Gelaran raja-raja British
Gelaran atau rujukan kehormat raja-raja British telah berbeza-beza selama bertahun-tahun. Gelaran tepat seseorang raja British dipilih dan diisytiharkan oleh raja yang memerintah, selaras dengan Akta Gelaran Diraja 1953 British. Raja sekarang, Raja Charles III, diisytiharkan oleh Majlis Privi (bagi pihak baginda) pada tahun 2022 untuk menaiki takhta dengan gelaran secara rasmi dalam dua bahasa:[1][2]
- dalam Inggeris:
Charles III, by the Grace of God of the United Kingdom of Great Britain and Northern Ireland and of His other Realms and Territories, King, Head of the Commonwealth, Defender of the Faith[2]
- dalam Latin:
Carolus III, Dei Gratia Britanniarum Regnorumque Suorum Ceterorum Rex, Consortionis Populorum Princeps, Fidei Defensor[2]
Berikut ialah gelaran sekarang dalam bahasa Melayu (tidak rasmi):
Charles III, dengan Rahmat Tuhan daripada United Kingdom dari Great Britain dan Ireland Utara dan Raja Alam dan Wilayahnya yang lain, Ketua Komanwel, Pembela Iman
Sejarah
suntingRaja-raja Anglo-Saxon England menggunakan berjenis-jenis gelaran, seperti King of the Anglo-Saxons 'Raja Anglo-Saxon' dan King of the English 'Raja Orang Inggeris'.[3] Sesetengah raja menggunakan variasi yang lebih megah; contohnya, Edred menggunakan King of the Anglo-Saxons, Northumbrians, pagans and Britons 'Raja Orang Anglo-Saxon, Northumbria, pagan dan Briton'. Gelaran-gelaran ini kadangkala diikuti julukan yang muluk-muluk; contohnya, Æthelstan dahulunya King of the English, raised by the right hand of the Almighty to the Throne of the whole Kingdom of Britain 'Raja Orang Inggeris, diangkat oleh tangan kanan Yang Maha Kuasa ke Takhta seluruh Kerajaan Britain'.
Di Scotland, gelaran raja yang diutamakan ialah "King/Queen of Scots" dan bukannya "Scotland".
William I, raja Norman pertama England, ringkasnya menggunakan King of the English 'Raja Orang Inggeris'. Penggantinya, William II, adalah yang pertama yang konsisten menggunakan by the Grace of God 'dengan Rahmat Tuhan'. Henry I menambahkan Duke of the Normans 'Duke Orang Norman' pada tahun 1121, walaupun baginda telah merampas Normandy daripada abangnya Robert pada tahun 1106. Pada tahun 1152, Henry II memperoleh banyak lagi tanah Perancis dengan mengahwini Eleanor dari Aquitaine; tidak lama selepas itu, baginda menambah Duke of the Aquitanians 'Duke Orang Aquitaine' dan Count of the Angevins 'Count Angevin' pada gelarannya.
"King of the English", "Duke of the Normans", "Duke of the Aquitanians" dan "Count of the Angevins" masih digunakan sehinggalah Raja John menaiki takhta pada tahun 1199, semasa mereka bertukar kepada King of England 'Raja England', Duke of Normandy 'Duke dari Normandy', Duke of Aquitaine 'Duke dari Aquitaine' dan Count of Anjou 'Count dari Anjou'. John, selepas itu, sudah pun dinamakan pemerintah Ireland; oleh itu, baginda menambahkan Lord of Ireland pada gelarannya.
Pada tahun 1204, England hilang kedua-dua Normandy dan Anjou. Walaupun begitu, mereka tidak melepaskan gelaran-gelaran yang berkaitan sehingga tahun 1259. Jajahan Perancis sekali lagi menjadi subjek pertikaian selepas kemangkatan Raja Perancis Charles IV pada tahun 1328. Edward III menuntut takhta Perancis, mengatakan bahawa ia sepatutnya turun kepadnya melalui ibunya, Isabella, adik Charles IV. Namun di Perancis, takhta tidak boleh diwarisi oleh atau melalui seorang perempuan. Edward III mula menggunakan gelaran King of France 'Raja Perancis' (menghapuskan "Duke of Aquitaine") selepas tahun 1337. Pada tahun 1340, beliau memasuki Perancis, di mana beliau diumumkan secara rasmi sebagai Raja. Pada tahun 1360, bagaimanapun, beliau bersetuju untuk menyerahkan gelarannya kepada penuntut Perancis. Biar beliau berhenti menggunakan gelaran tersebut dalam dokumen undang-undang, beliau tidak pernah dengan rasminya menyurat Raja Perancis untuk mengesahkan penghapusan tersebut. Pada tahun 1369, Edward III mula menggunakan semula gelaran itu, mendakwa bahawa Perancis telah melanggar perjanjian mereka.
