Edward Gough Whitlam (11 Julai 1916 – 21 Oktober 2014) merupakan Perdana Menteri Australia ke-21 dari tahun 1972 sehingga 1975. Beliau merupakan Ketua Parti Buruh Australia dari 1967 sehingga 1977, di mana dalam tempoh tersebut beliau berjaya memimpin partinya memegang kuasa setelah memenangi pilihan raya persekutuan negara tersebut pada 1972. Beliau turut memenangi pilihan raya persekutuan tahun 1974 namun dilucutkan jawatannya oleh John Kerr, Gabenor Jeneral Australia dalam suatu krisis perlembagaan pada tahun berikutnya.

The Honourable ("Yang Berhormat")
Gough Whitlam
Whitlam pada tahun 1973
Perdana Menteri Australia ke-21
Dalam jawatan
5 Disember 1972 – 11 November 1975
RajaElizabeth II
Sir Paul Hasluck
Sir John Kerr
TimbalanLance Barnard
Jim Cairns
Frank Crean
Didahului olehWilliam McMahon
Digantikan olehMalcolm Fraser
Menteri Luar Negara Australia
Dalam jawatan
5 Disember 1972 – 6 November 1973
Perdana Menterihimself
Didahului olehNigel Bowen
Digantikan olehDon Willesee
Ketua Pembangkang Australia
Dalam jawatan
11 November 1975 – 22 Disember 1977
Perdana MenteriMalcolm Fraser
TimbalanFrank Crean
Tom Uren
Didahului olehMalcolm Fraser
Digantikan olehBill Hayden
Dalam jawatan
9 Februari 1967 – 5 Disember 1972
Perdana MenteriHarold Holt
John McEwen
John Gorton
William McMahon
TimbalanLance Barnard
Didahului olehArthur Calwell
Digantikan olehBilly Snedden
Ketua Parti Buruh Australia
Dalam jawatan
9 Februari 1967 – 22 Disember 1977
TimbalanLance Barnard
Jim Cairns
Frank Crean
Tom Uren
Didahului olehArthur Calwell
Digantikan olehBill Hayden
Naib Ketua Parti Buruh Australia
Dalam jawatan
7 Mac 1960 – 9 Februari 1967
KetuaArthur Calwell
Didahului olehArthur Calwell
Digantikan olehLance Barnard
Ahli Parlimen Australian
bagi Werriwa
Dalam jawatan
29 November 1952 – 31 Julai 1978
Didahului olehBert Lazzarini
Digantikan olehJohn Kerin
Maklumat peribadi
Lahir
Edward Gough Whitlam

(1916-07-11)11 Julai 1916
Kew, Melbourne, Australia
Mati21 Oktober 2014(2014-10-21) (umur 98)
Elizabeth Bay, New South Wales, Australia
Parti politikParti Buruh
PasanganMargaret Dovey (k. 1942; meninggal 2012)
Anak4, including Tony and Nicholas
Pendidikan
Tempat belajarUniversity of Sydney
PekerjaanDuta hak asasi manusia
(UNESCO)
Flight bombardier
(Tentera Udara Diraja Australia)
Bidang pengkhususanPeguam
Ahli politik
Diplomat
TandatanganTandatangan
Perkhidmatan tentera
KesetiaanKomanwel Australia
Cabang/khidmatTentera Udara Diraja Australia
Tahun khidmat1941–45
Pangkat Flight Lieutenant
UnitNo. 13 Squadron RAAF
Perang/PertempuranPerang Dunia Kedua

Awal hidup

sunting

Edward dilahirkan pada 11 Julai 1916 di rumah keluarganya beralamat 46 Rowland Street,[1] Kew, pinggir kota Melbourne.

