Wellcome Trust". Genome.wellcome.ac.uk. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 April 2007. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  11. ^ Crick, Francis Harry Compton (1954). Polypeptides and proteins : X-ray studies. repository.cam.ac.uk (Tesis). University of Cambridge. OCLC 879394484. Templat:EThOS.

Bacaan lanjut

sunting
  • John Bankston, Francis Crick and James D. Watson; Francis Crick and James Watson: Pioneers in DNA Research (Mitchell Lane Publishers, Inc., 2002) ISBN 1-58415-122-6.
  • Bill Bryson; A Short History of Nearly Everything (Broadway Books, 2003) ISBN 0-7679-0817-1.
  • Soraya De Chadarevian; Designs For Life: Molecular Biology After World War II, CUP 2002, 444 pp; ISBN 0-521-57078-6.
  • Roderick Braithwaite. Strikingly Alive: The History of the Mill Hill School Foundation 1807–2007; published Phillimore & Co. ISBN 978-1-86077-330-3
  • Edwin Chargaff; Heraclitean Fire, Rockefeller Press, 1978.
  • S. Chomet (Ed.), D.N.A. Genesis of a Discovery, 1994, Newman- Hemisphere Press, London
  • Dickerson, Richard E.; Present at the Flood: How Structural Molecular Biology Came About, Sinauer, 2005; ISBN 0-87893-168-6.
  • Edward Edelson,"Francis Crick And James Watson: And the Building Blocks of Life, Oxford University Press, 2000, ISBN 0-19-513971-2.
  • John Finch; A Nobel Fellow On Every Floor, Medical Research Council 2008, 381 pp, ISBN 978-1-84046-940-0.
  • Hager, Thomas; Force of Nature: The Life of Linus Pauling, Simon & Schuster 1995; ISBN 0-684-80909-5
  • Graeme Hunter; Light Is A Messenger, the life and science of William Lawrence Bragg (Oxford University Press, 2004) ISBN 0-19-852921-X.
  • Horace Freeland Judson, The Eighth Day of Creation. Makers of the Revolution in Biology; Penguin Books 1995, first published by Jonathan Cape, 1977; ISBN 0-14-017800-7.
  • Errol C. Friedberg; Sydney Brenner: A Biography, pub. CSHL Press October 2010, ISBN 0-87969-947-7.
  • Torsten Krude (Ed.); DNA Changing Science and Society (ISBN 0-521-82378-1) CUP 2003. (The Darwin Lectures for 2003, including one by Sir Aaron Klug on Rosalind Franklin's involvement in the determination of the structure of DNA).
  • Robert Olby; The Path to The Double Helix: Discovery of DNA; first published in October 1974 by MacMillan, with foreword by Francis Crick; ISBN 0-486-68117-3; revised in 1994, with a 9-page postscript.
  • Robert Olby; Oxford National Dictionary article: Crick, Francis Harry Compton (1916–2004). In: Oxford Dictionary of National Biography, Oxford University Press, January 2008.
  • Anne Sayre. 1975. Rosalind Franklin and DNA. New York: W.W. Norton and Company. ISBN 0-393-32044-8.
  • James D. Watson; The Double Helix: A Personal Account of the Discovery of the Structure of DNA, Atheneum, 1980, ISBN 0-689-70602-2 (first published in 1968) is a very readable firsthand account of the research by Crick and Watson. The book also formed the basis of the award-winning television dramatization Life Story by BBC Horizon (also broadcast as Race for the Double Helix). [The Norton Critical Edition, which was published in 1980, edited by Gunther S. Stent: ISBN 0-393-01245-X]
  • James D. Watson; Avoid Boring People and Other Lessons from a Life in Science, New York: Random House. ISBN 978-0-375-41284-4.

Pautan luar

sunting
  NODES
design 1
Done 1
eth 3
Story 3