Henry V menyerang Perancis tetapi bersetuju dengan Perjanjian Troyes, yang mana baginda diiktiraf sebagai Waris dan Pemangku Perancis, pada tahun 1420. Baginda mangkat pada tahun 1422, digantikan oleh anak lelakinya yang masih bayi, yang kemudiannya menjadi Henry VI. Segera selepas naik takhta, Henry VI juga mewarisi takhta Perancis. Namun, menjelang tahun 1450-an, England kehilangan semua jajahan di Perancis, kecuali Calais. Tuntutan kepada gelaran "Raja Perancis" bagaimanapun tidak diserahkan sehinggalah penubuhan United Kingdom of Great Britain and Ireland pada tahun 1801, pada masa itu monarki Perancis telah digulingkan oleh Revolusi Perancis.
Selepas 1422, gelaran diraja tidak berubah selama hampir seabad. Walau bagaimanapun, banyak pindaan dibuat semasa pemerintahan Henry VIII. Selepas Henry menulis buku menentang Martin Luther, Paus Leo X membalas baginda dengan gelaran Defender of the Faith 'Pembela Iman'. Selepas berbalah dengan Kepausan mengenai perkahwinannya dengan Catherine dari Aragon, Henry VIII berpisah daripada Gereja Roman Katolik, menubuhkan Gereja England pada tahun 1533. Paus Paul III menarik balik gelaran "Pembela Iman" tetapi Henry tetap menggunakannya. Pada tahun 1535, Henry menambahkan of the Church of England in Earth, under Jesus Christ, Supreme Head 'daripada Gereja England di Bumi, di bawah Yesus Kristus, Ketua Tertinggi' dalam gelarannya pada tahun 1535; rujukan kepada Gereja Ireland ditambah pada tahun 1536. Sementara itu, selepas dinasihatkan bahawa ramai orang Ireland menganggap paus itu pemerintah alam yang sebenar di negeri mereka, dan raja England hanya bertindak sebagai wakil semata-mata, Henry VIII menukarkan "Lord of Ireland" kepada "Raja Ireland" pada tahun 1542.[4] Semua perubahan yang dibuat oleh Henry VIII disahkan oleh akta Parlimen Inggeris yang diluluskan pada tahun 1544.[5]
Mary I, puteri Katolik Henry VIII, menggugurkan of the Church of England and also of Ireland in Earth Supreme Head 'daripada Gereja England dan juga Ireland dalam Bumi Ketua Tertinggi' pada tahun 1553, menggantikannya dengan "etc." atau "dan lain-lain", tetapi frasa itu kekal dalam gelaran rasmi sehinggalah Akta Parlimen mengubahnya pada tahun 1555. Sementara itu Mary telah berkahwin dengan putera Sepanyol Felipe. Raja dan ratu ini menggunakan gelaran bersama, King and Queen of England and France, Naples, Jerusalem and Ireland, Defenders of the Faith, Princes of Spain and Sicily, Archdukes of Austria, Dukes of Milan, Burgundy and Brabant, Count and Countess of Habsburg, Flanders and Tyrol 'Raja dan Ratu England dan Perancis, Naples, Jerusalem dan Ireland, Pembela Iman, Penguasa Sepanyol dan Sicily, Archduke Austria, Duke Milan, Burgundy dan Brabant, Count dan Countess Habsburg, Flanders dan Tyrol', mengakui kedua-dua gelaran Mary dan Philip. Perubahan dibuat lagi selepas Felipe menjadi Raja Sepanyol dan Sicily selepas bapanya turun takhta.
Apabila Elizabeth I yang Protestan menaiki takhta, baginda menggunakan Queen of England, France and Ireland, Defender of the Faith, etc. 'Ratu England, Perancis dan Ireland, Pembela Iman, dll.' yang lebih mudah. Bahagian "dan lain-lain" kerana baginda berharap dapat semula kuasanya ke atas gereja tetapi ia tidak pernah berlaku.
