Hari Hangul, juga dipanggil Hari Pengisytiharan Hangul atau Hari Abjad Korea, ialah hari istimewa kebangsaan Korea yang memperingati penciptaan dan pengisytiharan penggunaan abjad asli bahasa Korea iaitu hangul (한글) oleh Raja Sejong. Hari hangul disambut pada 9 Oktober di Korea Selatan dan 15 Januari di Korea Utara. Di Korea Utara, perayaan ini dipanggil Hari Chosŏn'gŭl.

Hari Hangul Korea Selatan
Hangul한글날
Perumian SemakanHangeullal
McCune–ReischauerHan'gŭllal
Hari Chosŏn'gŭl Korea Utara
Hangul조선글날
Perumian SemakanJoseongeullal
McCune–ReischauerChosŏn'gŭllal

Menurut catatan Sejong Sillok (세종실록;世宗實綠), pada tahun 1446, Raja Sejong mengisytiharkan penerbitan buku panduan Hunmin Jeongeum (훈민정음;訓民正音) yang memperkenalkan abjad baru kepada rakyat jelata pada bulan kesembilan takwim qamari. Pada tahun 1926, Persatuan Hangul menyambut ulang tahun ke-480 pengisytiharan abjad hangul pada hari terakhir bulan kesembilan takwim qamari, bersamaan 4 November di takwim Gregory. Para ahli Persatuan tersebut mengisytiharkan julung kalinya hari "Gagyanal (가갸날)" disambut, bersempena nama jolokan bagi hangul iaitu "Gagyageul" (가갸글) yang berasaskan pembacaan senang ingat yang bermula dari "gagya geogyeo" (가갸거겨). Nama hari peringatan ini ditukar ke "Hangullal" pada tahun 1928, sebaik sahaja istilah "hangul" yang asalnya dicipta pada tahun 1913 oleh Ju Si-gyeong, diterima ramai sebagai nama baru abjad Korea. Ketika itu, Hari Hangul disambut mengikut takwim qamari.

Pada tahun 1931, sambutan Hari Hangul dialihkan ke 29 Oktober mengikut takwim Gregory. Pada tahun 1934, timbulnya hujah bahawa dianggap takwim Julius digunakan pada tahun 1446, maka tariknya ditukar ke 28 Oktober.

Hunmin Jeongeum Eonhae

Pada tahun 1940, penemuan salinan asal Hunmin Jeongeum Haerye, catatan penerangan untuk Hunmin Jeongeum yang dihasilkan tidak lama selepas terbitnya Hunmin Jeongeum asal, menunjukkan bahawa Hunmin Jeongeum diumumkan pada 10 hari terawal bulan sembilan. Hari kesepuluh bulan kesembilan takwim qamari pada tahun 1446 bersamaan dengan 9 Oktober dalam takwim Julius. Selepas penubuhan kerajaan Korea Selatan pada tahun 1945, Hari Hangul diisytiharkan sebagai cuti pelepasan kakitangan kerajaan yang disambut pada 9 Oktober.

Taraf Hari Hangul sebagai cuti ditarik balik pada tahun 1991 atas tekanan dari syarikat besar untuk meningkatkan bilangan hari bekerja, di samping pengenalan Hari Bangsa-bangsa Bersatu di Korea. Apapun, Hari Hangul masih mengekalkan taraf sah sebagai hari peringatan. Persatuan Hangul pernah cuba memulihkan taraf asal perayaan ini tetapi tidak berjaya.

Korea Utara menyambut Hari Chosŏn'gŭl Day pada 15 Januari sempena apa yang dipercayai adalah tarikh sebenar penciptaan Hunmin Jeongeum pada tahun 1444.

Lihat juga

sunting

Pautan luar

sunting
  NODES