Halim Saad
Tan Sri Dato' Seri (Dr.) Halim bin Saad dikenali sebagai ahli perniagaan terkemuka yang memimpin Renong / UEM Group dari tahun 1985 hingga 2001. Kumpulan Renong / UEM adalah syarikat korporat terbesar di Malaysia pada masa itu, dengan pelaburan di hampir setiap sektor utama di Malaysia; dari konsesi Lebuhraya, konsesi Jambatan, Hotel, Hospital, Produk Farmasi, Telekomunikasi, Transit Aliran Ringan, Bas, Pembangunan Lapangan Terbang Antarabangsa (KLIA), Kompleks Sukan Negara Malaysia, Rangkaian Televisyen & Media dan juga Media Cetak. Setelah meninggalkan Renong / UEM Group pada tahun 2001, Tan Sri Halim Saad mengasaskan Markmore Group yang mempunyai pelaburan di dalam dan luar negara. Portfolionya termasuk; Petroleum & Gas - Eksplorasi dan Pengeluaran, Konsesi Perlombongan, Tenaga, Pembinaan dan Pembangunan Hartanah, Pusat Membeli-Belah REIT, Infrastruktur Telekomunikasi, Pendidikan, Pengurusan Hartanah dan Perkhidmatan Pengurusan Aset.
My Story by Tan Sri Halim Saad
https://www.youtube.com/watch?v=1uNFerUXKec
2015 World Class New Zealand Awards - Halim Saad
https://www.youtube.com/watch?v=kmXzeYvqiXQ
UTeM’s new pro-chancellor
Keluarga
suntingHalim berkahwin dengan Noraini Zolkifli pada tahun 1979. Mereka dikurniakan tiga orang anak. Pada bulan Oktober 1995, mereka ke mahkamah untuk mengesahkan perceraian namun telah menarik balik permohonan. Halim berkahwin dengan Shaesta Said pada tahun 1999. Halim and Shaesta dikurniakan tiga orang anak.
Rangkaian
suntingHalim Saad sering dikaitkan dengan bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin. Pada masa pemerintahan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir, beliau berfungsi sebagai ahli perniagaan bumiputra yang membiayai operasi UMNO. UMNO ketika itu merupakan parti politik paling dominan di Malaysia. Beliau juga didapati menyalurkan dana untuk pembelian tanah Bangunan UMNO/PWTC yg ketika itu dimiliki Tengku Razaleigh Hamzah. Selain itu, syarikat-syarikat milik UMNO yang mengalami kerugian berbillion ringgit sering dijual kepada Halim Saad.
Anugerah & Pingat
suntingMalaysia: Komandan (P.S.M.) Membawa gelaran 'Tan Sri'
Malaysia: Lain-lain - (P.S.M), (S.S.A.P), (S.P.M.P), (D.C.S.M), (S.I.M.P), (D.P.M.P), (D.S.A.P)
New Zealand: Anugerah New Zealand Bertaraf Dunia - Rakan New Zealand
Benin: Konsulat Kehormat Benin
UEM
Pada tahun 1984, United Engineers Malaysia (UEM) adalah sebuah syarikat yang merosot/kerugian. Ketika itu, Halim Saad telah bertindak membeli majoriti saham syarikat tersebut. Halim Saad menggunakan syarikat berikut sebagai platfom untuk membida projek terbesar di Malaysia pada masa itu, iaitu projek Lebuhraya Utara Selatan sejauh 800km. UEM memenangi tawaran tersebut dan dianugerahkan konsesi pada tahun 1986. UEM kemudian, menubuhkan syarikat baru bernama PLUS untuk melaksanakan projek konsesi tersebut. Skala risiko dan size kontrak seperti itu tidak pernah dijalankan oleh mana-mana syarikat di Malaysia pada masa itu. Gambarannya, PLUS bertanggungjawab membina jalan raya dari Thailand ke Singapura dalam masa 7 tahun termasuk mengoperasikan dan menyelenggarakannya. Tugas itu merangkumi pembiayaan dan pembinaan 300 Jambatan, 70 persimpangan jalan, 40 tempat awam dan 18 kawasan rehat dan perkhidmatan. Terdapat kira-kira 100 kontrak utama dan 400 kontrak kecil yang dimeterai oleh PLUS dengan kontraktor tempatan. Walaupun terdapat risiko bahawa kontraktor tempatan tidak berpengalaman, gambaran yang lebih besar adalah bahawa ia memberi peluang kepada kontraktor Melayu/BumiPutera serta bukan bumiputera untuk mencuba 'Cabaran Baru' dan mengembangkan kepakaran mereka. Projek ini telah disiapkan pada bulan September 1994, iaitu 1 tahun lebih awal dari jadualnya. Ini secara langsung mengubah lanskap Semenanjung Malaysia dengan sistem infrastruktur baru dan menjadi dorongan utama pembangunan dan pertumbuhan ekonomi seluruh negara. Ini memperlihatkan perhubungan antara negeri dan bandar bandar berlaku pada tahap yang baru.