Selepas James VI dari Scotland, menaiki takhta Inggeris, gelaran rasmi bertukar kepada King of England, Scotland, France and Ireland, Defender of the Faith, etc. 'Raja England, Scotland, Perancis dan Ireland, Pembela Iman, dll.'; bondanya Mary, Ratu Scotland, pernah menuntut gelaran ini (dengan turutan berbeza, bersama dengan François II dari Perancis, kemudian dengan bapa raja itu, Lord Darnley), tetapi dia dihukum mati oleh Elizabeth I. Pada tahun 1604, James VI mengisytiharkan kebenaran mengguna King of Great Britain 'Raja Great Britain' daripada King of England dan Scotland 'Raja England dan Scotland'. Gelaran baru ini, walaupun biasa digunakan untuk merujuk kepada Raja, tidak pernah diluluskan oleh undang-undang; oleh itu, ia tidak ditulis pada dokumen undang-undang. Walau bagaimanapun, ia dicapkan pada syiling.
Penyatuan dan berikutnya
suntingKerajaan England dan Scotland rasminya disatukan menjadi Kerajaan Great Britain pada tahun 1707 oleh Akta Penyatuan. Ratu Anne pun memakai gelaran Queen of Great Britain, France and Ireland, Defender of the Faith, etc. 'Ratu Great Britain, Perancis dan Ireland, Pembela Iman, dll.'. Ia digunakan sehingga 1801, bilamana Great Britain dan Ireland digabungkan menjadi United Kingdom. George III sempat menggugurkan kedua-dua Perancis dan "dll." daripada gelaran diraja. Baginda dicadangkan untuk memakai gelaran "Maharaja" tetapi baginda menolak. Sebaliknya, gelaran itu menjadi King of the United Kingdom of Great Britain and Ireland, Defender of the Faith 'Raja United Kingdom of Great Britain dan Ireland, Pembela Iman'.
Gelaran yang digunakan oleh Victoria dalam pengisytiharannya kepada "Putera, Ketua dan Rakyat India" pada tahun 1858 ialah: "Victoria, dengan Rahmat Tuhan United Kingdom of Great Britain dan Ireland, dan Koloni dan Tanggungannya di Eropah , Asia, Afrika, Amerika, dan Australasia, Ratu, Pembela Iman".[6]
Pada tahun 1876 "Maharani India" ditambahkan kepada gelaran Ratu Victoria dengan Akta Gelaran Diraja 1876, supaya Ratu United Kingdom, pemerintah seluas-luas empayar, tidak lebih rendah kedudukannya berbanding puterinya sendiri, Victoria, yang telah berkahwin dengan pewaris Empayar Jerman (sebuah empayar yang perlu menubuhkan monarki persekutuan yang mana beberapa orang raja ingin mengekalkan gelaran diraja mereka walaupun mereka di bawah pemerintah lain). Pengganti Ratu Victoria, Edward VII, menukar gelarannya pada tahun 1901, dengan Akta Gelaran Diraja, untuk mencerminkan jajahan-jajahan United Kingdom yang lain, menambahkan and of the British Dominions beyond the Seas 'dan Dominion British di seberang Laut' selepas "Ireland". Dalam penggunaan umum raja kemudiannya dipanggil Raja Maharaja, terutamanya di jajahan-jajahan Mahkota seberang laut dan di India British dan kerajaan-kerajaan kecil India.
Dominion dan alam Komanwel
suntingPada tahun 1922, Negara Bebas Ireland merdeka. Pada tahun 1927, Akta Gelaran Diraja dan Parlimen 1927 menukar perihalan "Kerajaan Bersatu Great Britain dan Ireland dan Dominion British di seberang Laut" kepada of Great Britain, Ireland and the British Dominions beyond the Seas 'Great Britain, Ireland dan Dominion British di seberang Laut'. Akta 1927 ini juga penting kerana membuka pintu kepada dominion-dominion (kemudiannya alam Komanwel) untuk memperoleh hak untuk menentukan gelaran mereka untuk raja, hak yang pertama kali dilaksanakan pada tahun 1953.
Gelaran "Maharaja India" digugurkan daripada gelaran diraja pada tahun 1948 selepas kemerdekaan India dan Pakistan setahun sebelumnya,[7] walaupun Raja George VI tetap menjadi raja dominion India sehingga 1950, ketika mana ia menjadi sebuah republik dalam Komanwel. Dominion Pakistan wujud antara 1947 dan 1956, apabila ia juga menjadi sebuah republik dalam Komanwel. Begitu juga, walaupun republik Ireland diasaskan pada tahun 1949, "Great Britain dan Ireland" tidak digantikan dengan "Great Britain dan Ireland Utara" sehinggalah tahun 1953. Pada tahun yang sama frasa "Ketua Komanwel" juga ditambah, dan British Dominions beyond the Seas telah digantikan dengan other Realms and Territories 'Alam-Alam dan Wilayah-Wilayah lain'. Oleh itu, gelaran raja sekarang ialah By the Grace of God, of the United Kingdom of Great Britain and Northern Ireland and of His other Realms and Territories King, Head of the Commonwealth, Defender of the Faith 'Dengan Rahmat Tuhan, United Kingdom of Great Britain dan Ireland Utara dan Alam-Alam dan Wilayah-Wilayahnya yang lain Raja, Ketua Komanwel, Pembela Iman'.