Sebagai askar

sunting

Kerjaya politik

sunting

Whitlam diangkat sumpah bersama Naib Ketua Parti Buruh Lance Barnard masing-masing sebagai Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri di bawah Gabenor Jeneral Sir Paul Hasluck pada 5 Disember 1972, dengan pegangan sebanyak 27 portfolio antara kedua-duanya.[2]

Pemerintahan

sunting

Whitlam dan Bernard mula melaksanakan polisi-polisi mereka bersama seakan suatu kuasa "dwitunggal" demi memenuhi janji-janji parti mereka jika dilantik sebagai kerajaan memerintah.

Hal antarabangsa

sunting

Rundingan dilakukan oleh Whitlam dan Bernard agar menjalinkan hubungan dengan Republik Rakyat China sambil memtuuskan hubungan sedia ada dengan Repbulik China di Taiwan.[3] Selain itu, kerajaannya memberikan kemerdekaan kepada Papua New Guinea pada tahun September 1975 setelah beberapa lama berada dalam nanungan Australia berikutan [4] Mereka turut menggesa delegasi Australia membuat undian menyokong sekatan ekonomi ke atas Afrika Selatan dan Rhodesia yang mengamalkan sistem apartheid, selain melarang tim-tim sukan dari negara tersebut memasuki Australia.[5]

Isu Timor Leste

sunting

Berikutan Revolusi Bunga Teluki tahun 1974, Portugal mula melepaskan jajahan miliknya antaranya Timor Portugis (kini Timor Leste) yang banyak diperhatikan Australia sejak penglibatannya dalam kegiatan perang bersama orang tempatan sana sewaktu Perang Dunia Kedua.[6] Pada September 1974, Whitlam bertemu Presiden Suharto di mana beliau dipercayai atau disangka telah memberikan sokongannya terhadap aneksasi Timor Portugis oleh Indonesia[7] atas sebab negara tersebut boleh menstabilkan keadaan di sana terutamanya daripada pergerakan FRETILIN dianggap memihak kepada golongan Komunis;[6] Whitlam pula sendiri menyatakan yang beliau sebenarnya menggesa Suharto menghormati kehendak warga Timor Timur menentukan nasib sendiri. Sungguhpun begitu, Indonesia tetap menyerang Timor Leste pada Disember 1975 dan kemudiannya menduduki kawasan itu sehingga suatu pungutan suara mendapatkan kemerdekaan kawasan tersebut pada tahun 1999.

Krisis perlembagaan 1975

sunting

Pada Oktober 1975, Coalition memperoleh majoriti kerusi Senat Australia sebanyak 30–29, dan pihak Pembangkang pimpinan Malcolm Fraser menyekat bekalan ahli kepada Perikatan. Pihak Coalition berepndapat bahawa jika Whitlam sendiri tidak dapat memberikan bekalan tambahan untuk kerajaannya serta tidak mengusulkan pilihanraya yang baru, mana Kerr akan melucutkan jawatan Whitlam.[8]

Senja hidup

sunting

Gough meninggal awal pagi 21 Oktober 2014 meninggalkan sempat orang anak, lima orang cucu dan sembilan orang cicit.[9] Beliau merupakan mantan Perdana Menteri Australia paling lama hidup pada usia 98 tahun dan 102 hari.

Rujukan

sunting
  1. ^ "National Trust Heritage Citation". Dicapai pada 2016-08-10.
  2. ^ Freudenberg 2009, halaman 246.
  3. ^ Freudenberg 2009, halaman 251.
  4. ^ Gough Whitlam: In Office, National Archives of Australia, dicapai pada 30 March 2010
  5. ^ Kelly 1995, halaman 14–15.
  6. ^ a b Cotton 2004, halaman 4–5.
  7. ^ Dunn 1996, halaman 61.
  8. ^ Kelly 1983, m/s. 267.
  9. ^ Griffiths, Emma (3 October 2014). "Obituary: former prime minister Gough Whitlam dead at 98". ABC News. Dicapai pada 25 October 2014.

Pautan luar

sunting
  NODES
Done 3
eth 2
freud 2
News 1
see 1