Harbin
Harbin (Cina Ringkas: 哈尔滨 ; Cina Tradisional: 哈爾濱 ; pinyin: Hāěrbīn; Wade-Giles: Ha-erh-pin; bahasa Rusia Харби́н Kharbin) ialah sebuah bandar sub-provinsi dan ibu negeri Provinsi Heilongjiang di timur laut China. Letaknya di pinggir selatan Sungai Songhua. Harbin merupakan bandar industri yang makmur, menjadi bandar ke-10 terbesar di China. Ia juga merupakan pusat politik, ekonomi, ilmiah, budaya, dan komunikasi di China timur laut.
- Kedudukan kota: Distrik Daoli
- Penduduk: 9.410.000 jiwa (2001)
- Wilayah: 53.775 km², 1.637 km² urban
- Koordinat geografi: 125°42′-130°10′BT, 44°04′-46°40′ LU
- KDNK: ¥141.48 juta (sekitar 17,149 juta dolar AS) pada 2004, urutan ke-17 dari KDNK total dan ke-29 dalam KDNK per kapita di antara bandar-bandar China
- Kebolehan bersaing: Urutan ke-10 dalam "2004 Chinese City Competitive Ability Reports"
- Datuk bandar: Zhang Xiaolian (张效廉): sejak Februari 2007
Harbin memiliki nama jolokan 'Mutiara di leher angsa' kerana bentuk Heilongjiang yang menyerupai seekor angsa, atau sebagai 'Moscow Oriental' atau 'Paris Oriental' kerana bentuk seni binanya. Harbin juga dikenali sebagai 'Kota Ais' kerana musim dinginnya yang panjang dan sentiasa dingin dan sejuk beku.
Acara musim dingin
suntingIklim Harbin dipengaruhi angin musim dingin dari Siberia. Suhu rata-rata di musim panas adalah 21,2 °C. Sebaliknya, suhu rata-rata di musim dingin adalah −16,8 °C, dengan kemungkinan suhu jatuh hingga −38.1 °C.
Festival Antarabangsa Salji dan Ais Harbin merupakan acara tahunan di kota Harbin sejak tahun 1995. Di antara kegiatan olahraga selama festival adalah Ski Alpin Yabuli, berenang di Sungai Songhua, dan pameran lampion ais di Taman Zhaolin.
Harbin pernah menjadi penyelenggara Sukan Asia Musim Sejuk tahun 1996, dan sedang mencalonkan diri sebagai tuan rumah Sukan Olimpik Musim Sejuk tahun 2010. Selain itu, Harbin telah ditetapkan sebagai tuan rumah Universiade Musim Sejuk tahun 2009.
Pautan luar
suntingWikimedia Commons mempunyai media berkaitan Harbin |
- (Inggeris) Tapak web rasmi Diarkibkan 2012-01-11 di Wayback Machine
- (Inggeris) Gambar satelit di Google Maps