Juga pada tahun 1953, gelaran yang berasingan telah diterima pakai untuk setiap alam di mana raja memerintah (alam Komanwel). Kebanyakan alam menggunakan bentuk "Ratu ... dan Alam-Alam dan Wilayah-Wilayahnya yang lain, Ketua Komanwel", meninggalkan gelaran "Pembela Iman". Australia, New Zealand dan Kanada semua menyertakan rujukan kepada United Kingdom serta "Pembela Iman" tetapi cuma Kanada yang masih menggunakan bentuk ini. (Australia menggugurkan kedua-dua United Kingdom dan "Pembela Iman" pada tahun 1973; New Zealand menggugurkan yang pertama pada tahun 1974.) Kanada juga menerbitkan gelaran rasmi dalam bahasa Perancis.
Senarai perubahan kepada gelaran diraja
suntingPengisytiharan Elizabeth II, pada tahun 1953, dibuat dalam bahasa Inggeris dan dalam bahasa Latin.[2]
- dalam Inggeris:
Elizabeth II, by the Grace of God of the United Kingdom of Great Britain and Northern Ireland and of Her other Realms and Territories Queen, Head of the Commonwealth, Defender of the Faith
- dalam Latin:
Elizabeth II, Dei Gratia Britanniarum Regnorumque Suorum Ceterorum Regina, Consortionis Populorum Princeps, Fidei Defensor
- dalam Melayu:
Elizabeth II, dengan Rahmat Tuhan United Kingdom Great Britain dan Ireland Utara dan Alam-Alam dan Wilayah-Wilayahnya yang lain Ratu, Ketua Komanwel, Pembela Iman
Gelaran rasmi raja-raja terdahulu ditunjukkan berikut. Ketua negara yang tidak memerintah sebagai raja atau permaisuri ditunjukkan dalam huruf condong.
Raja Inggeris
suntingTahun | Gelaran | Pengguna |
---|---|---|
1066–1087 | Rex Anglorum
(Raja Inggeris) |
William I |
1087–1121 | Dei Gratia Rex Anglorum
(Dengan Rahmat Tuhan, Raja Inggeris) |
William II, Henry I |
1121–1154 | Rex Anglorum, Dux Normannorum
(Raja Inggeris, Duke Norman) |
Henry I, Stephen |
1141 | Anglorum Domina
(Cik Puan Inggeris) |
Matilda |
1154–1199 | Rex Angliae
(Raja England) Rex Anglorum (Raja Inggeris) |
Henry II, Henry Raja Muda, Richard I |
1199–1259 | Dei gratia Rex Anglie, Dominus Hibernie, Dux Normannie et Aquitannie, Comes Andegavie
(Dengan Rahmat Tuhan, Raja England, Lord dari Ireland, Duke dari Normandy dan Aquitaine, Count Angevin) |
John, Henry III |
1259–1340 | Rex Angliae, Dominus Hiberniae et Dux Aquitaniae
(Raja England, Lord dari Ireland dan Duke dari Aquitaine) |
Henry III, Edward I, Edward II, Edward III |
1340–1397 | Rex Angliae et Franciae et Dominus Hiberniae
(Raja England dan Perancis dan Lord dari Ireland) |
Edward III, Richard II |
1397–1399 | Rex Angliae et Franciae, Dominus Hiberniae et Princeps Cestriæ
(Raja England dan Perancis, Lord dari Ireland, dan Putera dari Chester)[8] |
Richard II |
1399–1420 | Rex Angliae et Franciae et Dominus Hiberniae
(Raja England dan Perancis dan Lord dari Ireland) |
Henry IV, Henry V |
1420–1422 | Rex Angliae, Haeres et Regens Franciae, et Dominus Hiberniae
(Raja England, Waris dan Mangkubumi Perancis dan Lord dari Ireland) |
Henry V, Henry VI |
1422–1521a | Rex Angliae et Franciae et Dominus Hiberniae
(Raja England dan Perancis dan Lord dari Ireland) |
Henry VI, Edward IV, Edward V, Richard III, Henry VII, Henry VIII |
1521a–1535 | Dei gratia Rex Anglie et Francie, Fidei Defensor et Dominus Hibernie
Dengan Rahmat Tuhan, Raja England dan Perancis, Pembela Iman dan Lord dari Ireland |
Henry VIII (perubahan bahasa sahaja) |
1535–1536 | Dei gratia Rex Anglie et Francie, Fidei Defensor, Dominus Hibernie, et in terra ecclesie Anglicane supremum caput
