Futurism (Itali: Futurismo) merupakan suatu gerakan seni dan masyarakat yang wujud di Itali pada abad ke-20, di mana motif dan unsur gaya ini sangat menumpukan kepada kemajuan teknologi dan pembangunan ketamadunan manusia yang muda dan pesat. Ia dibangunkan sebagai tujuan membebaskan semangat negara Itali daripada beban dialami hasil pergolakan politik yang berlaku dalam negara tersebut pada ketika itu.[1] Antara tokoh terutamanya adalah Filippo Tommaso Marinetti, Umberto Boccioni, Carlo Carrà, Fortunato Depero, Gino Severini, Giacomo Balla dan Luigi Russolo. Ia memuliakan kemodenan dan mencapai untuk membebaskan Itali dari keberatan zaman dahulunya. Ia telah diterpengaruh oleh Kubisme. Antara karya Futurisme yang paling penting adalah Manifesto of Futurism karya Marinetti, patung pahat Unique Forms of Continuity in Space karya Boccioni, lukisan Abstract Speed + Sound karya Balla, dan The Art of Noises karya Russolo.

Walaupun ia terutamanya fenomena yang dihasil oleh Itali, terdapat pelbagai gerakan yang selari dengannya yang boleh dijumpai di Britain dan Rusia, di mana sesetengah ahli Futuris Rusia kemudian menubuhkan kumpulan seninya sendiri; negara lain pun juga terdapat beberapa Futuris atau mempunyai gerakan yang terinspirasi oleh Futurisme. Ahli Futuris telah mengamal dalam semua bidang seni; termasuklah lukisan, pahatan, tembikan, rekabentuk grafik, rekabentuk industri, rekabentuk dalaman, rekabentuk bandar, teater, filem, fesyen, tekstil, kesusasteraan, muzik, seni bina, dan juga masakan.

Sehingga satu tahap, Futurisme mempengaruh gerakan seni Art Deco, Construktivisme, Surrealisme, dan Dada, dan ke tahap lebih besar, Presisionisme, Rayonisme, dan Vortisisme

Futurisme Itali

sunting

Futurisme adalah satu gerakan avant-garde yang ditubuhkan di Milan pada tahun 1909 oleh seorang penyair berbangsa Itali yang bernama Filippo Tommaso Marinetti. Marinetti mencetuskan gerekan ini dalam karyanya Manifesto of Futurism, yang dia menerbitkan pada kali pertama pada tarikh 5 February 1909 dalam La gazetta dell'Emilia, sebuah artikel yang pula dihasilkan semula dalam surat khabar harian Perancis Le Figaro pada hari Sabtu 20 February 1909. Pada masa yang tidak lama, dia pula di sertai oleh beberapa ahli seni lukisan, iaitu Umberto Boccioni, Carlo Carrà, Giacomo Balla, Gino Severini, dan penggubah lagu Luigi Russolo. Marinetti meluahkan perasaan kebencian yang amat kuat kepada apa-apa yang berzaman dahulu, terutamanya tradisi politik dan senian. "Kami tidak mahu apa kemana dengannya, zaman dahulu itu", dia menulis, "kami, ahli Futuris yang muda dan kuat!" Ahli Futuris mengagumi pesatan, kemudaaan dan pengganasan, dan teknologi moden seperti kereta, kapal terbang, dan bandar berindustri, semua darinya mewakili kemenangan manusia melebihi alam, dan mereka juga merupakan ahli nasionalis yang bersemangat. Mereka menolak kepercayaan berzaman dahulu dan semua tiruan, memuji keaslian, "walau bagaimana berani, walau bagaimana ganas", menanggung "comotan kegilaan" dengan secara bangga, menuduh kritik senian sebagai tidak berguna, memberontak terhadap keharmonian dan cita rasa elok, menepikan semua tema daripada seni yang berdahulu, dan memulia dalam bidang sains.

Penerbitan manifesto adalah satu ciri daripada Futurisme, dan ahli Futuris (biasanya diketuai atau digesa oleh Marinetti) menulisnya dalam banyak topik, termasuklah lukisan, seni bina, muzik, kesusateraan, fotografi, agama, wanita, fesyen dan masakan.

Manifesto penubuhannya tidak mempunyai rancangan senian positif.

Pautan

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ The 20th-Century art book (ed. Reprinted.). dsdLondon: Phaidon Press. 2001. ISBN 978-0714835426.

Pautan luar

sunting
  NODES
dada 1
dada 1
Done 1
eth 1
see 1