UEM / Renong
Antara tahun 1988 hingga 1993, UEM telah membeli dan membina sebanyak 29 syarikat lain bagi memastikan bekalan dan perkhidmatan penting bagi pembinaan dan penyelenggaraan lebuh raya PLUS tersedia pada harga dan kualiti yang paling baik. Strategi ini dilaksanakan bagi menjalankan operasi disamping mencapai keuntungan yang optimum. Pada tahun 1990, Renong dilihat mememeteraikan perkongsian dengan UEM, iaitu PLUS termasuk semua syarikat lain yang berkaitan dengan struktur asas organisasi disatukan dibawah satu organisasi. Renong terus berkembang pesat, menjadi wajah Korporat Malaysia. Menjelang tahun 2001, Renong didapati memegang saham utama dalam 14 syarikat besar yang tersenarai di Bursa Malaysia. Antaranya, Cement Industries of Malaysia dan HoHup Construction, Mudajaya Construction dan Time DotCom. Time merupakan syarikat pertama yg membawa Fiber Optic ke Malaysia.
Opus International
Pada 1996, pembelian penting Halim Saad adalah Opus International Consultants Ltd dari New Zealand. OPUS pada awalnya merupakan entiti di bawah Kerajaan New Zealand, Kementerian Kerja Raya dan Pembangunan. Ia diswastakan Halim Saad melalui Syarikat Kinta Kellas. OPUS ketika itu, menjalankan lebih daripada 100 projek di 20 buah negara. Pada tahun 2002 dan 2006, OPUS diiktirafkan sebagai 'Pengekspot Perkhidmatan Perdagangan & Perusahaan New Zealand ke Pasaran Antarabangsa'. Secara langsung, OPUS juga dinobatkan sebagai Pengeksport Tertinggi Perdagangan New Zealand.
Projek Nasional Lain Lain
Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur
Kompleks Sukan Negara
Jambatan Kedua Malaysia Singapura
Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ - Malaysia Singapura)
Kabel Fiber dan Kabel Kapal Selam 3600Km - Time Dot Com
Transit Aliran Ringan Kuala Lumpur - PUTRA
Prolink (Kini dikenali sebagai Iskandar Malaysia) - 24000 ekar
Kemaman Bitumen Company
Cement Industries Malaysia
Kualiti Alam
New Straits Times
Phamarniaga
Kumpulan KYS
Kebanggaannya dalam bidang/institusi pendidikan adalah Kolej Yayasan Saad (Saad Foundation College) dan Kolej Matrikulasi Yayasan Saad (Kini dikenali sebagai Kolej Yayasan UEM). Ia dibina untuk mengenang jasa arwah ayahnya . Kedua-dua institusi ini terkenal dengan keputusan terbaik dalam peperiksaan mahupun sijil perakuan. Selain itu, sekolah/kolej KYS terkenal dengan pelbagai aktiviti kokurikulum seperti ragbi, bola jaring, coding(programming) dan juga orkestra. Pasukan KYS Orchestra dikehendaki Tan Sri Halim Saad agar membuat persembahan di seluruh Malaysia termasuk menyertai jemputan jemputan luar negara.
Antara Program Latihan dan Biasiswa Halim Saad lain, yang mencerminkan visi dan pengalamannya; RMTS dan RGSTF.
https://en.wikipedia.org/wiki/Kolej_Yayasan_Saad
Kumpulan Markmore
Kumpulan Markmore adalah syarikat swasta milik Halim Saad selepas era Renong / UEM.
Antara sektor yang terlibat:
1. Pendidikan
2. Pembinaan
3. Pembangunan Hartanah
4. Mineral, Petroliam & Gas
5. Tenaga Boleh Diperbaharui
6. Infra Telekomunikasi
7. REIT - Pusat Membeli-Belah
8. Perkhidmatan Pengurusan Hartanah
9. Kewangan - Perkhidmatan Pengurusan Aset
10. Pertanian & Akuakultur
Rujukan
sunting- https://www.wsj.com/articles/SB838669790143359500
- https://www.klik.com.my/item/story/2727629/renong-chief-s-divorce-hearing-on-july-31