Dengan Rahmat Tuhan, Raja England dan Perancis, Pembela Iman, Lord dari Ireland, dan Gereja England di Bumi Ketua Tertinggi[9] | |
1536–1542 | Dei gratia Rex Anglie et Francie, Fidei Defensor, Dominus Hibernie, et in terra ecclesiae Anglicane et Hibernice supremum caput
Dengan Rahmat Tuhan, Raja England dan Perancis, Pembela Iman, Lord dari Ireland, dan dari Gereja England dan Ireland di Bumi Ketua Tertinggi[9] | |
1542–1553 | Dei gratia Anglie Francie et Hibernie Rex, Fidei Defensor, et in terra ecclesie Anglicane et Hibernice supremum caput
Dengan Rahmat Tuhan, Raja England, France dan Ireland, Pembela Iman, dan dari Gereja England dan juga Ireland di Bumi Ketua Tertinggib[9] |
Henry VIII, Edward VI |
1553–1554 | Dei gratia Anglie Francie et Hibernie Rex, Fidei Defensor, et in terra ecclesie Anglicane et Hibernice supremum caput
Dengan Rahmat Tuhan, Ratu England, Perancis dan Ireland, Pembela Iman, dan dari Gereja England dan juga Ireland di Bumi Ketua Tertinggib[9] |
Lady Jane Grey (dipertikaikan), Mary I |
1554–1556[10] | Dei Gratia Rex et Regina Anglie, Francie, Neapolis, Ierusalem, et Hibernie; Fidei Defensores; Principes Hispanie et Sicilie; Archiduces Austrie; Duces Mediolani, Burgundie, et Brabancie; Comites Haspurgi, Flandrie, et Tirolis
Dengan Rahmat Tuhan, Raja dan Ratu England dan Perancis, Naples, Jerusalem dan Ireland, Pembela Iman, Penguasa Sepanyol dan Sicily, Archduke Austria, Duke Milan, Burgundy dan Brabant, Count dan Countess Habsburg, Flanders dan Tyrol[9][11] |
Mary I dan Philip |
1556–1558 | Dei gracia rex et regina Anglie Hispaniarum Francie utriusque Sicilie Ierusalem et Hibernie fidei defensores archiduces Austrie duces Burgundie Mediolani et Brabancie comites Haspurgi Flandrie et Tirolis
Dengan Rahmat Tuhan, Raja dan Ratu England, Sepanyol, Perancis, Baitulmuqaddis, kedua-dua Sicily dan Ireland, Pembela Iman, Archduke dan Archduchess Austria, Duke dan Duchess Burgundy, Milan dan Brabant, Count dan Countess Habsburg, Flanders dan Tyrol | |
1558–1603 | Dei gratia Anglie Francie et Hibernie Regina, Fidei Defensor, etc.
Dengan Rahmat Tuhan, Ratu England, Perancis dan Ireland, Pembela Iman, etc. |
Elizabeth I |
- ↑a Pada tahun 1521 Inggeris menggantikan bahasa Latin sebagai bahasa rasmi gelaran pemerintah.
- ↑b ... "dan dari Gereja England dan juga Ireland di Bumi Ketua Tertinggi" digugurkan daripada penggunaan rasmi pada awal tahun 1554 (pengguguran ini diluluskan kemudian oleh akta Parlimen yang dipersetujui pada 16 Jan 1555)
Raja Scotland
suntingGelaran terawal yang terakam bagi raja-raja di tempat yang kini dipanggil Scotland berbeza-beza: kadangkala ia King of the Picts 'Raja Pict', kadangkala King of Fortriu 'Raja Fortriu', dan kadangkala King of Alba 'Raja Alba'. Selepas tahun 900 barulah gelaran yang terakhir tadi menjadi standard. Dari pemerintahan David I, gelaran itu menjadi sama ada "rex Scottorum" ("Raja Scot") atau "rex Scotiae" ("Raja Scotland").[perlu rujukan] "Raja Scot" adalah yang paling lazim tetapi "Raja Scotland" kadangkala digunakan. James VI dan I mengisytiharkan diri baginda "Raja Great Brittaine, Perancis dan Ireland" melalui Pengisytiharan Diraja tetapi ini tidak diterima oleh Parlimen Inggeris.[12] Tiga raja terakhir Scotland—William II (William III dari England), Mary II dan Anne—semuanya menggunakan King/Queen of Scotland 'Raja/Ratu Scotland' dan bukannya of Scots 'dari Scots'.
