George II dari Great Britain
George II (George Augustus; Jerman: Georg August ; 30 Oktober/9 November 1683 O.S./N.S. O.S./N.S. - 25 Oktober 1760) ialah Raja Britain dan Ireland, Duke of Brunswick-Lüneburg ( Hanover) dan seorang putera-pemilih Empayar Rom Suci dari 11 Jun 1727) sehingga kemangkatannya pada tahun 1760.
George II | |||||
---|---|---|---|---|---|
Raja Great Britain dan Ireland, Pemilih Hanover (lagi...) | |||||
Pemerintahan | 11/22O.S./N.S. Jun 1727 – 25 Oktober 1760 | ||||
Pertabalan | 11/22O.S./N.S. Oktober 1727 | ||||
Didahului oleh | George I | ||||
Diikuti oleh | George III | ||||
Keputeraan | 30 Oktober / 9 November 1683O.S./N.S. Istana Herrenhausen,[1] atau Istana Leine,[2] Hanover | ||||
Kemangkatan | 25 Oktober 1760 Istana Kensington, London | (umur 76)||||
Pemakaman | 11 November 1760 Westminster Abbey, London | ||||
Pasangan | Caroline dari Ansbach (k. 1705; m. 1737) | ||||
Anakanda Butiran | |||||
| |||||
Kerabat | Hanover | ||||
Ayahanda | George I dari Great Britain | ||||
Bonda | Sophia Dorothea dari Celle | ||||
Agama | Protestan | ||||
Tandatangan |
Dilahirkan dan dibesarkan di utara Jerman, George ialah raja Inggeris paling terakhir setakat ini yang lahir di luar Great Britain. Akta Pewarisan1701 dan Akta Kesatuan 1707 menempatkan nenendanya, Sophia dari Hanover, dan keturunan Protestannya untuk mewarisi takhta Inggeris. Selepas kematian Sophia dan Anne, Ratu Britain, pada tahun 1714, ayahandanya, Pemilih Hanover, menjadi George I dari Great Britain. Pada tahun-tahun pertama pemerintahan ayahandanya sebagai raja, George dikaitkan dengan ahli politik pembangkang sehingga mereka bergabung semula dengan parti pemerintah pada tahun 1720.
Sebagai raja dari tahun 1727, George kurang menguasai dasar domestik Britain, yang sebahagian besarnya dikendalikan oleh Parlimen Britain. Sebagai Pemilih Hanover, baginda menghabiskan dua belas musim panas di Hanover, tempat baginda mempunyai kawalan langsung terhadap dasar pemerintah. Baginda mempunyai hubungan yang sukar dengan anakanda sulungnya, Frederick, yang menyokong pembangkang di parlimen. Semasa Perang Penggantian Austria, George turut serta dalam Pertempuran Dettingen pada tahun 1743, dan dengan itu menjadi raja Inggeris terakhir yang memimpin tentera dalam pertempuran. Pada tahun 1745, penyokong Katolik yang menuntut takhta Britain, James Francis Edward Stuart ("Si Pengaku Tua"), yang dipimpin oleh putera James iaitu Charles Edward Stuart ("Si Pengaku Muda" atau "Bonnie Prince Charlie"), berusaha dan gagal untuk menjatuhkan George pada akhir pemberontakan Jacobite. Frederick meninggal secara tiba-tiba pada tahun 1751, sembilan tahun sebelum ayahandanya, sehingga George II akhirnya digantikan oleh cucunya, George III.
Selama dua abad setelah kemangkatan George II, sejarah cenderung melihatnya dengan jijik, menumpukan perhatian kepada perempuan simpanannya, baran, dan sombong. Sejak itu, penilaian semula warisannya telah menyebabkan para sarjana menyimpulkan bahawa baginda lebih banyak mempengaruhi dasar luar negeri dan lantikan ketenteraan daripada yang difikirkan sebelumnya.
Rujukan
suntingPautan luar
suntingWikimedia Commons mempunyai media berkaitan George II dari Great Britain |
Wikipetik mempunyai koleksi petikan mengenai: George II dari Great Britain |
- (Inggeris) George II di BBC History
- (Inggeris) George II di laman web rasmi monarki Inggeris
- (Inggeris) Potret bagi King George II di Galeri Potret Kebangsaan, London
George II dari Great Britain Cabang kadet bagi Kerabat Welf Tarikh keputeraan: 9 November 1683 Tarikh kemangkatan: 25 October 1760
| ||
Gelaran pemerintah | ||
---|---|---|
Didahului oleh George I |
Raja Great Britain dan Ireland, Pemilih Hanover 11/22 Jun 1727 – 25 Oktober 1760 |
Diikuti oleh: George III |
Kerabat diraja British | ||
Kosong Gelaran dipegang dahulu oleh James |
Putera Wales Duke Cornwall Duke Rothesay 1714–1727 |
Diikuti oleh: Frederick |
Jawatan akademik | ||
Didahului oleh The Duke of Ormonde |
Canselor Universiti Dublin 1715–1727 |
Diikuti oleh: HRH Frederick, Putera Wales |