Raja Inggeris dan Scotland
suntingTahun | Gelaran | Terjemahan | Pengguna |
---|---|---|---|
1603–1689 | By the Grace of God, King of England, Scotland, France and Ireland, Defender of the Faith, etc. | Dengan Rahmat Tuhan, Raja England, Scotland, Perancis dan Ireland, Pembela Iman, dll. | James VI & I, Charles I, Charles II, James VII dan II |
1650–1653 | Captain-General and Commander-in-Chief of all the armies and forces raised and to be raised within the Commonwealth of England | Kapten Jeneral dan Panglima Tertinggi semua tentera dan pasukan yang dibangkitkan dan akan dibangkitkan dalam Komanwel England | Oliver Cromwell |
1653–1659 | By the Grace of God and of the Republic, Lord Protector of the Commonwealth of England, Scotland and Ireland, et cetera, and the Dominions and Territories thereunto belonging | Dengan Rahmat Tuhan dan Republik, Lord Pelindung Komanwel England, Scotland dan Ireland, dan lain-lain, dan Dominion dan Wilayah yang menjadi miliknya | Oliver Cromwell, Richard Cromwell |
1689–1694 | By the Grace of God, King and Queen of England, Scotland, France and Ireland, Stadtholder of the Republic of the Seven United Netherlands, Prince of Orange, Count of Nassau, Defenders of the Faith, etc. | Dengan Rahmat Tuhan, Raja dan Ratu England, Scotland, Perancis dan Ireland, Stadtholder Republik Tujuh Belanda Bersatu, Putera Orange, Count dari Nassau, Pembela Iman, dll. | William III dan Mary II |
1694–1702 | By the Grace of God, King of England, Scotland, France and Ireland, Stadtholder of the Republic of the Seven United Netherlands, Prince of Orange, Count of Nassau, Defender of the Faith, etc. | Dengan Rahmat Tuhan, Raja England, Scotland, Perancis dan Ireland, Stadtholder Republik Tujuh Belanda Bersatu, Putera Orange, Count dari Nassau, Pembela Iman, dll. | William III |
1702–1707 | By the Grace of God, Queen of England, Scotland, France and Ireland, Defender of the Faith, etc. | Dengan Rahmat Tuhan, Ratu England, Scotland, Perancis dan Ireland, Pembela Iman, dll. | Anne |
Raja-raja British
suntingJika terdapat kedua-dua versi bahasa Latin dan Inggeris, kedua-duanya dianggap sama dengan satu sama lain. Satu versi bukannya terjemahan langsung satu lagi versi.
Tahun | Gelaran | Terjemahan | Raja |
---|---|---|---|
1707–1714 | by the Grace of God Queen of Great Britain, France and Ireland, Defender of the Faith, etc. | dengan Rahmat Tuhan Ratu Great Britain, Perancis dan Ireland, Pembela Iman, dll. | Anne |
1714–1801 | by the Grace of God King of Great Britain, France and Ireland, Defender of the Faith, Archtreasurer and Prince-Elector of the Holy Roman Empire, Duke of Brunswick-Luneburg | dengan Rahmat Tuhan Raja Great Britain, Perancis dan Ireland, Pembela Iman, Bendahara Agung dan Putera Pemilih Empayar Rom Suci, Duke dari Brunswick-Luneburg | George I, George II, George III |
1801–1814 | by the Grace of God of the United Kingdom of Great Britain and Ireland King, Defender of the Faith, Arch-treasurer and Prince-Elector of the Holy Roman Empire, Duke of Brunswick-Luneburg[a] | dengan Rahmat Tuhan United Kingdom of Great Britain dan Ireland Raja, Pembela Iman, Bendahara Agung dan Putera-Pemilih Empayar Rom Suci, Duke dari Brunswick-Luneburg | George III |
1814–1837 | by the Grace of God of the United Kingdom of Great Britain and Ireland King, Defender of the Faith, King of Hanover, Duke of Brunswick-Luneburg | dengan Rahmat Tuhan United Kingdom of Great Britain dan Ireland Raja, Pembela Iman, Raja Hanover, Duke dari Brunswick-Luneburg | George III, George IV, William IV |
1837–1876 | by the Grace of God of the United Kingdom of Great Britain and Ireland Queen, Defender of the Faith | dengan Rahmat Tuhan United Kingdom of Great Britain dan Ireland Raja, Pembela Iman, Raja Hanover, Duke dari Brunswick-Luneburg | Victoria |
1876–1901 | by the Grace of God of the United Kingdom of Great Britain and Ireland Queen, Defender of the Faith, Empress of India | dengan Rahmat Tuhan United Kingdom of Great Britain and Ireland Ratu, Pembela Iman | |
1901 | Dei Gratia Britanniarum Rex, Fidei Defensor, Indiae Imperator by the Grace of God of the United Kingdom of Great Britain and Ireland King, Defender of the Faith, Emperor of India[13] |
Dengan Rahmat Tuhan, Raja Britain, Pembela Iman, Maharaja India
dengan Rahmat Tuhan United Kingdom of Great Britain and Ireland Raja, Pembela Agama, Maharaja India |
Edward VII |
1901–1927 | Dei Gratia Britanniarum et terrarum transmarinarum quae in ditione sunt Britannica Rex, Fidei Defensor, Indiae Imperator by the Grace of God of the United Kingdom of Great Britain and Ireland and of the British Dominions beyond the Seas King, Defender of the Faith, Emperor of India[13][14] |
Dengan Rahmat Tuhan, United Kingdom dan wilayah seberang laut di bawah kekuasaan Raja British, Pembela Iman, Maharaja India
dengan Rahmat Tuhan United Kingdom of Great Britain and Ireland dan Dominion British di seberang Laut Raja, Pembela Iman, Maharaja India |
Edward VII, George V |
1927–1948 | Dei Gratia Magnae Britanniae, Hiberniae et terrarum transmarinarum quae in ditione sunt Britannica Rex, Fidei Defensor, Indiae Imperator by the Grace of God of Great Britain, Ireland and the British Dominions beyond the Seas King, Defender of the Faith, Emperor of India[7] |
Dengan Rahmat Tuhan, Great Britain, Ireland, dan wilayah seberang laut di bawah kekuasaan Raja British, Pembela Iman, Maharaja India
dengan Rahmat Tuhan Great Britain, Ireland dan Dominion British di sebrang Laut Raja, Pembela Iman, Maharaja India |
George V, Edward VIII, George VI |
1948–1952 | Dei Gratia Magnae Britanniae, Hiberniae et terrarum transmarinarum quae in ditione sunt Britannica Rex, Fidei Defensor by the Grace of God of Great Britain, Ireland and the British Dominions beyond the Seas King, Defender of the Faith[7][b] |
Dengan Rahmat Tuhan, Great Britain, Ireland, dan wilayah seberang laut di bawah kekuasaan Raja British, Pembela Iman.
dengan Rahmat Tuhan Great Britain, Ireland dan Dominion British di seberang Laut Raja, Pembela Iman |
George VI |
1952–1953 | Dei Gratia Magnae Britanniae, Hiberniae et terrarum transmarinarum quae in ditione sunt Britannica Regina, Fidei Defensor by the Grace of God of Great Britain, Ireland and the British Dominions beyond the Seas Queen, Defender of the Faith |
Dengan Rahmat Tuhan, Great Britain, Ireland, dan wilayah seberang laut di bawah kekuasaan Ratu British, Pembela Iman
dengan Rahmat Tuhan Great Britain, Ireland dan Dominion British di seberang Laut Ratu, Pembela Iman |
Elizabeth II |
1953–2022 | Dei Gratia Britanniarum Regnorumque Suorum Ceterorum Regina, Consortionis Populorum Princeps, Fidei Defensor by the Grace of God of the United Kingdom of Great Britain and Northern Ireland and of Her other Realms and Territories Queen, Head of the Commonwealth, Defender of the Faith[2][c] |
Dengan Rahmat Tuhan, Ratu United Kingdom dan Alam-Alamnya yang Lain, Penguasa Komanwel, Pembela Iman
dengan Rahmat Tuhan United Kingdom Great Britain dan Ireland Utara dan Alam-Alam dan Wilayah-Wilayahnya yang lain Ratu, Ketua Komanwel, Pembela Iman | |
2022–present | by the Grace of God of the United Kingdom of Great Britain and Northern Ireland and of His other Realms and Territories, King, Head of the Commonwealth, Defender of the Faith[15][d] | dengan Rahmat Tuhan dari United Kingdom Great Britain dan Ireland Utara dan Alam-Alam dan Wilayah-Wilayahnya yang lain, Raja, Ketua Komanwel, Pembela Iman | Charles III |
Lihat juga
suntingCatatan
sunting- ^ Ini mencerminkan United Kingdom yang dicipta oleh Akta Kesatuan 1800 dan melepaskan tuntutan kepada takhta Perancis yang sudah berlangsung lebih dari 400 tahun
- ^ Mengiktiraf bahawa pada tahun 1947 British India telah dibahagikan kepada dua wilayah jajahan bebas, India dan Pakistan.
- ^ Mengikut Akta Gelaran Diraja 1953
- ^ Pengisytiharan Majlis Privy. Lihat juga Perisytiharan naik takhta Charles III. Setakat 2025, masih belum dilihat jika akan ada versi Latin.
Rujukan
sunting- ^ UK Parliament, Royal Titles Act 1953 (1 & 2 Eliz. 2 c. 9)
- ^ a b c d e "No. 39873". The London Gazette (11th supplement). 26 Mei 1953. m/s. 3023. Pengisytiharan 28 Mei 1953 dibuat mengikut Akta Gelaran Diraja 1953.
- ^ Chadwick, H. Munro (1924). The Origin of the English Nation. Cambridge: Cambridge University Press. m/s. 54.
- ^ Akta Mahkota Ireland 1542. The Rights of Persons, According to the Text of Blackstone: Incorporating the Alterations Down to the Present Time, Sir William Blackstone dan James Stewart, 1839, hlm.92
- ^ (35 Hen. 8. c. 3) The Rights of Persons, According to the Text of Blackstone:Incorporating the Alterations Down to the Present Time, Sir William Blackstone dan James Stewart, 1839, hlm. 92
- ^ Proclamation by the Queen in Council to the Princes, Chiefs and People of India
- ^ a b c "No. 38330". The London Gazette. 22 Jun 1948. m/s. 3647. Pengisytiharan Diraja 22 Jun 1948, dibuat mengikut Akta Kemerdekaan India 1947, 10 & 11 GEO. 6. CH. 30. ('Section 7: ...(2)The assent of the Parliament of the United Kingdom is hereby given to the omission from the Royal Style and Titles of the words "Indiae Imperator " and the words "Emperor of India" and to the issue by His Majesty for that purpose of His Royal Proclamation under the Great Seal of the Realm.'). According to this Royal Proclamation, the King retained the Style and Titles 'George VI by the Grace of God of Great Britain, Ireland and the British Dominions beyond the Seas King, Defender of the Faith', and he thus remained King of the various Dominions, including India and Pakistan, though these two (and others) eventually chose to abandon their monarchies and became republics. [Seksyen 7: ...(2) Persetujuan Parlimen United Kingdom dengan ini diberikan kepada pengguguran daripada Gelaran Diraja perkataan "Indiae Imperator " dan perkataan "Maharaja India" dan untuk mengeluarkan oleh Baginda bagi maksud itu Pengisytiharan Diraja di bawah Mohor Besar Alam.'). Menurut Pengisytiharan Diraja ini, Raja mengekalkan Gelaran 'George VI dengan Rahmat Tuhan Great Britain, Ireland dan Dominion British di seberang Laut Raja, Pembela Iman', dan oleh itu baginda kekal sebagai Raja bagi pelbagai Dominion, termasuk India dan Pakistan, walaupun kedua-duanya (dan yang lain) akhirnya memilih untuk meninggalkan monarki mereka dan menjadi republik.]
- ^ "Richard himself was stiled Princeps Cestriæ , Prince of Chester. But this title was but of small duration: no longer, than till Henry the fourth repeal'd the Laws of the said Parliament; for then it became a County Palatine again, and retains that Prerogative to this day... [Richard sendiri bergelar Princeps Cestriæ , Putera dari Chester. Namun gelaran ini tidak kekal lama: hanya sehingga Henry IV memansuhkan Undang-undang Parlimen; kerana kemudian ia menjadi Kaunti Palatine sekali lagi, dan mengekalkan Prerogatif itu sehingga kini...]" Cheshire – Britannia. Ditulis oleh William Camden.
- ^ a b c d e England: Kings and Queens: 1066–1649. Dicapai 11 Mac 2010.
- ^ England: Royal Styles: 1553–1558. Dicapai 11 Mac 2010.
- ^ Burke's Guide to the Royal Family. London: Burke's Peerage Limited. 1973. m/s. 206. ISBN 0-220-66222-3.
- ^ "British Library".
- ^ a b "No. 27372". The London Gazette. 5 November 1901. m/s. 7137.
- ^ "No. 33274". The London Gazette. 13 Mei 1927. m/s. 3111.
- ^ "The London Gazette, Supplement 63812, Page 2". The Gazette. 12 September 2022. Dicapai 18 September 2022.